August 14, 2017

0 SPAD Ajak Orang Ramai Gunakan Pengangkutan Awam Sewaktu Sukan SEA Ke-29

Sempena upacara Sukan SEA Ke-29, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan kempen untuk menggalakkan orang ramai peminat sukan tanah air untuk menggunakan pengangkutan awam darat. Info grafik di bawah telah disediakan oleh pihak SPAD agar dapat membantu orang ramai merancang perjalanan dengan lebih efektif.

Ayuh! Marilah kita berikan sokongan padu kepada pasukan Malaysia dalam acara bola sepak wanita di Stadium UiTM Shah Alam pada 17 Ogos, saksikan acara sukan bola jaring di Stadium Bukit Juara Kiara pada 17 Ogos, acara sukan kriket di Stadium Kinrara Oval pada 17 Ogos dan pelbagai acara sukan seperti acara sukan memanah, polo air dan renang berirama di KL Sports City, Bukit Jalil bermula pada 18 Ogos. 

Datanglah beramai-ramai memeriahkan acara Sukan SEA.



















0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates