January 7, 2017

54 Kisah Si Tanggang II - Adakah Ainina Lupa Jasa Bapa?


Malam ini kita buka cerita santai. Cerita anak-anak Tanggang moden yang melupakan jasa Ibu Bapa. Posting sebelum ini CTS ceritakan bagaimana Menteri Besar di sebuah negeri termaju di Malaysia sanggup bercuti di London meninggalkan Ibunya yang sedang nazak.

Kisah kedua malam ini cerita satu lagi pemimpin pembangkang yang baru saja disingkirkan dari parti. Ainina Sainuddin, Mantan Ketua Srikandi Parti Cap Bunga Raya dikatakan sanggup ke sini ke sana mengembangkan karier politiknya, meninggalkan Bapa beliau yang sedang sakit di rumah.

Menurut maklumat daripada kem TS Muhyiddin Yassin yang membekalkan maklumat ini, Ainina hanya balik kampung berjumpa Bapa beliau hanya untuk minta duit sahaja. 

Kata sumber lagi, Ainina sibok hendak menolong orang lain, sedangkan Bapa sendiri sakit, kaki bengkak, hendak makan pun susah sebab tidak ada orang sediakan makanan. Ada Anina kisah? Kata sumber, Bapa Ainina merangkak untuk ke dapur untuk masak Maggie.

14 Adakah @AzminAli Ke London Sewaktu Ibu Dirawat Di ICU?

Sebak rasanya membaca posting adik Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali, Umie Hafilda Ali mengenai keadaan Ibu mereka yang sedang nazak mendapatkan rawatan. Amat menyedihkan apabila pada masa tang sama anak lelaki mereka dikhabarkan sedang bercuti di London.

Minions pembangkang mempertikaikan percutian Perdana Menteri ke Perth, Australia. Perdana Menteri menghabiskan masa dengan keluarga yang mungkin hanya sekali (untuk beberapa hari) dalam setahun. Perdana Menteri juga tidak bercuti dengan meninggalkan Ibunya yang sedang sakit.

Waima, Perdana Menteri juga tidak melupakan Rakyat. Sekembalinya dari bercuti dengan keluarga, beliau menghabiskan masa beliau melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. Siapa yang zalim sebenarnya?

January 6, 2017

72 Katanya Lelaki Ini Anak Angkat Negarawan, Awat Jadi Macam Ni?





Itulah apabila si Bapa sibuk mengeluarkan fatwa ini haram dan itu haram, apa yang berlaku dalam keluarga sendiripun tidak terjaga. Apa hukumnya pula hubungan songsang di antara dua lelaki ini yang salah seorangnya merupakan anak angkat beliau semenjak 13 tahun dulu?

Dunia sudah akhir zaman. Kalau terjadi, pastinya ini perkahwinan yang mabrur.

'si suami' memurtadkan Najib dan membuat kesimpulan Allah Taala tidak menerima ibadat mereka yang ada kaitan dengan bantuan Najib.

'si isteri' - yang juga seorang lelaki, begitu bangga apabila kawan-kawannya memuji potongan rambut baru 'suaminya'.



21 Antara Dua Darjat Pemimpin Sewaktu Banjir

Senator Dato Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama ADUN Semarak, Dato Zawawi Othman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Awi merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Putih dibantu oleh pimpinan UMNO Bahagian kelihatan bertungkus lumus sepanjang 4 hari banjir melanda daerah tersebut. Kedua pemimpin ini turut membahagikan bantuan bagi meringankan mangsa banjir serta turut menghantar mangsa banjir di daerah ini ke pusat pemindahan.



Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar bin Abdullah juga turut menyampaikan bantuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau. Walau bagaimanapun, cara beliau agak janggal kerana sama ada beliau takut kaki seluar beliau basah terkena air atau takut digigit pacat dan lintah.

January 5, 2017

80 Apa Salahnya Perdana Menteri Dan Keluarga Bercuti Di Luar Negara?


Gambar isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor memegang cawan minuman yang dikatakan sedang bercuti di Australia menjadi viral di media sosial. Ianya seolah-olah menjadi satu kesalahan yang besar bagi seorang isteri Perdana Menteri untuk bercuti di luar negara. Isu ini turut dimainkan oleh Ahli Parlimen PAN Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, semalam yang mempertikaikan percutian keluarga Perdana Menteri. Baca di sini.

Pertama, berdasarkan Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, secara terang menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan (Kabinet) dan Ahli Parlimen. Di dalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan / kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat Parlimen, bercuti dalam dan luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Kedua, bagi anggota Kabinet dari Perdana Menteri hingga Timbalan Menteri, kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan itu. Tiket dan beberapa orang anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung oleh Kerajaan. Menteri pergi bercuti atau tidak, mereka boleh menuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti. 

Ketiga, sekiranya Timbalan Menteri mendapat kemudahan bercuti, apatah lagi kalau melibatkan Perdana Menteri dan Timbalannya. Mereka memiliki kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat rasmi Kerajaan. Ianya bertujuan bagi melindungi keselamatan Perdana Menteri dan keluarganya semasa bercuti. Sama ada Perdana Menteri bercuti ataupun tidak, beliau tetap seorang pemimpin Malaysia yang layak mendapat kemudahan dan perlindungan keselamatan.

Raja Bahrin pertikaikan percutian Perdana Menteri. Gambar-gambar di bawah menunjukkan beliau dan keluarga beliau bercuti di mana? Ceruk Tok Kun?




Raja Bahrin bercakap pasal banjir. Pasal monsun kononnya. Kawasan beliau di Kuala Trengganu adalah kawasan yang terkesan musim monsun. Raja Bahrin tinggalkan Rakyat beliau di musim monsun untuk pergi bercuti di London, United Kingdom (bukan Lendu, Melaka) bulan lepas. Tak salah pulak!

January 4, 2017

51 EXCO DAP Selangor Berbohong Apabila Berkata Tiada Pertunjukan Bunga Api Dalam Feista Gegar Klang 2016


EXCO DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, berbohong apabila beliau berkata pertunjukan bunga api yang mencederakan 14 pengunjung tidak dilampirkan sebagai salah satu program acara rasmi Feista Gegar Klang 2016. Kenyataan beliau boleh dibaca di Malaysiakini, di sini.
Majlis Pembandaran Klang (MPK) said it did not approve the New Year’s Eve fireworks display at Pesta Gegar Klang 2016, which injured more than a dozen people when it exploded at ground level. The fireworks show was not listed on the official programme of the event, according to Selangor executive councillor in charge of local government Ean Yong Hian Wah.
Bagi membuktikan EXCO DAP ini berbohong, dilampirkan dua berita daripada Selangorkini, portal rasmi Kerajaan Selangor dan portal rasmi dari Majlis Perbandaran Klang sendiri yang secara terang-terangan mempromosikan acara pertunjukan bunga api.


Sumber di sini.



Sumber di sini.

0 Menteri Pengangkutan Alukan Siasatan Ke Atas Puspakom


Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai memandang berat dakwaan salah laku rasuah di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara. Justeru, beliau tidak menghalang jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhasrat untuk menyiasat pusat berkenaan.

Beliau menambah dakwaan salah laku rasuah itu adalah serius dan perlu disiasat bagi mengelakkan mana-mana pihak menuding jari kepada agensi di bawah kementeriannya seperti Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan apabila berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas dakwaan bahawa berlaku salah laku rasuah dalam kalangan kakitangan Puspakom, khususnya berhubung pemeriksaan kenderaan perdagangan dan teksi.

Sebuah akhbar semalam menyiarkan sepucuk surat pembaca yang mendakwa seseorang perlu membayar caj tambahan sebanyak 50 peratus jika mahu memastikan kenderaan perdagangan dan teksi dijamin lulus pemeriksaan Puspakom, dan perkara itu diketahui ramai.

Menurut DS Liow, Puspakom sendiri telah melaksanakan banyak usaha untuk mengurangkan salah laku rasuah di pusat berkenaan. Pihak Kementerian Pengangkutan sendiri mempunyai dua unit khas yang ditubuhkan untuk membanteras rasuah secara agresif dan lebih menyeluruh iaitu Unit Integriti dan Unit Audit Dalaman.

Sementara itu, di satu tempat di Bagan, kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di mana Joseph Lim Guan Eng menjadi Wakil Rakyat.

90 Selepas 22 Tahun Jadi Perdana Menteri, Baru Jejak Kaki Ke Manjoi?



Tidak ada yang istimewanya membaca laporan ceramah Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun, ke Kampung Manjoi, Ipoh, Perak seperti yang dilaporkan oleh minion Parti Cap Bunga Raya Bahagian Tambun.

Cumanya, apabila membaca laporan minion bahawa hanya selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri baru menjejakkan kaki ke Manjoi apa maknanya tu. Baru sekarang menjejakkan kaki berceramah di kampung berkenaan untuk tujuan Selamatkan Malaysia?

22 tahun jadi Perdana Menteri, bersarapun sudah lama, kampung Melayu terbesarpun tidak pernah pijak? Apabila hendak mempergunakan orang kampung barulah bersusah payah datang menyembah?

36 @SPRMsia Wajib Siasat Siasatan Terpilih Datuk Bahri Mohd Zin


Datuk Bahri Mohd Zin, semalam telah mengeluarkan Kenyataan Media seperti di bawah. Baca di sini.
"Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat 'judgement syok' sendiri. Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri. Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil. Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah. Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana."
Akta SPRM 2009 memperuntukkan kegagalan melaporkan rasuah merupakan kesalahan seperti berikut:
  • Gagal melaporkan pemberian atau tawaran suapan di bawah seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009; denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali;
  • Gagal melaporkan permintaan atau memperoleh suapan di bawah seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009; denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam kes Datuk Bahri Mohd Zin, sekiranya beliau tahu 'semua' pemberi dan pengambil rasuah tetapi beliau tidak melaporkan, bukankah beliau juga telah melakukan jenayah dan boleh didakwa? Atau sebaliknya, sekiranya beliau 'tahu' tetapi beliau tidak membuat laporan atau membuka kertas siasatan, adakah ini bermaksud beliau lalai dalam tugasan beliau sebagai penjawat awam?

33 Sudah-Sudahlah Datuk Bahri Mohd Zin, Kalau Betul Sangat Dedahkan Saja


Berbelit-belit kisah mengenai persaraan Ketua Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin sejak semalam. Dimulai dengan kisah beliau yang membuat keputusan bersara awal kerana kecewa tiada pendakwaan satu kes di mahkamah. 

Dalam kenyataan pertamanya kepada portal Free Malaysia Today (FMT) dan portal Sinar Harian, Bahri mendakwa persaraaan awalnya adalah kerana ‘kecewa’ kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah. Baca di sini

Sinar Harian dan Malaysiakini juga memetik cerita yang sama di sini dan di sini. Kira-kira tujuh jam kemudian, berita berkenaaan dinafikan oleh agensi SPRM seperti Kenyataan Media di bawah:

Kira-kira 9.45 malam pula, Datuk Bahri Mohd Zin mengeluarkan Kenyataan Media ini pula. Baca di sini.
"Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat ‘judgement syok’ sendiri. Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri. Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil. Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah. Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana."
Sebagai salah seorang Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, CTS juga turut mendesak Datuk Bahri Mohd Zin mendedahkan apa sahaja yang beliau tahu. Jangan hanya pandai mengugut sahaja. Anda berkata anda kenal semua pemberi dan pengamal rasuah. Maknanya anda kenal ramai tapi memilih untuk melakukan siasatan terpilih sahaja? Atau anda mendiamkan diri dalam banyak kes disebabkan anda mempunyai laba atau liabiliti tertentu? 

Sejak anda memohon bersara 6 bulan lalu ramai pegawai kanan kerajaan telah didakwa. Maknanya sebelum ini apa yang telah anda lakukan? Buat kerja politik untuk orang tertentu? Jangan lah bersembunyi di sebalik akaun media sosial Facebook isteri anda untuk meluahkan rasa hati anda dan mendedahkan rahsia sulit SPRM.


Kita tidak lupa betapa garangnya Pegawai Kanan TUDM, Mejar Zaidi Ahmad dihukum buang kerja selepas dia didapati bersalah atas dua tuduhan berkaitan isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan menyiarkan maklumat mengenai pertukaran kerjanya, pada tahun 2013. Di mana beliau sekarang? Di mana garangnya sekarang?

Kita juga tidak lupa kepada bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri kononnya akan tampil mendedahkan empat perkara rahsia kepada umum. Mana hilangnya rahsia itu dan ke mana hilangnya garangnya itu?

Sekarang Datuk Bahri Mohd Zin pula hendak menunjukkan jantannya. Silakan.

3 13 Kereta Uber / Grabcar Disita Dalam Operasi SPAD Di KLIA Dan KLIA2


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) telah membuat sitaan kepada 13 kereta milik pemandu Uber / Grabcar yang didapati bersalah kerana menjalankan kegiatan 'ulat' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, 13 pemandu Uber / Grabcar merupakan antara 58 ulat yang ditangkap penguatkuasa itu di dua lapangan terbang utama negara sejak tiga bulan lalu.

Menurut Datuk Che Hasni, ulat-ulat ini ada pelbagai jenis dan yang terbaharu adalah Uber / Grabcar. Mereka menyalahgunakan aplikasi untuk menjalankan kegiatan mereka. SPAD katanya, mula membuat tangkapan ke atas ulat-ulat Uber / Grabcar ini sejak Oktober lalu. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di KLIA, sejurus selepas menjalankan operasi Ops Parasit di dua lapangan terbang itu di sini. Sehubungan itu, Datuk Che Hasni mengingatkan kepada pemilik kenderaan seperti Uber / Grabcar bahawa tindakan akan diambil dengan menyita kenderaan mereka termasuk pemandu yang melakukan kesalahan.

Katanya, tindakan dibuat di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, manakala kuasa menyita dan melucutkan hak kenderaan di bawah Seksyen 16 APAD.

Selain 13 tangkapan membabitkan Uber / Grabcar pada tahun lalu, SPAD turut menahan 22 ulat teksi, 16 kereta sapu dan tujuh ulat tiket. KLIA2 menyaksikan jumlah tangkapan lebih banyak dengan 40 ulat manakala 18 lagi di KLIA. Menurut Datuk sebanyak tiga 'ulat' ditahan, berumur antara 37 dan 38 tahun. Beliau menambah, urusan pendakwaan terhadap ulat-ulat tersebut di mahkamah akan dilakukan dengan segera dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja tangkapan dibuat.

January 2, 2017

92 Jadilah Seperti Din Pagoh, Si Marhaen Makan Lempeng Cicah Kari


Masih lagi terikut-ikut rasanya dengan aktiviti ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Setiap hujung tahun akan ke luar negara bersama-sama keluarga untuk melancong. Padanlah kita tidak mendengar langsung suara beliau walaupun Parti Cap Bunga Raya kucar kacir dengan penyingkiran Ketua Srikandi parti berkenaan, Anina Saadudin dan perletakan jawatan Mohamad Ezam Mohd Nor keluar parti, kurang 3 bulan menyertai parti itu.

Mungkin pengikut-pengikut Parti Cap Bunga Raya agak kecewa dengan tindakan Presiden Parti yang masih lagi berdiam diri dengan isu-isu parti, namun mereka boleh berbangga bahawa Presiden mereka seorang yang amat marhaen dan tawadduk. Makan pun lempeng cicah kuah kari saja dan bercuti keluargapun sekadar di Vienna saja dan menginap di Park Hyatt. Bagi minions Bunga Raya yang tak tahu Vienna di mana, ala cuma belakang Mak Mandin saja.


51 Inilah Legasi Yang Tun Dr Mahathir Tinggalkan Untuk Rakyat

Bapa mereka pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan juga pernah menjawat sebagai Menteri Kewangan.

Pengorbanan Bapa mereka tidak terhenti setakat itu. Kini dalam usaha 91 tahun, beliau masih berusaha untuk berjuang untuk kesejahteraan Rakyat. Demi Rakyat.

Bapa mereka berkorban untuk menjadi Pengerusi sebuah parti baru untuk menyelamatkan Malaysia. Semuanya untuk Rakyat.

Untunglah mendapat Bapa seperti Tun Dr Mahathir Mohamed. Tiada sebarang harta ditinggalkan  untuk keluarga. Semuanya hanya untuk Rakyat.

Saya menangis teresak-esak melihatkan penderitaan dan kesengsaraan keluarga ini. Bapa siapa lagi ada tinggalkan legasi yang sebegini hebat?




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates