August 19, 2017

11 Berhentilah Bergurau Guna Nama Nabi Tun Dr Mahathir, Memualkan



Bercakap di hadapan penyokong Parti Chap bunga Raya, 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir berkata,
Berkenaan dengan Felda, ini adalah satu ladang terbesar di dunia. Mempunyai hampir dua juta ekar ladang. Sudah tentu dua juta ekar ini memounyai nilai yang tinggi jika dijual dengan nilai tanah sahaja sekalipun. 
Ianya memberi pulangan kepada peneroka-peneroka yangvtelah doberi peluang untuk memiliki tanah ini. Maka datanglah seorang yang bernama Isa Alaihis Salam, eh ... Isa Samad.
Lawak hambar dan bodoh orang tua ini menggunakan nama Nabi dan Rasul Isa Alaihis Salam, amat menjijikkan. Apatah lagi mendapat gelak ketawa daripada macai-macai di bawah pentas.

Cukup-cukuplah Tun menghina dan mentertawakan para Nabi dan Rasul. Kalau dulu Tun diperkatakan memperlekehkan janggut Rasulullah SAW kerana pada masa itu tiada pisau Gillette, sekarang nama Isa A.S. pula menjadi modal lawak beliau. Semoga Tun diberi hidayah dari Allah.

11 comments:

Anonymous said...

Begitu lah Madey Kutty bukan kita tak tahu dari dulu lagi suka mempersendakan Nabi.

safri ismail said...

dia ni masih tak sedar dirinya dah menghampiri waktu senja, terus terbuai dengan hal dunia yang sementara. Pengajaran untuk diri kita sebenarnya

Anonymous said...

Hati dia dah mati. Apa boleh buat. Cuba tinjau tengok, dia ni solat ke dak. Kalau anak perempuannya pun dibiarkan menjadi penyokong LBGT, apakah pegangannya terhadap Agama?

megat panjialam said...

Sipenuduh yang cuba nak jatuhkan hukuman kpd orang yg masih dalam siasatan polis sendiri tidak la bersih sangat. Jika nak siasat penyelewengan semasa pentadbiran beliau, mau beratus RCI perlu ditubuhkan. Bagi beliau yang lama tu jangan dikenang lagi sudah 'expired?' Semua penyelewengan itu wang negara, wang rakyat.

Anonymous said...

madey dan isa sama shja 2x5, dua2 kepala taik, dua2 tamak...org tamak selalu rugi.

Anonymous said...

KES MELAYU UMNO TIPU MELAYU PULAU PINANG :

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa siasat semula kes penjualan tanah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, gesaan itu dibuat kerana melihat masih tiada sebarang tindakan susulan diambil walaupun tempoh siasatan melebihi 12 bulan.

“Aduan telah dibuat kepada SPRM oleh (Exco Pulau Pinang) Dr Afif Bahardin pada 7 April 2016 terhadap kes tersebut yang mana Pengerusi Perda, Shabudin  Yahaya didakwa menjual 8.6 ekar tanah di Kampung Tok Keramat, Seberang Perai Selatan pada 2015 dengan harga RM1.4 juta.

“Sungguhpun nilaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah RM16.6 juta, tetapi penjualan tersebut tetap dilakukan tanpa proses tender terbuka,” katanya kepada media selepas menyerahkan satu memorandum kepada SPRM Pulau Pinang, semalam.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan Perda menanggung kerugian RM15.2 juta.

“Shabudin pernah menjelaskan bahawa tanah itu dijual murah kerana tanah itu mendap dan hakisan teruk akan mengakibatkan kerugian sebanyak RM10 juta kepada Perda.

“Tambahan pula, pembeli iaitu sebuah syarikat juga dinasihatkan untuk membina rumah murah bagi rakyat,” katanya.

Wei Aik berkata, penjelasan Shabudin adalah tidak berasas sama sekali kerana kos rawatan tanah maksimumnya adalah RM5 juta.

“Macam mana sebuah syarikat boleh cari untung dengan membina rumah murah sekiranya Perda yang merupakan sebuah agensi kerajaan persekutuan tidak dapat melaksanakannya.

“Persoalan juga timbul kenapa tiada sebarang tender terbuka dipanggil untuk memastikan hanya tender dengan harga tawaran paling tinggi dipilih,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, dakwaan Shabudin bahawa pembeli disyaratkan membina rumah murah amat diragui apabila arkitek syarikat tersebut membentangkan permohonan untuk membina 27 rumah kedai kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac 2016.

“Tidak ada pun sebuah rumah dicadangkan, apatah lagi dengan rumah murah yang disyaratkan Perda.

“Dakwaan Perda bahawa rumah murah akan dibina kemudian amat mengelirukan kerana garis panduan perumahan yang diguna pakai sekarang mewajibkan rumah kos rendah dan sederhana dibina terlebih dahulu atau serentak dengan rumah kedai,” katanya.

Soalnya lagi, bagaimana rumah murah boleh dibina serentak sekiranya tiada permohonan sebegini dikemukakan kepada MPSP.

“Saya ingin menuntut kes ini diteliti semula oleh Panel Penilaian Operasi SPRM dalam masa terdekat.

“Ini bagi memastikan proses siasatan dapat dipergiatkan lagi dan SPRM juga harus memberi penjelasan kepada orang awam berkenaan dengan status siasatan kes tersebut,” katanya.

Anonymous said...

Isa samad direman oleh sprm sampai 5 hari .... Akhirnye tiada kes...hehehe..

Anonymous said...

Isa pernah digantung oleh umno kerana rasuah politik...kaki rasuah......

Anonymous said...

Madey orang tua sangat ditakuti oleh najib...hehehe...

Ted Manoff said...

Malaikat maut pon takut Madey woi

Miki Hanzo said...

Benar..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates