July 22, 2017

12 Rejim DAP Pulau Pinang Perlu 8 Hari Saja Lulus Projek Kondominum Mewah cc. @SPRMMalaysia


Hebat Rejim DAP Pulau Pinang boleh meluluskan projek kondominium mewah dalam masa 8 hari sahaja. Projek tiga jalan utama sudah dibayar oleh Rejim berkenaan sebanyak RM209 juta namun tidak ada tanda-tanda sebarang projek telah berjalan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil masa 8 hari untuk meluluskan kondominium mewah, tetapi perumahan mampu milik SP Chelliah mengambil masa 223 hari untuk diluluskan manakala projek Kerajaan Persekutuan pula mengambil masa 516 hari. 

Apa keistimewanya projek kondominium mewah yang bernilai RM800 juta ini yang dibina di atas tanah anugerah Rejim DAP Pulau Pinang kepada pemaju swasta. Patutlah Rejim DAP Pulau Pinang begitu liat untuk menandatangani Inrar Bebas Rasuah (IBR) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng kerana memutar belitkan kenyataan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai luar daripada konteksnya. Beliau bersetuju dengan DS Liow yang menegaskan MCA akan terus memperbesarkan amalan yang tidak konsisten di kalangan pembangkang dan menuntut penjelasan.

DS Dr Wee menambah, Joseph Lim Guan Eng pernah berkata jika pegawai kerajaan atau ahli politik sedang disiasat, mereka harus meletak jawatan atau digantung, Namun apabila beliau sendiri disiasat dan didakwa di mahkamah, Lim Guan Eng telah melupakan ucapannya sendiri. Ini menunjukkan ketidak konsisten.

Malah kata DS Dr Wee, Ketua Menteri Pulau Pinang pernah berkata di Parlimen pada tahun 2008 bahawa rundingan langsung untuk projek, bukannya tender terbuka, dapat dianggap sebagai unsur korupsi. Namun, apabila beliau memberi projek kerajaan negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat melalui rundingan terus, beliau berkata ia adalah amalan biasa.

Nota Kaki: 

Joseph Lim Guan Eng juga mesti menjawab persoalan di bawah. SPRM sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang ini untuk 'minum kopi' dengan mereka.

12 comments:

Anonymous said...

Pening pening pening..Kes sprm lagi.. Kes cec lagi...nasib badan..what goes around comes around kan kan kan...dulu begak berlagak...halau penduduk kampung..halau peniaga sesuka tanpa belas.. Sekarang...ur turn gone end

Anonymous said...

Mistilah lulus cepat ,dia gunakan LGE sebagai 'runner'.Di negeri Pakatan ,kalau nak cepatkelulusan sesutu permohonan kena guna runner.Mislnya di Selangor ,kalau minta lesen perniaga dari penguasa tempatan guna runner mudah je dapat dan cepat tapi kosnya 3 kali ganda.Cuba lah tanya di pejabat berkaitan ,macam mana nak minta sesuatu lesen misalnya,jawapan yg akan di terima dari pegawai berkaitan ,'susah nak dapat,kalau nak senang buat permohonan melalui runner...'itu nasihanya yg akan mereka berikan.Pengalaman saya 3 kali berurusan ,tiga kali macam menunggu buah tak jatuh kerana tak gunakan runner.2 kali dgn Pengusa Tempatan satu kali dgn Pej Tanah.Urusan di Pej Tanah sudah 3 tahun tergantung ,walhal permohonan yg sangat mudah dan di benarkan undang-undang ,iaitu pecahan sempadan.Pelik juga macam mana peg kerajaan negeri berkiatan di bayar 2 bulan bonus.Kiri kanan makan duit haram nampaknya dari runner dan dedak dari kerajaan negeri,rakayat sengsara.Saya pernah juga berurusan di negeri lain ,tapi tidak lah sesusah seperti di Selangor.

Anonymous said...

Hahaha...garis panduan JKR bukan arahan Perbendaharaan......Garisan Panduan JKR untuk projek kendalian JKR ...

Anonymous said...

Selangor pegawai kjaan macam hampeh.. berlagak mcm bapak diapunya jabatan....

Anonymous said...

Repot lah sprm...sprm boleh ajak pegawai minum kopi...

Anonymous said...

BANGI, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Adalah tidak masuk akal jika kerajaan Malaysia menegaskan tidak ada yang salah dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sedangkan pada masa sama negara lain menangkap individu, menutup bank dan mengisytiharkan berlaku kegiatan pengubahan wang dan kecurian secara besar-besaran membabitkan syarikat pelaburan negara itu.

Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menunjukkan bukti bahawa semua wang 1MDB masih ada dan selamat, jika benar tiada salah laku seperti yang dikatakan.

Tahun lalu, Apandi membersih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan berkait wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadinya, dan mengetepikan siasatan berhubung 1MDB.

Apandi mengesahkan bahawa Najib tidak terlibat dalam sebarang salah laku yang berkaitan dengan wang derma bernilai RM2.6 bilion dan RM42 juta yang disalurkan SRC International ke dalam akaun peribadinya.

Menulis dalam blog beliau semalam, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, akhbar Straits Times melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) yang menyelesaikan siasatan dua tahunnya, mengenakan denda ke atas United Overseas Bank (UOB) dan Credit Suisse, kerana transaksi berkaitan 1MDB.

Katanya, sebelum itu, dua bank ditutup dan beberapa individu ditahan, didenda dan dipenjara kerana terbabit dalam jenayah yang ada kaitan dengan 1MDB.

“Di Amerika, Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) menerbitkan kenyataan 132 muka surat mengenai pengubahan wang haram, wang 1MDB oleh Riza Aziz dan Jho Low. DoJ menegaskan 3.5 bilion dolar wang 1MDB terbabit dan satu bilion dolar hartanah di AS, lukisan dan penerimaan daripada sebuah filem yang dihasilkan dengan wang yang dicuri, telah dikenal pasti dan dibekukan.

“Peguam Negara Switzerland telah menyiasat kegiatan haram yang membabitkan wang 1MDB dan memohon kerjasama Peguam Negara Malaysia untuk membantu siasatan. Peguam Negara Malaysia bersetuju untuk bekerjasama, tetapi kemudiannya menolak.

“Laporan media seluruh dunia menyatakan dengan jelas bahawa kecurian secara besar-besaran telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, yang di dalam laporan DoJ menyatakan ‘Malaysian Official 1’.

“Laporan itu berunsur fitnah dan jika tidak benar, Perdana Menteri Malaysia sepatutnya menyaman. Tetapi, tiada saman dibuat oleh Perdana Menteri,” katanya.

Tetapi di dalam negara ini, kata Tun Dr Mahathir, apa yang berlaku ialah Peguam Negara dengan mudah mengisytiharkan bahawa Perdana Menteri tidak terbabit dalam salah laku.

“Peguam Negara kemudian mengarahkan tiada lagi siasatan terhadap 1MDB dijalankan. Walaupun kemudian beliau menyatakan bahawa beliau tidak berkata demikian, hakikatnya Peguam Negara tidak pula meminta polis, atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maaysia (SPRM) atau mana-mana badan lain untuk menyiasat 1MDB,” katanya.

Memuji tindakan SPRM sekarang ini yang hebat melaporkan mengenai individu yang ditangkap bersama sejumlah wang yang besar, yang diperoleh secara rasuah, yang menunjukkan seolah-olah menjadi penggerak untuk membersihkan negara daripada rasuah, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata:

“Tetapi tiada siasatan, tiada laporan media dibuat berkaitan RM2.6 bilion wang masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Ini kerana SPRM percaya kepada cerita yang diberitahu mengenai wang itu, termasuk:

a. Kenyataan Nazri Aziz pada 11 Ogos 2015 yang mengatakan ‘wang itu adalah derma daripada rakan negara ini bagi membantu UMNO memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13′.

b. Kenyataan Ahmad Maslan pada 30 Julai 2015 yang mengatakan ‘tidak benar. Tidak ada aliran dana dalam akaun peribadi Perdana Menteri’.

.

Anonymous said...

c. Kenyataan Najib sendiri pada 25 Januari 2015 yang mengatakan ‘memang benar RM42 juta masuk ke akaun saya, tetapi saya tidak tahu siapa yang memasukkannya’.

d. Kenyataan Najib pada 4 Julai 2015 yang mengatakan ‘saya menafikan menerima apa-apa wang dalam akaun saya’.

e. Aziz Kaprawi ketika mengulas dakwaan itu pada 20 Ogos 2015 berkata ‘ derma berkenaan bertujuan untuk membantu UMNO melawan DAP yang disokong oleh Yahudi’.”

Beliau berkata, dalam berdepan semua dakwaan, laporan, kenyataan dan kecaman di seluruh dunia, tidak bolehkah Peguam Negara membuka semula siasatan polis mengenai penipuan membabitkan pengurusan wang 1MDB dan mengeluarkan laporan oleh Bank Negara, SPRM dan Ketua Audit Negara daripada Akta Rahsia Rasmi

Anonymous said...

Dalam usaha memastikan UMNO dan BN kekal berkuasa lagi di Sabah, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumpamakan tindakan atau percubaan memisahkan rakyat negeri itu daripada pemerintahan yang ada sekarang seperti langkah Brexit yang telah berlaku di Britain, baru-baru ini.

Kata beliau, tindakan pihak luar termasuk bekas pemimpin UMNO di peringkat nasional dan negeri cuba "membrexitkan" rakyat Sabah daripada UMNO dan BN adalah suatu langkah yang silap dan bakal merugikan rakyat serta negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan percubaan tersebut.

Wajarkah perbandingan Zahid Hamidi itu?

Pertama, tindakan Zahid Hamidi mengumpamakan Brexit dengan pilihan atau selera rakyat dalam pilihanraya adalah suatu perbandingan yang sama-sekali salah dan tidak betul.

Brexit adalah langkah Britain mengadakan pungutan suara untuk rakyat membuat pilihan sama ada mahu kekal atau keluar daripada Kesatuan Eropah. Kedudukan Britan dalam Kesatuan Eropah terikat dengan perjanjian sebagai sebuah negara dan sebab itu apabila ada rakyatnya merasakan lebih baik keluar, suatu pungutan suara telah diadakan.

Dalam pungutan suara itu, kira-kira 60 peratus rakyatnya memilih untuk Britain keluar daripada Kesatuan Eropah. Maka, kini Britain tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

Soal baik atau tidak keputusan itu bagi rakyat dan negara Britain, ia adalah pilihan mereka. Mungkin hanya kita yang merasakan tindakan Britain itu tidak baik, tetapi tidak bagi rakyatnya.

Di Sabah, dalam pilihanraya akan datang, rakyat negeri itu tidak minta keluar daripada Malaysia. Mereka hanya mahu menukar parti pemerintah daripada UMNO dan BN kepada parti lain yang mereka rasakan dapat memberi pembelaan dan perkhidmatan lebih baik.

Menukar parti pemerintah adalah sesuatu yang dibolehkan dalam sistem demokrasi, malah tidak ada perjanjian yang mengatakan UMNO dan BN mesti jadi parti pemerintah di Sabah sampai kiamat.

Anonymous said...

Nak Alih Tiang Gol lah tu....Tak main lah kes 1MDB ni.....Pencacai Dapigs Terlebih makan tulang babi yerrrrr Meroyan.....Banyak Kes LGE ni diaorang tutup mata jerrrrr....

Anonymous said...

Parti Syapie Apdal....kat Sabah....akan jadi pedal Ayam lerrrr tu nanti.....

Anonymous said...

Parti syafie tak afdal ...kat sabah...akan jadi warisan taik...hahahaha..

megat panjialam said...

Kesan buruk pembinaan EKVE >http://www.beritadaily.com/bm/kesan-buruk-pembinaan-ekve-azmin-dan-exco-perlu-jelaskan/

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates