September 23, 2017

18 Selepas Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Dan Tun Daim, Penyakit Tak Tahu Sudah Berjangkit Kepada @LimKitSiang


Lim Kit Siang adalah pengkritik paling lantang terhadap Tun Dr Mahathir ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian berbilion ringgit sekitar awal 90-an lalu.

Malah Lim Kit Siang yang menjadi Ketua Pembangkang padamasa itu pernah menyatakan bahawa kemungkinan BNM mengalami kerugian antara RM16.5 bilion ke RM25.6 bilion. Perkara itu terkandung dalam penyata rasmi (hansard) Parlimen bertarikh 12/04/1994.

Ketika itu juga, Lim Kit Siang telah mengulangi seruannya supaya Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian besar itu. Lim Kit Siang dalam ucapan di Sidang Dewan Rakyat, pada 1994 berkata,
Tugas pertama Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah memastikan sama ada kerugian tukaran wang asing Bank Negara sejak tahun 1992 boleh melebihi RM30 bilion.
Tugas kedua Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah menentukan sama ada terdapat apa-apa kecurangan kewangan dan penyalahgunaan kuasa memandangkan penjelasan tentang kerugian besar tukaran wang asing yang tidak konsisten dan bercanggah, “so many loopholes”, begitu banyak masalah. 
Adalah tidak masuk akal bagi Bank Negara menyalahkan kelewatan serahan komputer yang 'sophisticated'.
Kini sudah terbukti kehilangan lebih dari RM32 billion seperti yang dijangka Lim Kit Siang. Ianya juga merupakan angka yang sama dengan apa yang dulu Lim Kit Siang pernah tulis dalam bukunya bertajuk 'The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal' yang memiliki 38 muka surat. Buku ini ditulis oleh Lim Kit Siang pada tahun 1994.

Pada 04/04/2017, Lim Kit Siang telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan kes penyelewengan wang forex di Kementerian Kewangan, Putrajaya. 

Sidang panel seramai 7 orang yang diketuai oleh TS Mohd Sidek Hassan telah menemubual Lim Kit Siang dalam anggaran masa 30 minit sahaja. Hanya 30 minit sahaja Lim Kit Siang bercakap pasal forex, lebih pendek berbanding ceramah politik dan tulisan dalam bukunya mengenai forex. 

Tapi kini suara-suara Lim Kit Siang tidak selantang dulu. Mungkin sebab beliau sudah bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir yang selalu melaungkan "Melayu Mudah Lupa". Kini wabak mudah lupa ini turut berjangkit pada Kit Siang, selepas wabak berkenaan dialami oleh Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir.

18 comments:

Anonymous said...

Kahkahkah...apa yg najib plan semua tak jadi. Siap ada yg mengaku bertanggungjawab dan letak jawatan. Panel rci boleh pening kepala nak umum hasil siasatan. Kita tunggu rci 1mdb. Tentu lebih menarik.

Anonymous said...

Agak2 ny madey n konco2 "mentedarah" UNTUNG FOREX brape bnyak ek???


Moga2 hnya rm760/** only slepas ditolak gaji BROKER..

Selamat duit BNM..

Tpi betul ke hanya rm760/** ???

Kihkihkihkih

Anonymous said...

RCI lingkup...kenapa RCI tak panggil lim kit siang beri keterangan?...
Cian najib dan cai2 tajaan jho tshik lo....terlopong pas tu melalak sakan...
Haha hahaha hahahahahaha

Anonymous said...

Saya pon tatak tau...blurrr

Anonymous said...

Zahud ade kuasa larang pesta Gay...Pesta arak DBKL yg lebih berkuasa dari Zahid....luar biasa..

Anonymous said...

HANYA UNTUK DIFIKIRKAN. BUKAN UNTUK SALAHKAN SESIAPA.

Nilai Sebenar Perjudian Bank Negara Dalam Forex

Pembongkaran fakta nilai kerugian dan siapakah "Si Hawau" @ dalang sebenar yang menjahanamkan ber"billion" wang rakyat di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia terjawab dari penulisan Dr Rosli Yaakob:

Siapakah beliau:
Degree in Economics from UM in 1975. Obtained masters and PHD in the same field from the University of Wisconsin, USA on BNM scholarship. He served Bank Negara Malaysia for 18 years.

https://3.bp.blogspot.com/-HgrWl9yrqyo/V2DhFFXET4I/AAAAAAAAON4/KOnoD-vBAoYba9jFBifJ3bv_lGM7wTnUQCLcB/s1600/IMG_20160615_125729.jpg

Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?

Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi.

Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi.
Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya.

BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.

Kedua, bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?

BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985.

Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan.

Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.

Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.

BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.

Anonymous said...

Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?

Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, “penyangak matawang.” Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar.”

Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”

Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.

Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.

Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.

Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.

Anonymous said...

Akhbar “Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain – pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.

Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?

Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.

BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.

Anonymous said...

Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?

BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”

Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan.

Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.

Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.

Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.
Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung – “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.

Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.

Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.

Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor” diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.

Mat Gunong said...

Itu tandanya LKS dijangkiti VIRUS" RAKYAT BERSATU HAPUS KAN KLEPTOKRAT ".Hehehekikikihahahakahkahkah
** Mat Gunong pun udah dijangkiti VIRUS ni. ANDA BAGAIMANA???. HEHEHEKIKIKIHAHAHAKAHKAHKAH

Anonymous said...

Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?
Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.

TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media – dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.

Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.

Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?

Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.

YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.

Anonymous said...

Kelapan, patutkah Ada Agensi atau Siasatan Diraja menyiasat kembali skandal ini?

Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing.
TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat. Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.

Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?

Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja.Maka wajiblah kerajaan akan datang menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun.

https://4.bp.blogspot.com/-ocmZU-GBIdg/V2Dhc8iCHqI/AAAAAAAAOOA/PhqbXTEokzAZwWqD2BobdFF_v-hR3ZViACLcB/s1600/IMG_20160615_125753.jpg

Anonymous said...

Sebenarnya RCI telah mencapai matlamat utama nya iaitu menentukan jumlah sebenar yg telah lesap dalam 'perjudian forex trading' BNM sepanjang 1988 hingga 1994.Siapa yg bertanggung jawab tidak perlu di tentukan oleh RCI ,kerana mejoriti rakyat sudah tahu dan faham.Biarpun orang yg bertanggung jawab ,berpura-pura tidak tahu ,namun rakyat tetap tahu siapa yg bertanggung jawab,malah LKS ,LGE dan mejoriti penyokong PH pun,mempunyai kefahaman yg sama seperti rakyat lain,biar pun mereka hanya simpan dalam hati kecil mereka saja.Mustahil RM 32 billion hilang hanya MNY yg tahu ,Daim tak tahu ,Mahahtir tak tahu ,Anwar tak tahu,kononya mereka Pemimpin handalan,yg mahu menyelamatkan Malaysia.Masa mereka memerentah pun merka tak mampu selamatkan RM32 billion milik rakyat Malaysia,yg hanya di selingkoh oleh orang sperti MNY.Logik ke?.

Sama juga seperti kes sodomi Anwar ,penyokong Anwar memang turut percaya ,kerana bukti sangat menyebelahi tuduhan terhadap Anwar ,cuma mereka malu utk meneerima hakikat mereka sudah menyokong peliwat ,jadi mereka beria-ria menafikana perbuatan Anwar.

Anonymous said...

Anon 1258 n dr rosli mmg BIOL n TOLOL...

Yg nor yaakob mngaku MAIN FOREX gune duit BNM tu watpe???

Dlm RCI n jwpan2 SAKSI xd pon dsebut SERANGAN SPEKULATOR..

yg SAKSI bercakap kerugian BNM akibat si nor yaakob MAIN JUDI FOREX tanpa MADEY , NUAR n DAIM tau...Nor yaakob ni cm TOYOL..3 ekor "musibat" ni bole xtau ,ad TOYOL CURI DUIT BNM berjudi forex..

kihkihkih dr rosli buat lawak forex..

Mari kite ramai2 ketawakan die..

Kahkahkahkahkahkahkahkahkah

BODOS punya olanggg..

Anonymous said...

RM 32 billion telah benar lesap,bukan 'cobaan' lagi.Orang yg bertanggung jawab berpura-pura tidak tahu,ye lah kita pun faham penjenayah tak mungkin mengaku mereka melakukan jenayah.Yg lucunya mereka yg bertanggung jawab ini berikrar pula nak selamatkan Malaysia,selamtkan Malysia dari apa?.Atau mereka sebenarnya mahu menyelamatkan diri mereka sendiri,yg sudah melakukan 'jenayah'terhadap rakyat Malaysia,takut mereka nanti di hukum.

RM 32 billion ni kalau di kira pada nilai sekarang ,dicompound pada kadar 6 %,jumlah nya tak jauh utk mencecah RM100 billion.Kalau di kaitkan pula dgn kejatuhan nilai RM pada tahun 1998 kerana kerugian tersebut ,nilai keseluruahnya kerugian yg dialami rakyat Malysia sukar utk diangarkan,mungkin mencecah trillion jumlahnya.Ini lah hasil tangan mereka yg kononya mahu menyelamatkan Malaysia.Siapa yg mahu percaya ?.Hanya orang bodoh dan gila saja yg percaya dan sanggup bersama mereka. Mereka-mereka yg bodoh tu,cuba pula nak mempengaruhi kita utk menyokong mereka?.baik mereka perfi buat kerja lain dari bergentayangan di sini menampakan bodoh mereka.

Anonymous said...

Kesian melihat macai-macai parti cap bunga. Bila dah fanatik, ditipu bulat-bulat pun tak apa. Perdana Menteri apa yg tau tahu apa yg dibuat oleh BNM. Kalau nak tipu pun beragak-agak la. RCI punya siasatan, hilang 32 bilion, Anwar kata 5.7 bilion je. Lebih nya, sapa yg sapu? Macai, satu apa pun takde tahu, janji menang ye cai? PM dulu nak kata PM sekarang tipu, dia pun sama. Macai pulak tak nampak, sebab dah tak boleh nak berfikir, nak menang punya pasal.. kihkihkih

Anonymous said...

Saya xtau..
Saya xtau..
Saya xtau..
Saya xtau..
Saya xtau..
Saya xtau..
Saya xtau..
Saya xtau..
Mcamane BNM bole
RUGI BERFOREX dan
saya xtau macamane
anak2 saya bole jfu
BILIONER.....

Yang iklas,

Tun madey pengerusi parti xde harapan...

Tqvm

Anonymous said...

Macai U Tun
RCI ini adalah satu kemenangan strategik untuk Najib..
BNM kehilangan duit adalah secondary
Yang paling mustahak adalah mencemarkan kredibiliti U Tun dan berjaya dilakukan..
Jelas U Tun berbohong..
Tidak masuk akal U Tun tak tahu apa yg berlaku,malah salah saorang saksi telah memberitahu beliau di mana jawapan beliau adalah kalau main FOREX ada kala untung ada kala rugi
Situasi ini akan membantu pengundi atas pagar dlm mengundi nanti..
Malah tidak mengejut melihat melihat beliau kena hentam di blogx anti establishment..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates