August 7, 2017

4 "Kami Boleh Buat Malaysia Bebas Rasuah Dalam Hanya 10 Tahun", Bebaskan Rasuah Selangor Dan Pulau Pinang Dulu @SyedSaddiq


Aura pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berjanji bulan dan bintang sudah berjangkit kepada barisan pemimpin Pemuda mereka. Barisan Pemuda mereka sudah berani berjanji perkara yang akan menjadi gelak ketawa ramai.

Seperti yang selalu CTS tulis, Pakatan kalau berjanji babipun boleh terbang. Kenapa tidak dimulakan membanteras rasuah di negeri tang diperintah oleh Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Apa sudah jadi dengan rasuah seks yang telah dibongkar oleh aktivis PKR, Chegubard dalam pentadbiran Selangor. Kenapa diam. Di Pulau Pinang pula, selain banyak isu pentadbiran yang terpalit dengan rasuah, Ketua Menteri sendiri sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi dengan dua pertuduhan rasuah.

Kenapa perlu tunggu Pakatan Harapan memerintah Malaysia terlebih dahulu dan apa signifikasinya menunggu sehingga 10 tahun untuk membanteras rasuah di Malaysia. Hapuskan dulu di Selangor dan Pulau Pinang. Paling lawak apabila Syed Saddiq menawarkan diri untuk berundur kalau usaha ini gagal. Siapa Syed Saddiq Paladium?

4 comments:

Anonymous said...

Eeik tak dak komen?...blog ni nak basi daa...

Anonymous said...

Bukan basi.. Busy...baca still baca cuma tak sempat nak komen...lagi pun apa yng admin ckp tu betul Puak Ph ni..kalau bercakap..babi pun boleh terbang..kan kan kan

Anonymous said...

Inilah masalahnya apabila jadi ketua tanpa perlu menjadi ahli biasa sesebuah parti. Tak ada pengalaman tapi bercakap macam hebat. Bertanding pemilihan parti pun belum tentu boleh menang walaupun old top dog sokong.

Anonymous said...

Bila nak PRU bulan dan bintang pun boleh janji tapi bila dah memerintah tarif air pun tak boleh dikekalkan/dikurangkan seperti janji dalam manifesto, asyik dok naik saja sudah hampir 100% kat pulau pinang. Alasan supaya pengguna tak bazir air. Kesimpulan: 1. Easier said than done, 2. Bila tak boleh tepati janji macam2 lah alasan nanti, 3. Hanya orang bodoh percaya pada pembangkang.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates