August 12, 2017

4 Tiada ADUN PKR Bersolidariti Bersama EXCO Phee So What Di Mahkamah Tinggi Pagi Ini



Tiada kelibat YB-YB ADUN dari PKR Pulau Pinang di dalam 'Solidariti Bersama Phee Boon Huat' di Pejabat SPRM semalam dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ini. Begitu juga pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang yang lain.

Apakah ini kerana kes kilang haram yang membawa kepada tangkapan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari DAP ini berpunca dari aduan-aduan yang telah dibuat oleh YB ADUN PKR Penanti, Norlela Ariffin dalam Sidang DUN Pulau Pinang sejak 2015?

Minggu lalu, Norlela turut mempertikaikan perihal wang hasil kutipan caruman saliran oleh MPSP yang tidak disalurkan ke Tabung Amanah Saliran yang diselenggara oleh Pengarah JPSPP sebagai Pegawai Pengawal.

Ini berikutan Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan sejumlah wang tersebut disimpan oleh MPSP walaupun Perintah Amanah mengkehendaki kesemua wang itu dimasukkan ke akaun yang diselenggara JPSPP.

Ini adalah kes kedua yang turut melibatkan Norlela secara tidak langsung dan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang. Apakah ada pergeseran di antara PKR dan DAP di Pulau Pinang pada masa ini berhubung dengan urustadbir dan tata kelola Kerajaan Negeri Pulau Pinang?


Nota Kaki: Joseph Lim Guan Eng berkata:


CTS kata, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dihadapakan ke Mahkamah dengan dua tuduhan rasuah?

4 comments:

Anonymous said...

Agak-agak lah kalau katakan PP di kuasai oleh PH lagi dgn PPBM juga mempunyai kerusi nanti kerana berjaya merampas semua kerusi Umno. ,boleh aman ke PP?.Boleh bebas rasuah ke?.Boleh lebih maju ke?.Siapa agaknya akan jadi taiko,DAP,PKR PPBM?.Katakan juga KM masih di pegang oleh DAP,tapi bukan LGE kerana beliau dah bersemayam di Sg Buloh ketika tu,berapa lama PKR dan PPBM boleh tunduk pada DAP?.Banyak persoalannya yg perlu di jawab sebelum org PP kembali memilih mereka.

Dari isu factory haram ni,satu hal yg jelas telah di buktikan ,ialah kerajaan di bawah Pakatan tidak sebersih mana dan tidak secekap mana.Kalau pun tak ada rasuah,tapi tindakan mereka lembab malah tidak di ambil langsung ,walau pun dah bertahun diadukan.Kalaun nanti terbukti rasuah, apatah lagi teruknya.

Di Selangor pun teruk juga,semua benda kena pakai 'runner' dgn bayaran yg berlipat ganda utk kelulusan yg cepat jika membuat sesuatu permohonan kepada pihak berkuasa negeri.jalan mudah utk mengelakannya ,buat secara haram.Kalau nak berniaga gerai ,buka gerai haram saja,kelau di tangkap habis cerita,tapi kalau bayar memlaui runner,kita turuk tempias rasuah mereka.Cuba lah hubungi pihak berkuasa negeri tanya bagaimana nak memhon itu ini.Nanti kita akan terima jawapan atau 'nasihat''ini susah ,memakan masa, kalau nak cepat kena buat memlalui runner,kalau nak saya ada nombor contectnya....'itu jawapan standard yg akan di terima.Semuanya sama je ,tak ada yg bersih rasuah,baik Pakatan mahu pun BN,makin teruk adalah,Bayangkan kalau mereka mengusai Putrajya,confimr lebih teruk,SPRM pun dia bawah mereka.Apa lagi nak cerita ,rasuah akan di tukar istilah jadi 'wang kopi',halal semuanya bagi mereka.

Saya pun pernah berdebat dgn seorang kawan Cina,dia cukup marah dgn rasuah koonnya ,itu pasal BN misti di jatuhkan,tapi bagi dia wang kopi tak apa itu adatlah lah katnya.Dia pun memang bagi wang kopi pada en. kerani,kalau mahu fail jalan cepat.Itu sebanya fail dia orang jalan laju ,fail kita ,tak mahu timbul ,tunggu macam tunggu buah tak jatuh.Ini juga puncanya kita orang Melayu yg nak berdikari ,agak sukar ,sebab orang lain juga yg akan kedepan.

Anonymous said...

Cer bandingkan kecekapan PH dgn BN dalam menangni isu dan masalah.Ambil contoh isu 1MDB dan terowong PP lah.Isu 1MDB nampak juga progressnya ,hutang dah berkurang ,TRX dan Bandar Malaysia bergerak ,isu dgn IPIC dah juga boleh di katakan selesai,bayang keuntungan dari projek TRX dan BM sudah kelihatan ,kalau tidak tentu TS Khalid tok komen positif net present value,ertinya 1MDB memang akan untung berdasarkan kiraan net 'present value'.Doj pun dah drope kes,nak drope terus malu jadi buat-buat lah tukar kepada utk siasatan jenayah,nanti tunggu punya tunggu siasatan ,hasil siasatan tak timbul timbul.Pengerusi Parti cap bunga tak sempat nak tunggu,duit dah bayar utk Doj banyak,belanja hantar orang buat lapuran pun banyak juga.

Bagaimana pula dgn kes terowang PP?.Lapuran Kajian awlan pun tak muncul-muncul walau pun di desak , duit dah bayar ratusan juta.Teruknya.Itu di negeri DAP ,dia mana LGE kaki putar buat kerja,maklumlah orang C ,memang boleh putar kuat ,tapi masih tak mampu putar.Kalau tempat tokey aiskrim,lagi tak menjadi,isu Unisel pun mungkin menyebabkan tokey aiskrim ni bungkus.Kalau lapuran pada SPRM di buat ,memang dia hanyut.Tak tahu lah Pemuda Kelana Jaya dah lapur ke belum.Tapi sejak akhir akhir nia tokey aiskrim ni memang muram.

Anonymous said...

UMNO dan PAS walau tak sekata dim banyak hsl tp mesti brrsatu utk tawan pulau pinang. Kl UMNO nak bg kat gerakan jd ketua menteri baik tak payah bauk bg kat PAS. Kl UMNO sendiri nak pegang jawatan ketua menteri, Itu yg terlebih baik. Pokok pangkslnya khas utk pulau pinang, UMNO dan PAS mesti bsrgabubg rp ketua menteri nestilah melsyu Islam. Tiba masanya ketua menteri p.pinang wajib melayu islam.


Anonymous said...

Para pemuka dlm ph yg ada skrg nampak mcm tak boleh harap je..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates