October 23, 2017

12 Gagal Mencari Alasan Baru Untuk Tanah Runtuh Di Tanjong Bungah, Kolej TAR Menjadi Sasaran Rejim DAP



Senang betul tugas EXCO Negeri, Chow Kon Yeow dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato Maimunah Mohd Shariff, melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kononnya JAS telah meluluskan dua projek berdekatan dengan kuari sebelum ini.


Apa yang berlaku adalah JAS meluluskan dua projek berkenaan kerana ianya berketinggian 5 tingkat dan 3 tingkat sahaja dan terletak di tanah rata dan tidak bercerun.

Sebaliknya, kejadian cerun runtuh di Tanjung Bungah melibatkan 50 tingkat pembinaan pangsapuri berkembar. EXCO Pulau Pinang mendakwa hanya satu agensi iaitu JAS yang menolak projek berkenaan sedangkan 20 agensi meluluskan.

20 agensi itu agensi apa? Kenapa tidak dijelaskan secara terperinci? Bukankah soal struktur tanah hanya agensi JAS sahaja berkuasa.

Rejim DAP Pulau Pinang menyalahkan kebenaran yang diberikan untuk membina Kolej TAR pada tahun 2008, jadi Rejim berkenaan beranggapan adalah tidak mengapa kebenaran diberikan untuk pembinaan 50 tingkat pangsapuri berkembar di tempat cerun runtuh berlaku.

Itu adalah alasan rasmi mengapa Rejim berkenaan tidak mengendahkan penolakan kelulusan oleh JAS. Pertama, adakah kelulusan JAS pada tahun 2008 boleh digunakan kembali untuk tahun 2015 tanpa perlu penilaian semula?

Kedua, lihatlah alasan Datuk Bandar dalam Sidang Media hari ini. Pelan Dasar dan Perancangan Pemajuan MPPP 1976?  Kelulusan Kebenaran Merancang pada 2015 masih berpandukan Pelan Dasar yang berusia 39 tahun? Tidak ada yang baru selepas itu atau selepas DAP menjadi Rejim Negeri Pulau Pinang?


Ketiga, lihatlah foto di bawah. Di mana Kolej TAR dan di mana lokasi kedudukan cerun runtuh di mana pembinaan pangsapuri berkembar 50 tingkat bakal dibina. Kita minta agar Datuk Bandar sila letak jawatan bersama Pengarah Perancang Bandar. Mohon SPRM untuk turut masuk campur.




Kita tidak mahu Datuk Bandar dan Pengarah Perancang Bandar bermuka tebal seperti Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng yang tidak mahu meletakkan jawatan walaupun terpalit dengan skandal-skandal di bawah:

1. Skandal banglo tanpa kolam renang di Jalan Pinhorn. Keputusan - Tidak letak jawatan.
2. Didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan dua pertuduhan rasuah dan kes berkenaan masih berjalan. Keputusan - Tidak letak jawatan.
3. Skandal kilang haram yang beroperasi 10 tahun di Sungei Lembu tanpa lesen yang melibatkan EXCO DAP. Keputusan - Tidak letak jawatan.
4. Skandal penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Keputusan - Tidak letak jawatan.
5. Skandal pembayaran RM305 juta untuk kajian projek terowong bawah laut yang masih tidak siap. Keputusan - Tidak letak jawatan.
6. Jual tanah dan menggondol bukit di Pulau Pinang secara berluasa. Keputusan - Tidak letak jawatan.
7. Tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengakibatkan 11 kematian di mana Jabatan Alam Sekitar (JAS) menolak untuk meluluskan permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh pemaju. Keputusan - Tidak letak jawatan.

Kenapa ini terjadi? Kerana Joseph Lim Guan Eng dikelilingi oleh penjilat-penjilat tegar seperti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, EXCO-EXCO dan Datuk Bandar serta Rakyat Pulau Pinang yang buta mata dan buta hati.

Kalau tidak percaya, lihatlah bagaimana Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy menjilat Joseph Lim Guan Eng dengan mengatakan bahawa projek pangsapuri berkembar 50 tingkat di Tanjung Bungah dibina di atas tanah rata dan bukan di cerun bukit walaupun video dari The Star membuktikan sebaliknya.


12 comments:

Harapan Esok said...

Padu!!!

Anonymous said...

Bila cerun di baiki dan distabilkan selesai lah masalah cerun runtuh...kemalangan cerun runtuh yg berlaku semasa kerja pembaikian sedang berjalan...jurutera perunding dan kontraktor harus disiasat dari segi rekabentuk dan pengawasan tapak...

Anonymous said...

Rakyat pulau pinang tetap setia dengan DAP....mereka lebih takut kpd gebg kassim baba yg sapu licin...tayar burok pon kassim baba sapooo..

Anonymous said...

... musim panas skg nih.... jom buat cloud seeding.....

Anonymous said...

SEREMBAN 21 Okt. - Projek pembinaan rumah mampu milik di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh hari ini dibina terlalu hampir dengan kawasan kuari.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan maklumat awal, tapak pembinaan itu berada kurang daripada 500 meter dari kawasan kuari yang terletak di belakangnya.


"Pembangunan itu diluluskan oleh pihak kerajaan negeri berdekatan dengan kuari, tidak tak sampai 500 meter dan ini salah mengikut peraturan perundangan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan di d'Tempat Country Club, Bandar Sri sendayan di sini hari ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Wan Junaidi, pihaknya telah mengarahkan petugas dari Jabatan Mineral dan Geosains Perlis dan Kedah untuk ke lokasi tersebut bagi menyiasat punca kejadian.

Dalam kejadian pukul 8.50 pagi itu, tiga pekerja maut manakala 11 lagi masih hilang dan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.

Anonymous said...

Jawapan dari MBPP amat dangkal dan nampak sangat cuba menafikan salah mereka meluluskan projek perumahan di Lembah Permai Tanjung Bungah.

Alasan mereka Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan projek Kolej Tar pada tahun 2008 menjadi indikator untuk meluluskan projek "tanah runtuh".

Jika diteliti gambar di atas, Kolej Tar tidak berada di lereng bukit berkecerunan 15°-20°, dan bangunan mereka bukan dengan ketinggian 53 tingkat, serta jarak mereka dengan kuari milik BSG (pemaju projek tanah runtuh) melebihi dari jarak larangan.

Satu lagi alasan kata mereka Jabatan Mineral dan Geosains telah menyokong permohonan pemaju, jgk agak pelik, kerana bak kata Jurutera Profesional Ir Kamarul Badlishah "Kau bukan nak buka lombong besi nak pakai ulasan jabatan mineral dan geosains. Ni nak bina bangunan tinggi di tepi bukit. Ulasan kesan alam sekitar dan teknikal yang kena tengok.."

Jelas, projek ini mempunyai unsur-unsur tidak betul dan kerajaan negeri terus menafikan salah mereka, sebaliknya membuat kesimpulan kejadian tanah runtuh tersebut hanyalah kemalangan di tempat kerja.

Anonymous said...

Tok Wan Kelepet dah pergi membuat penilaian tentang projek perumahan mampu milik cina2 singapork, hongkong, taiwan dan tanah besar cina ni atau belum sptmana dia buat utk MCKIP?

Ulasan dan pandangan Tok Wan Kelepet juga amat penting spt ulasannya ttg MAS yg ditempelak oleh bekas CEO MAS sendiri.

Penilaian Tok Wan Kelepet ini amat penting krn dgn memantau dari kawasan luar saja dia boleh tau apa yg baik apa yg buruk tentang sesuatu projek atau sesutu perkara dan kesannya kpd negara dan alam sekitar.

Takkan dgn projek perumahan "tanah runtuh" ini Tok Wan Kelepet hanya diam membisu atau pun akhirnya buat komen "SAYA TIDAK TAU" atau "SAYA TIDAK DIBERITAU" aje ...

Kerajaan PH PP MESTI dapatkan ulasan dan pandangan Tok Wan Kelepet secepat mungkin.

Anonymous said...

Masyukkk.. Tokong setan bebal ni apa mau peduli.. Penjilat tapak kakinya ramaii... buat salah pun dedak ditabur deras.. Terhegeh2 lah pencacai tolong cuci kaki..

Masa kehancuran tokong dapig sudah tiba..cina penang pun fhm..

Anonymous said...

kalau dah banyak amalkan rasuah ini lah jadinya...

Anonymous said...

Pagi wak jahid komedi cakap dlm parlimen dah mintak bantuan interpol cari cina prompak jho lo....petang wak jahid nafikan mintak bantuan interpol....sekali lagi klentong wak jahid ratusan jutawang....hihihihi....puak kassim baba klentong sana klentong sini...

Anonymous said...

“Kena Marah Dengan Bos Ke?” – Ibrahim Gelak Sakan!!

24/10/2017 

Rakaman yang dimuat naik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali melalui akaun Twitternya berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai Jho Low semalam.

Azmin mendakwa Ahmad Zahid cuba memutar belit fakta mengenai ahli perniagaan muda yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu.

Namun kata Azmin usaha Ahmad Zahid itu hanya akan “sia-sia”.

“Cuba tengok transkrip. Sekarang siapa memalsukan berita?” kata Azmin dipetik Malaysiakini.

Tidak cukup dengan itu Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengusik Ahmad Zahid: “Zahid oh Zahid. Kena marah dengan bos ke?”

Anonymous said...


FIC putuskan esok tindakan undang-undang terhadap Rafizi

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) akan memutuskan esok, sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kerana memfitnah syarikat itu.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, berkata dakwaan dibuat Rafizi sangat serius dan tidak berasas kerana hanya berdasarkan laporan media.

"Laporan berita itu menyatakan pemilikan semasa Hotel Grand Plaza Kensington dimiliki syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited.

"Hakikatnya tarikh 13 Oktober yang dipetik Rafizi adalah tarikh salinan diakui sah (CTC) menyatakan dua aset di London itu masih dimiliki FIC.

"Ini (dakwaan Rafizi) adalah maklumat palsu berasaskan berita tak tepat. Sebagai pakar, dia perlu menentukan maklumat itu betul, tetapi dia silap rujuk tarikh salinan saham syarikat.

"Kalau kita profesional dan pakar percukaian, kena semak semua perkara sebelum membuat andaian," katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen di sini, hari ini.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates