July 26, 2017

1 Rentetan Kejadian 'Planet Of The Apes', Menteri Pengangkutan Minta Jaga MRT


Malaysia mempunyai fasiliti kelas dunia. Cuma Rakyat Malaysia mempunyai kelakuan dan mentaliti kelas ketiga. Pembangkang menjangkakan perkhidmatan 'Mass Rapid Transit (MRT)' akan gagal. Namun, dengan diskaun 50% yang diberikan sehingga Hari Merdeka 31 Ogos, Rakyat Malaysia berpusu-pusu menaiki MRT ini. Bukti sambutan hangat terhadap perkhidmatan MRT didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail di dalam laman sosial Twitter.



Namun, amat dikesali sekali kemudahan terbaik yang diberikan oleh Kerajaan tidak dijaga baik oleh Rakyat Malaysia yang masih mempunyai mentaliti kelas ketiga. Antara contohperangai buruk Rakyat Malaysia adalah seperti di bawah:



Malah, Pengarah Komunikasi Strategik MRT Corp, Najmuddin Abdullah, turut mendedahkan vandalisme yang berlaku di stesen-stesen MRT.


Oleh itu, tidak hairanlah apabila Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai sendiri meminta orang ramai agar menjaga kemudahan MRT dengan baik dan tidak melakukan perbuatan vandalisme ke atas kemudahan-kemudahan yang disediakan di stesen-stesen MRT.

1 comments:

Anonymous said...

Itulah kan...rakyat mcm gini seperti BERUK DAPAT BUNGA...itu jer.. Bidalan sesuai utk mereka.. Ada cctv kan...cuma kat toilet tak lah kan..tayang muka orang orang yang tak reti bertanggungjawab tu...pampang besar besar..muka depa..biar lepas ni garenti tak berani buat lagi dah

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates