August 9, 2017

19 Dakwaan China Menjajah Malaysia Semasa Perasmian ECRL Oleh DS @NajibRazak Adalah Tidak Tepat



Dari mula idea untuk membina Rangkaian Rail Pantai Timur (ECRL) dikeluarkan sehinggalah kepada hari perasmian pecah tanah hari ini, tidak banyak fitnah dapat dikeluarkan oleh pembangkang yang boleh merosakkan perancangan projek berkenaan.

Disebabkan beberapa gambar banner bertulisan China di tapak projek dan kononnya tiada bendera Malaysia, maka macai-macai pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PERKASA mengkritik perasmian tersebut dengan mengatakan Malaysia telah dijajah oleh China.

Pertama, siapa kata tiada bendera Malaysia di tapak projek? Biarlah gambar di bawah berbicara. Bendera Malaysia gah di pentas utama, Bahasa Malaysia tetap diutamakan dalam aturcara majlis, bacaan doa sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dan yang pasti budaya Melayu tetap diangkat sebagai persembahan di majlis ini.

Cuma dari segi pengurusan program sebesar ini mungkin perlu diperbaiki. Bahasa ucapan pula menggunakan bahasa Mandarin kerana ia membabitkan pelabur dari China.





Kedua, mengenai tuduhan banner-banner Bahasa China di tapak projek adalah disebabkan semua jurutera CCCC datang untuk meraikan kedatangan Pengerusi mereka, bukannya Perdana Menteri. Itu adalah di majlis yang berasingan di sebelah pagi dan tidak melibatkan Perdana Menteri.

Pada majlis yang sebenar, ianya dihadiri oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang kelihatan bersalaman dengan Kaunselor Negara China, Wan Yong pada majlis pecah tanah projek ikonik ECRL.

Ketiga, acara ini adalah satu acara antarabangsa yang melibatkan Rakyat dan pekerja dari Negara China. Dalam majlis perasmian ini, Pengerusi Majlis berbahasa Malaysia dan Mandarin pada seluruh majlis.

Bahasa rasmi China adalah Mandarin dan bukannya Bahasa Melayu atau English. Ucapan Perdana Menteri turut diterjemahkan ke bahasa Mandarin kepada semua delegasi China menerusi 'headseats' yang dipakai oleh mereka.

Senang kita membuat tuduhan dan bermain sentimen, namun kita harus tanya kembali orang yang lemparkan tuduhan itu benar benar berada dalam majlis atau tidak? Atau hanya membuat analisa hanya di papan kekunci sahaja.

Usahlah mensabotaj pelaburan besar dan baik untuk rakyat Pantai Timur ini. Bila siap kelak, ramai yang dapat manfaatnya sama seperti yang sedang warga kota rasai sekarang menerusi MRT pada hari ini. Saya sudahi dengan gambar model yang berkebaya dari negata China ini. Comel jugak kan?





19 comments:

Anonymous said...

Masa untuk hancurkan economy Singapork sudah bermula.. bila ECRL di bina pelabuhan di klang new port melaka akan hantar barang ke pelabuhan kuantan... jimat masa 3 hari untuk ke pelabuhan singapork... dan brlayar ttus ke timur asia.... kita sabotaj ekonomi singapork pula....

berambus barua DAP@Singapork..... ini kali.lah


ubah... sabotaj ekonomi singapork keutaman kita di malaysia... selama ini singapork lubuk fitnah.. lubuk sabotaj ekonomi negara jiran


ini kali lah.....

jom ubah... sabotaj ekonomi singapork ..ACT NOW...!!!!

Anonymous said...

jilat la selagi boleh barua.. moga umor ko panjang tgk kebodohan manusia bernama najib razak ni. dan tgk anak cucu ko merempat di negara sendiri.. bodoh

Anonymous said...

tak ramai yg tau kenapa thailand tidak jadi bina terusan di segenting kra...dan kenapa singapore serah 11 F16A/B pada RTAF free ..apa pula kaitan mantan PM thai dgn gergasi telekomunikasi singapura hingga digulingkan dulu....

Anonymous said...

Alhamdulillah
pelancaran ECRL ini menyebabkan ramai pembesar macai Pakatan Ngok termasuk mamakutty mengalaim serangan perasaan!! mereka tertekan terok!!

esok silap2 mereka akan kutip biji2 pasir pulak utk tuduh Najib itu dan ini..hehehe

Anonymous said...

Syok sendiri

Anonymous said...

Adekah pelabohan singapork bergantung kpd barangan malaysia sahaja?....pelabohan kuantan dan melaka bukan besar sangat....hehehe...kuat khayalan ko ni...teknologi baru sampai ke singapork dulu....kualiti orang singapork lebih tinggi dari malaysia....sedar lah diri sikit...ringgit mesia makin lama makin rendah dari dollar singapork...

Anonymous said...

Cuma dari segi pengurusan program sebesar ini mungkin perlu diperbaiki. Bahasa ucapan pula menggunakan bahasa Mandarin kerana ia membabitkan pelabur dari China.

-----_--------------------------------
Kalo pelabor mesia buat projek di negeri cina kominis adekah bahasa yg digunakan bahasa melayu?...

Kalo dah bergantung dengan duit cina kena ikut ler cara dan kehendak cina kominis....mesia masih miskin....mat singapork berkhayal nak hancurkan ekonomi singaork konon....hahahahaha.......

Anonymous said...

Banyak tulisan cina ...mcm program di negeri cina kominis plak...duit cina kominis memang power...miskin nye mesia...

Anonymous said...

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/10181/

KUMPULAN pendesak hak Melayu, Perkasa hari ini mengecam majlis pecah tanah untuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), salah satu projek terbesar di bawah program One Belt One Road (OBOR) China di Kuantan kerana “terlalu China”.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata ia bukti Malaysia sudah dijajah menerusi ekonominya.

“Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah itu tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera tulisan Mandarin.

“Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis itu. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin.

“Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera Malaysia diletak atau digantung untuk majlis itu?

“Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Najib Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek ECRL di Kuantan dan berkata ia pencetus perubahan dan haluan pemikiran bagi Malaysia kerana paling utama ia akan memendekkan masa perjalanan pergi dan balik ke pantai timur Semenanjung.

Ia turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Majlis Negara China Wang Yang, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi China Communications Construction Company Ltd (CCCC) Liu Qitao dan Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Mohd Irwan Serigar Abdullah serta tiga menteri besar negeri Pantai Timur.

Syed Hassan berkata lori dan jentera berat juga dibawa dari China dan Perkasa mahu tahu adakah pemadu lori dan pengendali mesin khas untuk pembinaan landasan kereta api itu juga dari China.

“Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengendalikannya?

“Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk untuk bekerja di projek ECRL,” katanya.

Beliau juga mengecam pemimpin kerajaan yang didakwanya sanggup menggadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan.

Katanya, keadaan itu tidak berlaku ketika negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan projek mega lain dalam negara sebelum ini.

“Di mana jati diri pemimpin negara sekarang,” katanya.

Projek mega yang disebutnya itu dibina pada zaman pemerintahan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa antara pengkritik tegar terhadap pentadbiran kerajaan sekarang yang melaksanakan projek besar dengan pembabitan China. – 9 Ogos, 2017.

Anonymous said...

Rakyat tertekan tengok najib tambah hutang negara. Sapa kena bayar? Sampai ke anak cucu kita juga kena tanggung. Raja hutang 1 malaysia

Anonymous said...

Kalo thailand bina terusan di segenting kra bukan kesan kpd singapore sahaja malah pelabohan di malaysia turut terjejas
...kos bina terusan bukannye kecik...

Anonymous said...

Yang cina malaysia menjajah ekonomi negara ini tak lak pulak nak bising ye.
Tengok saje papan tanda kedai kedai dia org. Kebanyakan dlm bhs cina.

Anonymous said...

Cai2 mahaTAIK keseluruhannya dh sawan babi tahap kronik..lepas2 ni diorg akn lebih terok meroyan..Dato Sri Najib memg terbaik..biarkn mahaTAIK dan cai2 nya meroyan dan jd GILA..esok2 lusa puak2 ni laa akn jilat lendir mereka smula...

Anonymous said...

Cina malaysia dah jajah sekarang tambah plak lagi besar penjajahan cina kominis...cina mesia bayar tax...masia bayar bunge kpd cina kominis...

Anonymous said...

takde yg murah sekarang ni..semuanya mahal..cuma berbaloi atau tidak
Kertas 1 rim kertas A4 projek terowong pun bernilai 300 jota
Cuba fikir kan implikasi wujudnya pelabuhan baru/moden di langkawi dan kelantan tetapi lebih sesuai untuk kapal kecil sbb teluk siam purata kedalaman hanya 20meter
Sebenarnya terusan ini hanya lah jalan pintas seperti mana terusan panama dan suez

Anonymous said...

6:16....Betul tu kualiti org spore lebih tinggi dari ko sbb mereka bukan spices Taik mcm ko...hehhehe

Anonymous said...

MAKAN LA DEDAK SELAGI BOLEH....

Anonymous said...

Kalau mcm ni lah cerita nya..aku akan pangkah PH pru14 nanti..Najib dah gadaikan maruah negara..

Anonymous said...

Anon 1:40 pm..kau nak pangkah PH...lantak ko lah..biar pun Pm Najib buat hutang... tapi hutang utk sapa utk.. rakyat biasa kan kan kan..dan hutang tu pun bila kita bayr... Hanya dgn dikenakan gst jer...tak rasa ciput pun sangat gst tu...Saya tetap pangkah Bn dan Umno..bukan apa takut nanti kat sana Allah soal tanggungjawab kita sebagai muslim kat Malaysia ni apa...pangkah Dap utk menghalalkan LGBT.. PLURALISM DAN LIBERALISM... NAUZUBILLAH

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates