September 13, 2017

7 Gagal Memburukkan DS @NajibRazak Dan Rombongan Di Amerika Syarikat, DS Rosmah Mansor Pula Menjadi Mangsa

Apabila pembangkang gagal untuk memburuk-burukkan lawatan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak bersama rombongan delegasi Kerajaan ke Amerika Syarikat, mereka kini giat mengalihkan perhatian kepada isteri Perdana Menteri yang turut bersama di dalam rombongan tersebut. 

Tanpa memikirkan dosa dan pahala, pembangkang telah mula menaburkan fitnah yang mengatakan DS Rosmah menghabiskan masa di Amerika Syarikat untuk membeli belah. Sekadar catatan ringkas, semalam DS Najib Razak dan DS Rosmah Mansor telah menghadiri majlis makan malam bersama diaspora dan para pelajar Malaysia di Kedutaan Malaysia, Washington.



Hari ini, jadual DS Rosmah agak ketat. DS Rosmah telah melawat ke 'Feynman School for the Gifted' di Maryland. Konsep 'Feynman School for the Gifted' lebih kurang seperti sekolah Permata Pintar di Malaysia. Kunjungan DS Rosmah ke sana adalah untuk bertukar pandangan dan berkongsi kaedah program Permata Pintar dengan pentadbir 'Feynman School for the Gifted'. Untuk rekod, DS Rosmah Mansor adalah penaung kepada sekolah Permata Pintar di Malaysia. The Straits Times ada butiran lanjut, di sini.


Di sebelah tengah hari pula, DS Rosmah Rosmah telah bertemu dengan 15 pelajar Permata Pintar pada majlis makan tengah hari di Rumah Malaysia, kediaman rasmi Duta Malaysia di Forest Hill. 15 pelajar Permata Pintar berkenaan sedang melanjutkan pelajaran di pantai timur dan rantau barat daya Amerika Syarikat. Baca laporan The Malay Mail Online, di sini.

7 comments:

Anonymous said...

mana words yg burukkan kak Mah? org pun dah malas nk kutuk kak mah dah..ko je yg memandai-maindai kot sebab dah takde modal...kesian

Ted Manoff said...

Hambar je komen ni dah. Habis steam ke?

Anonymous said...

Al-Hujuraat
{11} يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Al-Hujuraat
{12} يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Anonymous said...

Setuju dgn 2.04
Bila penyokong haprak dh takde modal dieorg dh mula malas nk kutuk2 kakmah. Tp hati2, penyokong2 haprak ni akn cari modal lain. Tp bkn Swk Repot sbb puaka pompuan tu dh menikus skrg ni

Anonymous said...

Penat aku tunggu dpn TV nk tgk citer Najib kene tangkap dgn FBI CIA polis US bagai.Bkn dia org nk tangkap, tp bg perlindungn pulak lagi.
Mmg macai2 PH ni kuat menipu phuiiii...!!

Anonymous said...


Sepatutnya najib pergi ke Amarika meminta bantuan, untuk mengatasi ekonomi yang dikatakan demakin buruk, tetapi sebaliknya , najib pergi untuk menggalakkan ekonomi Amarika dg pengumuman memberi berpuluh2 biji jet comercial, ini akan memberi tamparsn hebat kpd WSJ dan SR dan badut2 di sini, bagaimana mungkin, kalo ekonomi tak sihat, "berbelanja" berbillion2 disana.


Anonymous said...

Baru dpt berita. Najib dah kena tangkap.Baru td. Ditangkap oleh melayu bodoh pembangkang yg jd barua DAP.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates