October 20, 2017

17 Apa Ada Dengan Kes Penyelewengan KKLW, Penerangan Mudah Dihadam


Presiden Parti Warisan, DS Mohd Shafie Apdal, yang dijangka direman pagi ini, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 kerana tekanan darah tinggi. Belumpun sempat ditahan reman, sudahpun jatuh sakit. Nasib baik bukan 'stroke'. DS Shafie semalam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam di Kota Kinabalu, Sabah. 

Ianya berikutan siasatan kes seleweng dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Sebelum ini 65 saksi termasuk dua adik beradik DS Shafie dipanggil SPRM dan 70 syarikat disiasat. Antara indivdu-individu yang telah ditahan reman untuk membantu siasatan termasuklah:
  • Naib Presiden Warisan yang juga kontraktor bertaraf jutawan, Peter Anthony.
  • ADUN UMNO Lahad Datu yang juga adik DS Shafie, Yusof Afdal.
  • Seorang lagi adik DS Shafie, Hamid Afdal.
  • Menantu Hamid Afdal.
  • Ketua UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, yang pernah bekerja dengan TS Shafie di KKLW.
  • Anak saudara DS Shafie yang juga Ketua Pemuda Warisan Sabah, Azis Jamman.
SPRM menganggarkan sebanyak RM1.5 billion dana telah diseleweng daripada RM7.5 billion peruntukan untuk projek pembangunan di Sabah termasuk projek air, elektrik, infratruktur pembangunan jalanraya.

Banyak pihak bertanyakan mengapa tindakan hanya diambil sekarang dan adakah ini pendakwaan berpilih? Jawapannya tidak. Projek-projek itu sepatutnya dijalankan di antara tahun 2009 dan 2015, sewaktu DS Shafie masih menerajui KKLW. Hanya selepas tempoh tertentu projek-projek berkenaan diberikan, barulah dapat ditentukan keberkesanan perjalanan kemajuan projek berkenaan.

Perkara ini tidak akan bermasalah sekiranya pembayaran dilakukan berdasarkan tempoh kontrak dan dalam spesifikasi dan kos yang diperuntukkan. Namun, sebaliknya ini tidak berlaku. SPRM pula hanya memulakan siasatan apabila aduan diterima. Selain daripada pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, 3 pemimpin kanan UMNO kanan yang juga ditahan. Ini jelas menunjukkan bahawa SPRM telah bertindak dengan adil dan saksama.

Apa yang berlaku dalam kes seleweng dana KKLW ini adalah modus operandi memperlihatkan seolah-olah DS Shafie sebagai Menteri ketika itu mendesak tender terpilih untuk projek-projek tersebut di mana hanya sekumpulan syarikat terpilih sahaja telah dijemput untuk membida projek-projek berkenaan.

Syarikat yang dianugerahkan dikaitkan mempunyai kepentingan dengan DS Shafie, banyak projek gagal dilaksanakan, tidak lengkap atau tidak mengikut spesifikasi dan piawai yang sepatutnya, namun pembayaran masih dibuat dengan kelulusan haram oleh pegawai kementerian tertentu.

Selepas tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan gagal memberi kelulusan tender terpilih dan berkehendakkan tender terbuka dilakukan, DS Shafie telah menulis surat rayuan dan hanya selepas surat rayuan untuk menuntut tender terpilih gagal dipersetujui oleh pihak Kerajaan, barulah bermula episod DS Shafie marah kepada Kerajaan.

Antara projek-projek yang gagal disiapkan oleh KKLW yang menjadi siasatan SPRM adalah:
  • Projek membekal air bersih bernilai RM50 juta di Semporna.
  • Projek pembangunan infratruktur jalanraya di pendalaman Sabah termasuk di Semporna telah dilakukan di ladang-ladang milik persendirian.
  • Tiada projek kemudahan membekal air bersih di Pulau Gaya bernilai RM100 juta.
  • Projek mengantikan paip-paip lama di Tongod yang bernilai RM27 juta juga gagal dilaksanakan. Sebaliknya paip-paip lama digunakan kembali.
  • Projek membekalkan kemudahan elektrik di tujuh pulau di Semporna bernilai RM93.5 juta gagal dilaksanakan.
Ini semua adalah projek-projek untuk Rakyat miskin di Sabah. Adalah menjadi satu jenayah yang tidak terampun mencuri dari Rakyat miskin. Oleh itu tidak timbul soal pendakwaan berpilih dalam kes ini.

17 comments:

Anonymous said...

bongkar sbb bukan lagi dalam kerajaan..kalau masih dalam kerajaan..tutup rapat takut terbongkar..lain pemimpin pun sama je dalam kerajaan selamat lah

Anonymous said...

Macam cium tangan "ayahanda" tiga line jer. Hik hik hik...

Apa yang ayahanda nak kami buat? Jatuhkan Najib? Berehh boh, consider it done.
Alamak boh, aku pulak kena mengadap SPRM. Alamak boh, aku kena masuk sepital pulak la.
- Shafie Afdal.

Anonymous said...

Mcm azeez rahim cium tgn rosmah

Anonymous said...

sebelum ni macai madey bising apasal kes pembekalan air di Sabah macam tak jalan ...
sabor... ambik data butiran kecil dulu ..projek air ..projek letrik.. pas tu bolehlah cekau yang upper rangking ...
end of the story ... baru lah makan beradap dengan mastermind
shian ... makin bercelaru sampai keturunan orang pun nak pertikai sampai terlupa keturunan sendiri...
hehehehehehe

Anonymous said...

Samalah mcm korang. Mamak tu dulu dlm kerajaan , mahafiraun. Bila dh tak ada dlm kerajsan, jd maha suci. Ekeke. Inilah sepak terajang politik. Kl jiwa tak kental baik jual kuih. Satu lg kesalahan ug nyata sama ada ceoat atau lambat pasti takkan terlepas. 1 mdb macamana??? DOJ kepsla napak jay bila nak keluar fatwa terbaru pulak??? Melsyu pembangkang adalah ba bi ternakan DAP

Anonymous said...

Masa menetek dng aktress zahida tak pulak naik darah tinggi dier.... kikikikikikiki

Anonymous said...

LGE mentedarah rumah banglo pon , org2 partai dapig13may tutup molek cerite lge DAPIG..

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Menjanda la zahida rafik lepas ni... Sugardaddy bakal ke dalam temankan peliwat aljuboori pulak....

Keh keh keh keh keh

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Keh keh keh... Shafie bedal, shafie bedal... Warisan tinggal wapengsan....

Muahahahahahahahahahah

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Terima kasih Keldaian daily... Dulu punye dicaci, di cari salah sampai kelubang cacing... Kini dibela, dijaga umpama malaikat

Pemandu artis dedah skandal menteri bayar RM100 ribu setiap kali jumpa
Apr 18 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Mohd Martin Kahar)

[KEMASKINI 4.09 PETANG] KUALA LUMPUR 18 April:Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara

Anonymous said...

Kalau nasib baik sugardaddy boleh satu sel dengan tokong LGE. Boleh jadi buddy2 lepas ni.

anon anone.

Anonymous said...

Menetek dipercayai boleh mengurangkan tekanan. Jantung je mungking laju sikit.
Kui kui kui...

anon anone.

Anonymous said...

Melayu pembagkang adalah babi ternakan DAP.

Anonymous said...

Bagi la piE pedal tu netek dulu dng zahida baru dia rasa tenang siket.. kikikikikikiki..

Anonymous said...

shafie kepala taik pemimpin warisan taik..hik3

Anonymous said...

Dolu2 kan mamakdet terpanik buat "Ops Isi Penuh" berlonggok parasit keje ngan gomen...
La nih mat bedal terkejutz berok,mencanak bp naik,gara2 tertelan pitih haram kot...

Boboiz yg malang.

Anonymous said...

ISTANBUL 21 Okt. - Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengakui secara peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau merasa amat tersinggung dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melabel keturunan Bugis sebagai lanun.

Perasaan itu dinyatakan Jusuf yang berketurunan Bugis kepada Ahmad Zahid ketika kedua-dua pemimpin yang mengetuai delegasi negara masing-masing dalam Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di sini semalam.

“Walaupun (menyatakan) bukan secara rasmi tetapi Jusuf memberitahu saya bahawa beliau amat-amat tersinggung dengan ungkapan yang menghina orang Bugis sama ada di Malaysia atau di Indonesia khususnya Sulawesi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan, dari sudut sejarah, panggilan lanun terhadap orang Bugis sebenarnya diletakkan oleh penjajah sedangkan sebenarnya mereka adalah pahlawan yang menentang penjajah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates