October 8, 2017

6 Data SPAD Keluarkan mengenai Penumpang Pengangkutan Awam Bukti MP DAP @imokman Kaki Spin


Beberapa hari lalu, Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan daripada Ahli Parlimen (MP) Serdang, Ong Kian Ming dalam satu rencananya yang bertajuk "Public Transport Ridership Falling, Despite Billions Spent". Baca Malaysiakini, di sini.

Rencana pemimpin DAP di atas adalah contoh sempurna bagaimana DAP menggunakan statistik terpilih dan memilih dengan memilih tempoh tarikh tertentu dan menyembunyikan maklumat penting untuk melukis naratif yang suram dan kelam untuk menyerang Kerajaan.

Untuk berlaku adil, terdapat satu tempoh di mana trafik pada beberapa jenis pengangkutan awam menurun akibat berlakunya kenaikan tambang pada akhir tahun 2015. 

Kenaikan tambang ini merupakan yang pertama dalam tempoh 19 tahun bertujuan untuk menjadikan pengangkutan awam lebih mampan dan berdaya saing. Walau bagaimanapun, angka-angka penurunan tersebut telah mulai pulih dan kini menunjukkan pertumbuhan yang kukuh.

Untuk rekod, Singapura telah menaikkan tambang mereka setiap tahun tetapi Malaysia hanya melakukannya sekali dalam tempoh dua dekad sehingga kenaikan itu telah menjadi lebih ketara dan menjadi modal dan tajuk utama pembangkang.

DAP cuba menyembunyikan fakta bahawa penurunan jumlah penumpang Monorail adalah disebabkan banyak koc telah ditarik balik pada tahun 2017 disebabkan oleh faktor keselamatan yang telah mengakibatkan pengurangan frekuensi laluan dan kapasiti penumpang. Baca laporan Free Malaysia Today, di sini.

DAP juga tidak membentangkan fakta sepenuhnya bahawa penurunan jumlah penumpang KTM Komuter adalah disebabkan oleh permulaan projek landasan berkembar (double-rail project) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan mengurangkan masa menunggu.

Ini disebabkan semasa projek landasan berkembar sedang dilaksanakan, telah berlaku kekerapan frekuansi keretapi berkurangan dan menyebabkan jumlah penumpang juga turut berkurangan.



Secara keseluruhan, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jumlah penumpang harian yang menggunakan pengangkutan awam meningkat berbanding sebelum ini. 

Malah peratusan pengguna meningkat sebanyak 30% pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya. Malah sekiranya pertambahan ini tidak melibatkan pengangkutan terbaru iaitu Mass Rapid Transit (MRT), masih lagi berlaku kenaikan secara keseluruhan sebanyak 12%.

Setakat bulan Ogos 2017, hampir 740,000 pengguna menggunakan pengangkutan awam berbanding 570,000 pengguna untuk keseluruhan tahun 2016. Bagaimana DAP boleh berkata bahawa pengangkutan awam di Malaysia gagal?

Kenyataan Media SPAD boleh dibaca seperti di bawah:


6 comments:

Anonymous said...

Dalam kerajaan berbelanja berbilion ringgit wang negara bagi membangunkan MRT, ada pihak yang terkilan dengan tindakan kerajaan yang dilihat meminggirkan KTM – salah satu pembangunan yang dilaksanakan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir merupakan pengkritik tegar pentadbiran Najib dan kini mengepalai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam misi menumbangkan UMNO-BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ada persoalan yang harus dijawab, adakah Najib Razak benar-benar jujur membelanjakan wang negara – yang sememangnya berpunca daripada cukai yang dibayar rakyat – demi membangunkan negara, atau semata-mata untuk memadam legasi Dr Mahathir dan memancing undi memandangkan PRU semakin hampir dengan belanja yang maha besar?
Jika tidak, mengapa perkhidmatan KTM dipinggirkan dan tidak dibela sepertimana tindakan kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam projek MRT? –

Anonymous said...

KTM dipinggir ape mende ko merepek ni zmn Tun mamak lah KTM xberkembang, pakai koc buruk komuter hampir 20 tahun. Dtg zaman Najib ni lah pemodenan KTM Adgn koc baru komuter sektor lembah klang dan koc ETS dengan prasarana baru double track railway milik penuh diserahkan pada KTM. zaman Pak Lah projek tu dihentikan atas faktor ekonomi, zaman Najib lah KTM dpt berbillion peruntukan beli koc emu baru dan double track disiapkan.

Apa jenis penipu ko ni cerita pasal KTMB?? Hari2 ko naik komuter tak? Ko penah naik ETS x ke Padang Besar??

Ko tahu tak apa masalah KTMB?? Masalah pengurusan yang lembap lemah dan penuh dengan isu dalaman. Sepatutnya KTMB telah diswastakan untuk buang penyangak dan penyakit dalaman top management yg korup dan pemalas tu hingga menjejaskan kualiti prasarana ETS sepanjang laluan baru ke Padang Besar!

KTMB masih ditakuk lama perangai pengurusanya banyak mambazirkan kos, tak efisien dan pekerja yang malas! Kerosakan lif di terminal pu rosak berbulan2 tak repair sedangkan muatan penumpang sarat penuh hari2.. Tak untung lagi kah atau ada budaya makan wang orh dlm KTMB?

Ko cemburu dgn MRT apa pasal?? Itu kn projek baru siap, apa pulak isu bagi dana pada mrt tk bg pd ktm? Ktm tu byk penyangak, patut biar Prasarana ambil alih pecat buang pegawai atasan dan lantik yg baru yg ada integriti dan budaya kerja cemerlang!

KTMB wajib diaudit baru tahu kemana wang kutipan harian berjuta tu pergi!!

Anonymous said...

Merapu

Anonymous said...

Merapu betullah anon no.1 tu. orang dah mula beratur untuk naik ETS dia masih belum sampai stesen keretapi pun. Klau nak mengampu TDM pun berpada-pada dan biarlah kena dengan isunya.Buat kata Rafizi..Bodoh..Bodoh..dan Tak Pandai.

Mat Gunong said...

Alhamdulillah. Dapat satu lagi anugerah dan pengiktirafan iaitu, BAPA PEMODENAN PENGANGKUTAN AWAM. Anugerah ini merangkumi semua BAPA KERETAPI, BAPA BAS, BAPA TEKSI, BAPA BECA, BAPA LANCA dan yang sewaktu dengan nya. Hehehekikikihahahakahkahkah
**Bapa tut~tut dan Bapa Ojek dikecualikan. Sebab bukan pengangkutan awam di negara ini.Hehehekikikihahahakahkahkah
Moden macamana sekali pun, ketepatan masa itu penting. Baru lah boleh menarik orang awam menggunakannya. Asyik~asyik tak ikut waktu, lebih berpandu. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Mqt Gunong BAPAK KEPALA TAIK...hihihi

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates