August 19, 2017

4 Kenapa @cmlimguaneng Tidak Protes Di Kampung Sungai Lembu Seperti Mana Beliau Protes Di Lynas?




Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan jaguh pembela alam sekitar. Dikatakan sewaktu beliau sibuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau masih ada masa untuk memprtahankan alam sekitar nun jauh beribu batu di Pahang bertempat di Lynas. Penduduk Lynas mungkin berbangga dengan hero alam sekitar ini datang ke tempat mereka, mungkin tidak. Namun tidak bagi Rakyat di dalam negerinya. Kuman seberang laut nampak nyata bagi Joseph Lim Guan Eng.

Bangkai gajah di depan mata dipandang sepi. Selama 19 tahun Ketua Menteri ini gagal untuk menutup dan menyita kilang haram yang memproses pembakaran habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Akibatnya ramai penduduk di sini yang mengalami pelbagai penyakit kesan dari aktiviti kilang haram tersebut. Inilah hero alam sekitar dari parto DAP yang hidup dalam kepura-puraan dan penuh sandiwara.


Sementara itu, MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional, telah mendesak Pengerusi Kumpulan Hijau, Wong Tack untuk tampil membantu penduduk-penduduk Cina di Kampung Sungai Lembu yang terjejas kualiti kehidupan akibat aktiviti kilang haram di situ. Wong Tack yang sebelum ini menjadi jaguh di dalam isu Lynas, secara tiba-tiba membisu apabila kes yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan tokoh kesayangan beliau iaitu Lim Guan Eng.

Isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah telah mengorbankan beberapa nyawa. Tambahan lagi, EXCO Negeri Phee Boon Poh turut disiasat oleh SPRM untuk kes salah guna kuasa dan rasuah. Mana hilangnya Wong Tack? kilang haram di Sungai Lembu ini telah beroperasi selama 10 tahun, tetapi Wong Tack dan kumpulan aktivis alam sekitarnya telah pekakkan telinga dan membutakan mata mereka.

Mengapa isu Lynas yang ternyata tiada bukti satu nyawa pun yang hilang tetapi di Sungai Lembu telah ada rekod yang mati, mereka langsung tidak membantah, kenapa? Terbukti kini Wong Tack dan Kumpulan Hijau adalah satu daripada beribu contoh di mana DAP sentiasa akan cuba memperdaya Rakyat Malaysia terutamanya di kalangan pengundi Cina, asalkan mereka mampu meraih undi.



video







4 comments:

Anonymous said...

Barang mahal, barang tak laku, ringgit menjunam’ – Muhyiddin
Posted By: Pentadbiron: August 19, 2017 Print Email
Bebanan hidup rakyat semakin parah ditambah dengan situasi yang dihadapi oleh negara ini, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Katanya, ini dapat disaksikan sendiri ketika beliau turun padang berjumpa dengan rakyat.
Berucap di siri Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat di hadapan ribuan hadirin di Kepala Batas semalam, beliau mengingatkan negara ini perlu diselamatkan sebelum kritikal terjerumus ke dalam satu gaung yang cukup dalam.
Muhyiddin berkata ketika itu nanti negara akan amat sukar untuk bangkit dan pulih semula.
“Saya pergi ke banyak tempat, pasar malam bertemu rakyat biasa, petani, pekedai. Saya tanya mereka bagaimana (peniagaan). (Mereka kata) susah. Barang mahal, barang tak laku, nilai ringgit jatuh menjunam.
“Kalau kita pergi ke luar negara, ke Thailand mereka dulu tanya ‘ada ringgit Malaysia tak? (Sebab) mereka lagi suka ringgit daripada Baht Thai sendiri. Hari ini mereka tak pandang ringgit.
“Dia (peniaga dari Thailand) takut kalau dia pegang seringgit, esok dah tinggal 90 sen nilainya. Kalau lama pegang, takut turun, jatuh lagi. Kalau banding dengan mata wang asing, yang turun 3% hingga 5%, tapi ringgit Malaysia jatuh hampir 40% ke bawah,” katanya.

Johan said...

Asyik kongkek di Thai dan bini orang...

Anonymous said...

Bukti pemipin seperti Muhyeddin pembohong ialah kadar pertumubuhan negara suku tahun ke dua ialah 5.8%.Mereka melalak mengatakan negara akan bankrup,tapi sebaliknya yg berlak.Ini bukti jelas yg di perakuai oleh IMF da Fitch yg sudah menaik taraf pertumbuhan ekonomi Malaysia.1MDB yg di katakan lesap 42 billion pun masih mampu membayar hutangnya baru-baru ini.Masih lagi nak dengara cakap mereka?.Hanya orang bodoh yg tak ada otak akan terpengaruh.Orang bodoh juga yg memanjangkan lidah pembohongan mereka,keran mereka tak punya ide dan ilmu pengetahuan pun.

Anonymous said...

Mdin dan anon 8.43,

Kalau jual di pasar minggu atau pasar malam ,kononnya susah,barang tak laku ,salahkan ekonomi negara ,barang mahal dan nilai rigggit merudum dsb?.Cer tanya apa yg mereka jual,barang keperluan ke,sesuai ke dgn apa yg pelanggan cari,kualitinya bagaimana,berapa ramai penjual barang yg sama,harga yg mereka jual berapa,tinggi ,mengapa tinggi,berapa margin yg mereka mahu?.Macam macam lagi boleh di tanya utk menyari apa sebenarnya yg terjadi.Seorang pemimpin tak akan terus terima pencacai yg mahu mencari untung berlipat ganda di pasar malam.

Saya sering juga kepasar minggu,saya perhatikan mereka yg menjual barang keperluan pengguna ,sentiasa kehabisan stok,harga yg mereka tawarkan memang lebih murah dari di tempat lain.Ada penjual makanan berbaris pelanggan mahu membeli kerana apa yg di jualnya enak dan menepati cita rasa pelanggan,meman g ada juga yg tidak berpengunjung ,tentu kita faham mengapa.Satu gerai menjual nasi lemak,saya anggarkan boleh mendapat hasil jualan melebihi RM 3,000 dalam tempuh 4 jam saja,kerana selepas itu nasi lemak mereka sudah habis terjual.Yg kurang mendapat sambutan ialah penjual pakainya 'bundle' keran terlalu ramai menjual benda yg sama,dan harga nya pun hampir sama di mana-mana.

Seorang peniaga di pasar malam yg sudah pro,membuat pengakuan ,mereka nampak lekeh je ,tapi pendapatan mereka org tak tahu.Cukup lumayan katanya.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates