June 16, 2017

62 Pusingan Kedua Pembangkang Cuba Menjatuhkan DS @NajibRazak Melalui Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

Agak pelik membaca Saman Sivil yang dikemukakan melalui Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) semalam kononnya pihak berkuasa akan merampas sejumlah USD540 juta dalam bentuk aset yang didakwa dicuri daripada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang digunakan untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan boros. Baca laman web DOJ, di sini.

Asas Saman Sivil DOJ pada Julai 2016 adalah disebabkan oleh hakikat bahawa 1MDB mengesahkan telah membayar wang kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (IPIC) tetapi IPIC pada awal 2016 berkata mereka tidak menerima wang berkenaan. Dengan demikian terdapat dakwaan kehilangan wang maka dituduh pada waktu itu berlaku pengubahan wang haram.

Tidak lama selepas itu,  IPIC telah mengakui bahawa transaksi bayaran berkenaan telah berlaku maka tidak ada 'wang hilang' seperti mana yang didakwa dan dengan itu tiada pengubahan wang haram. DOJ Amerika Syarikat tidak mempunyai asas di dalam Saman Sivil berkenaan memandangkan dakwaan 'wang hilang' tidak pernah berlaku di antara 1MDB dan pihak IPIC.

Apa yang minions pembangkang harus hadam dalam isu DOJ yang terbaru ini adalah ini adalah Saman Sivil dan bukan kes jenayah. 1MDB tidak disebut langsung sebagai defendan atau pihak yang disaman dalam Saman Sivil berkenaan. 1MDB juga menafikan sebarang kehilangan aset atau dana dari syarikat mereka. Bagaimana pihak yang menyaman (complaint) dapat mengesahkan kehilangan USD540 juta. Siapa sahaja boleh membuat Saman Sivil melalui DOJ. Untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik Saman Sivil terbaru DOJ ini, baca Malaysia Today, di sini.

Kedua, membaca 250 muka surat dokumen DOJ mendapati defendan-defendan dalam Saman Sivil pusingan kedua ini adalah Low Taek Jho, Low Taek Szen, JW Hospitality (VHG) Intl Ltd, FFP (Cayman) Ltd, Mubadala Development Company PJSC, Viceroy Hotel Group dan Jynwel Capital Ltd. Tiada nama Mohd Najib Tun Abdul Razak ataupun 1MDB. Macai faham tak defendan tu apa?

Kesimpulan isu DOJ ini sebenarnya merupakan babak pusingan kedua pengumuman pertama DOJ, yang dibuat pada bulan Julai tahun lepas, dan percubaan terakhir dan lemah oleh pembangkang dalam menghidupkan semula isu 1MDB yang sudah mati dan cuba memastikan perkara itu terus hidup sehingga pilihan raya umum akan datang. 

Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh 1MDB:
Media statement by 1Malaysia Development Berhad  
Issued on 16 June 2017  
For immediate publication 
US Department of Justice Lawsuits 
1MDB notes the contents of a civil lawsuit filed by the United States Department of Justice ("DOJ") against certain assets. 
1MDB highlights that it is not a party to the civil lawsuit nor has it been contacted by the DOJ in relation to this matter. 
1MDB notes that the civil lawsuit does not contain any appendices with documentary proof or witness statements to support the allegations made by the DOJ. 
As previously stated, 1MDB will fully cooperate with any foreign lawful authority, subject to international protocols governing such matters and the advice of the relevant domestic lawful authorities.
Berikut pula adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri:


Peguam Negara TS Mohamed Apandi Ali pula berkata tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa menunjukkan adanya penyalahgunaan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kata beliau, 
Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).Tindakan kedua ini berlaku pada ulang tahun tindakan pertama, dan nampaknya ia merupakan tindakan ulangan. Kami ingin menyatakan rasa kecewa kami kerana sekali lagi AGC tidak dimaklumkan atau diberitahu oleh DoJ berhubung tindakan ini. 
Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB; dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB, ” katanya dalam satu kenyataan.Selepas semakan, kami mendapati bahawa tiada jenayah dilakukan. Pada masa ini, masih ada penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia mengenai 1MDB. 
Kami ingin menyatakan rasa bimbang mengenai sindiran tentang salah laku jenayah yang dibuat terhadap Perdana Menteri. Tindakan sivil itu langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. 
Bagaimanapun, kami mengalu-alukan apa-apa permintaan sedemikian selaras dengan komitmen kami untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa dan memerangi pengubahan wang haram. 
Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, AGC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah, dengan syarat adanya bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

62 comments:

Mat gunong said...

Salam dari Gunong....
Hehehekikikihahahakahkahkah....tak de kes! Hehehekikikihahahakahkahkah..
** pada mat gunong, yg paling bodoh dalam kes 1MDB ini ialah Singapura. Sehingga beberapa individu dijatuhkan hukuman termasuk penjara. Dan 2 buah Bank diarah tutup. Sedangkan Apandi kata tak ada KES!!!.HEHEHEKIKIKIHAHAHAKAHKAHKAH

Anonymous said...

Org 2.40 kat atas ni masih xphm phm lg isu. Ni la masalahnya bila bdk2 dibagi ruang n peluang posting dlm public blog.
Mohon admin peratikan posting2 kebudakan spt diatas. Tq

Cucu Tok Selampit said...

Kes di Singapura tu tahu ka sebab apa Mat Gunung? Baca balik la. Gelak macam orang bodoh.

Anonymous said...

Mat gunong taik memang bahalol dari dulu lagi.. Training jadi hanjing upahan pun kat kandang babi..lepasan kandang babi mane ade yang bijak..bodoss2 belaka.

megat panjialam said...

Kesian nyet-nyet tak faham isu yg sebenar. Saman sivil dan jenayah dua perkara berbeza dan ketahui siapa yg disaman?

Anonymous said...

Bagi Mat Gunong bukan takat di Singapura tapi di Iceland dan Uganda pon tetap isu 1MDB

Anonymous said...

Singapore tutup 2 bank asing kerana jho lo simpan wang haram 1 mdb...konco2 jho lo telah dihukum...siapa yg luluskan wang 1 mdb kedalam akaun bank jho lo?... Ikut artikel memoranda 1mdb najib pengerusi penasihat 1,mdb yg berkuasa meluluskan wang 1 mdb ke akaun luar negara...
Laporan PAC juga sebut 28 billion wang 1 mdb telah lesap tak dapat dikesan...kalo wang dlm negara tak boleh dikesan?....ini wang 1 mdb diluar dinegara...

Anonymous said...

Apandir buat2 bodoo...dlm saman memang tak de nama najib kerana najib tidak beli aset dan simpan duit di amerikana...tapi dari siasatan fbi najib terima 2.6 billion dari duit curi 1mdb..
Selanjutnye siasatan fbi juga dapati bini najib turut terima duit curi mekalui barang kemas...klepek...
Siasatan terbsru doj/ fbi wang yg telah dusedut dari 1 mdb dianggarkan ASD 4,5 billion ato RM 20 billion..
Kalo 1 mdb telah selesai bayar IPIC kenapa najib setuju bayar sekali lagi kpd IPIC untuk setel tuntutan timbangtara IPIC dilondon?... Bayar 2 kali?..
kalo najib tidak terlibat dengan rompakan ini kenapa najib dan polis biarkan jho lo dan riza aziz yg disaman oleh doj..
Kenapa Apandir tidak dakwa rafizi kerana jenayah fitnah TH...Loyar buruk Apandir pandai main wayang pacak...Apandir nak membodoskan rakyat mesia...
Loyar buruk Apandir tidak perbah cabar siasatan fbi tidak betool..

Anonymous said...

Baca 250 mukasurat dokumen doj? Tak payah nak bohong lah cts..

Anonymous said...

Dari akaun bank jho lo disingapore wang 2.6 billion dimasukkan ke akaun bank najib di kl....adekah Apandir dan khalid boleh cabar siasatan fbi dan buktikan duit raja arab yg masuk akaun najib.?..
..

Anonymous said...

Cts tak bohong...dia posing sikit kasi pening...akhirnye cts yg pening...hik3...

Anonymous said...

Beli berlian banyak2 nak bawak masuk dalam kubur sekali ke rosmah? Detail doj bagi description pasal berlian. Masa beli tu dah terbongkar kes 1mdb..tapi masih tak serik2. Kalah marcos dan imelda.

Anonymous said...

http://www.malaysiakini.com/news/385761

Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.

Ia juga mendakwa “derma” yang dipulangkan itu digunakan oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

MO1 disifatkan sebagai pegawai kanan kerajaan oleh DOJ.

Tahun lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan.

Najib telah menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.

Ini termasuk ASS$681 juta yang dipindahkan pada Mac 2013. Dokumen DOJ memetik Peguam Negara Malaysia Tan Sri Apandi Ali sebagai berkata ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kedua-dua pihak, DOJ dan Apandi, berkata AS$620 juta telah dipulangkan.

DOJ mendakwa wang yang berpunca daripada 1MDB, dan dipindahkan kepada MO1 dan kemudian dipulangkan kembali, melalui akaun bank Tanore Corporation di Singapura.

Kes di mahkamah republik itu menyebut akaun itu dikawal oleh Low.

Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada wangg yang dipulangkan itu kekal misteri sehinggalah butiran lanjutnya dinyatakan dalam saman 251 halaman DOJ pada Khamis.

Menurut DOJ, pada Jun 2013, dua bulan sebelum wang itu dipulangkan, Low dikatakan menghubungi tukang emas permata Lorraine Schwartz berkaitan “rantai berlian merah jambu permata bentuk hati 18 carrot (sic)”.

Bulan berikutnya, Schwartz dikatakan pergi ke Monaco dengan permata merah jambu 22 karat untuk bertemu Low dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Aabar Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny di atas sebuah kapal layar.

Isteri MO1 dan kawannya – dirujuk DOJ sebagai "Malaysian Friend" turut berada di situ.

Mereka kemudian dikatakan membincangkan soal rekaan rantai itu.

Schwartz kemudian dikatakan bertemu isteri MO1 di New York pada 28 September bagi menunjukkan rekaan rantai itu.

Najib dan Rosmah berada di New York ketika persidangan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Najib berucap pada 28 September.

Sementara itu, rantai yang siap itu didakwa dihantar kepada "Malaysian Friend" di Hong Kong pada 7 Mac 2014, supaya dapat disampaikan kepada isteri MO1.

Bagaimanapun tidak jelas bila beliau secara peribadi menerimanya.

Menurut DOJ, bayaran AS$27.3 juta itu berpunca daripada wang AS$620 juta yang dipulangkan MO1 kepada Tanore pada Ogos 2013.

Pada 9 September 2013, US$58.85 juta daripada akaun Tanore didakwa disalurkan ke akaun lain – Midhurst Trading Limited – yang berdasarkan fakta perbicaraan di mahkamah Singapura Low membukanya menggunakan nama Eric Tan.

Keesokan harinya, wang AS$32.76 juta itu didakwa dipindahkan ke akaun bank DBS Singapura atas nama Blackrock.

Daripada situ, dua pindahan kawat (wire transfer) dibuat kepada Schwartz di akaun Bank of America berjumlah AS$27.3 juta.

DOJ menyebut Low mungkin mengguna e-mel Tan untuk memastikan namanya tidak dikaitkan dengan rekod pembelian barang kemas itu.

E-mel daripada Tan kepada pembantu Schwartz pual dikatakan meminta nama Low tidak disebut lanjut dalam e-mel kemudiannya kerana dia hanya pihak yang memperkenalkan dan bukan pembeli.

Selain rantai merah jambu AS$27.3 juta, DOJ juga menuduh Low membeli 27 bentuk rantai dan gelas 18 karat untuk isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.

Pembelian lain dikatakan diguna untuk membeli gambar Diane Arbus bertajuk “Boy with the Toy Hand Grenade" bernilai AS750,000 yang didakwa disalurkan daripada akaun Tanore kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Anonymous said...

http://www.malaysiakini.com/news/385771

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dan sekutunya Eric Tan membelanjakan AS$200 juta untuk membeli kemas.

Walaupun DOJ tidak senaraikan semua pembelian yang didakwa itu, ia bagaimanapun mendakwa bahawa Low sahaja membelanjakan sekurang-kurangnya AS$9.9 juta untuk barang kemas untuk model Australia, Miranda Kerr serta untuk ibunya sendiri.

Low juga didakwa membelanjakan AS$28.6 juta untuk barang kemas untuk isteri Malaysian Official 1.

Menurut DOJ, pembelian pertama yang direkodkan oleh ahli perniagaan itu yang didakwa menggunakan wang yang berkaitan dengan 1MDB bermula sejak 2012 apabila dia membeli cincin berlian dan padanan anting-anting berlian untuk ibunya.

Bersama-sama dengan cincin pertunangan dengan "wanita yang tidak dikenali", jumlah bil Low untuk barang kemas dari Lorraine Schwartz ialah AS$2.84 juta.

Pada 5 Disember 2012, Low didakwa membayarnya menggunakan sebahagian daripada AS$1.367 bilion yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB dalam apa yang DOJ gambarkan sebagai fasa Aabar BVI.

Ini meningkat kepada 40 peratus daripada hasil yang diperoleh melalui dua tawaran bon, didakwa telah dipindahkan kepada entiti British Virgin Islands yang dipanggil Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).

Aabar BVI adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang didakwa diwujudkan untuk memberi gambaran palsu bahawa ia adalah anak syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC).

Wang untuk membayar barang kemas ibu Low ibu telah melalui Good Star Limited serta akaun bapa ahli perniagaan itu di Singapura.

Apabila pegawai Bank Singapura (BSI) bertanya tentang pemindahan itu kepada bapanya, Low menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada "tradisi keluarga" untuk memberi kepada ibu bapa hasil "penjanaan kekayaan yang baik."

Anonymous said...

bulan posa ni wei...sohih ke citer ni semua? moga2 menang le ph dalam pru nanti. banyakan citer sensasi. kalau tak bolih dikuasai otak rakyat...bagi pening otak mereka.

Anonymous said...

CTS, u quoted 'Apa yang minions pembangkang harus hadam dalam isu DOJ yang terbaru ini adalah ini adalah Saman Sivil dan bukan kes jenayah. 1MDB tidak disebut langsung sebagai defendan atau pihak yang disaman dalam Saman Sivil berkenaan. 1MDB juga menafikan sebarang kehilangan aset atau dana dari syarikat mereka. Bagaimana pihak yang menyaman (complaint) dapat mengesahkan kehilangan USD540 juta. Siapa sahaja boleh membuat Saman Sivil melalui DOJ.'


Nak tanya u la CTS, Malaysian Sovereign Wealth Fund tu bukan 1MDB ke?

Anonymous said...

DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

16 Jun 2017, pagi 7:15 (Dikemaskini 16 Jun 2017, tengahari 11:05)

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low memegang pasport Malaysia dan pasport untuk St Kitts dan Nevis di kepulauan West Indies, yang melanggar Perlembagaan Persekutuan yang tidak mengiktiraf dua kerakyatan.

Ini terkandung dalam saman ketiga Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan 1MDB untuk merampas AS$540 juta lagi aset yang berkaitan dengan apa yang jabatan itu dakwa sebagai "konspirasi antarabangsa untuk mencuci dana yang disalahgunakan dari sebuah 'sovereign wealth fund' Malaysia".

Ini menjadikan jumlah tuntutan pelucuthakan yang dibuat oleh DOJ dalam kes ini meningkat kepada AS$1.7 bilion.

Pilihan Editor

Najib akan menang PRU-14, kata pakar di forum S'pura
DOJ mendakwa Low telah menandatangani sepucuk surat dengan kepala surat firmanya Good Star Ltd untuk memudahkan pemindahan satu dana pada 19 Mac 2010.

Tanda tangan itu "sama dengan yang Low gunakan pada pasport Malaysia, Kitts dan Nevis," katanya.

St Kitts membenarkan warga asing mendapatkan kewarganegaraan sebagai balasan untuk pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000 atau satu sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula di negeri ini.

Menurut pemfailan ketiga yang dibuat semalam, DOJ mendakwa Low mengumpulkan lebih AS1 bilion dalam hartanah menggunakan dana yang didakwa dialihkan daripada 1MDB. Ia termasuk:

- Time Warner Penthouse, New York (AS$30.55 juta);
- Oriole Mansion, Beverly Hills (AS$390.98 juta);
- unit Greene Condominium, New York (AS$13.8 juta);
- Hotel mewah L'Ermitage , Beverly Hills (AS$44.8 juta);
- Hillcrest Road mansion, Beverly Hills (AS$17.5 juta);
- Park Laurel condominium, New York (AS$23.98 juta);
- Qentas Townhouse, Belgavria, London (17 juta pound);
- Stratton penthouse dan flat Stratton, London (35 juta pound);
- Pejabat Stratton, London (42 juta pound); dan
- kepentingan dalam Hotel Park Lane, New York melalui perkongsian (jumlah harga pembelian AS$654 juta

Anonymous said...

http://www.malaysiakini.com/news/385762

Penang-born businessman Jho Low holds a Malaysian passport as well as a passport for the West Indies island of St Kitts and Nevis, breaching the Federal Constitution which does not recognise dual nationality.

This was revealed in the United States Department of Justice’s (DOJ) third lawsuit with regard to 1MDB in order to seize another US$540 million in assets associated with what the department described as an “international conspiracy to launder funds misappropriated from a Malaysian sovereign wealth fund".

This brings the total forfeiture claim made by the DOJ in this case to US$1.7 billion.

The DOJ claimed Low had signed a letter bearing the letterhead of his firm Good Star Ltd to facilitate a fund transfer on March 19, 2010.

The signature was “similar to the one Low used on his Malaysian and St Kitts and Nevis passports”, it said.

St Kitts allows foreigners to obtain citizenship in return for real estate investment of at least US$400,000 or a contribution of at least US$250,000 to the state’s sugar industry diversification fund.

More than US$1b in real estate

According to the third filing made yesterday, the DOJ alleged that Low amassed more than US$1 billion in real estate using funds diverted from 1MDB. They include:

A Time Warner penthouse, New York (US$30.55 million);
The Oriole Mansion, Beverly Hills (US$390.98 million);
Greene Condominium unit, New York (US$13.8 million);
L’Ermitage luxury hotel, Beverly Hills (US$44.8 million);
Hillcrest Road mansion, Beverly Hills (US$17.5 million);
Park Laurel condominium, New York (US$23.98 million);
Qentas Townhouse, Belgravia, London (17 million pounds);
Stratton penthouse and Stratton flat, London (35 million pounds);
Stratton offices, London (42 million pounds); and
Interest in Park Lane Hotel, New York via a partnership (total purchase price US$654 million).

Sold homes to Najib's stepson'

The Qentas Townhouse, Hillcrest Road mansion and Park Laurel condominium are notable because the DOJ found the properties were then sold for a profit to Prime Minister Najib Abdul Razak’s stepson Riza Aziz.

In 2012, Riza bought the Qentas Townhouse for 6.35 million pounds more than what Low paid two years before.

Similarly, for the Park Laurel property, Riza had in 2012 paid Low US$35.5 million, close to 50 percent more than what Low paid in 2010, the DOJ claimed.

The DOJ claimed Low masked where he obtained the money by passing the funds through a complicated web of transactions, sometimes up to several transactions a day for no other discernible reason.

He also represented himself as a "third-generation steward" of a large family trust fund.

In more than one instance, the DOJ alleged, he funneled cash through his father, Larry Low’s bank account to make it appear that the funds came from his family.

The complicated money trail showed in fact, the funds were misappropriated from 1MDB and channeled through bank accounts of firms owned by Low or his associates, it added.

This included through the siphoning of cash via a British Virgin Island entity called Aabar, which bears a similar name with Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC)'s subsidiary but is unrelated to IPIC.

IPIC and 1MDB are in talks over some RM3.5 billion, which 1MDB said it inadvertently transferred to the Aabar in the BVI.

Art for collateral

Sale of prime real estate to Riza was not the only way Low was growing the cash he allegedly siphoned from 1MDB.

The DOJ also filed records of Low using multi-million dollar paintings he purchased at auctions as collateral to obtain a loan.

Email ttranscripts showed how Low asked around for “relaxed” boutique banks which could extend a loan on the back of the artworks, without asking too many questions.

According to the DOJ, his Cayman Islands firm Triple Eight Ltd obtained a US$107 million loan from Sotheby's by pledging 17 pieces of art valued up to US$258.3 million

Anonymous said...

http://www.malaysiakini.com/news/385766

DOJ: Anak tiri Najib beli hartanah, poster guna dana Aabar BVI

16 Jun 2017, pagi 5:45 (Dikemaskini 16 Jun 2017, tengahari 11:13)



Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa Riza Aziz - anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - telah membeli hartanah di luar negara dan poster filem yang mahal menggunakan dana yang didakwanya disalahgunakan dari 1MDB melalui Aabar BVI.

Selain daripada hartanah di AS, Riza juga dikatakan membeli hartanah di Belgravia, London, United Kingdom.

DOJ berkata Riza membeli hartanah itu pada Julai 2012 pada harga AS$41.79 juta daripada rakan perniagaannya Jho Low, yang membelinya dua tahun lebih awal yang didakwa menggunakan dana 1MDB melalui akaun Good Star beliau.

Pilihan Editor

Menteri Laut Indonesia dipuji DiCaprio
Dalam pemfailan ketiganya setebal 251 halaman berkaitan dengan 1MDB semalam, DOJ mendakwa Riza membayar Low untuk memperoleh Qentas Townhouse menggunakan dana yang dikesan kepada hasil lencongan hasil bon pada 2012.

Aabar BVI telah dikatakan menerima AS$1.367 bilion yang didakwa dilencong daripada bon yang dikeluarkan oleh 1MDB untuk perjanjian pembelian syarikat kuasa pada tahun 2012.

Aabar BVI didakwa telah memindahkan AS$133 juta daripada hasil bon 2012 pada 18 Jun 2012 ke akaun Riza di Red Granite Capital di BSI Bank di Singapura.

Anonymous said...

RAKYAT TIDAK RUGI APA-APA

KALAU DOJ BERJAYA RAKYAT AKAN DAPAT DURIAN RUNTUH 1.7 BILION

KALAU DOJ KANTOI, 1MDB TAKDAK HILANG APA-APA ...

PH MUNGKIN AKAN HILANG BOLA

KIK KIK KIK

Anonymous said...

Kapal layar mewah Jho Low dibeli dengan dana 1MDB'

16 Jun 2017, pagi 5:56 (Dikemaskini 16 Jun 2017, tengahari 11:04)



Kapal layar mewah hartawan Jho Low "The Equanimity" telah dilaporkan menjadi tempat berlangsungnya majlis parti mewah yang menampilkan selebriti Hollywood.

Kini, pemfailan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa kapal itu telah dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan semalam, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang di bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

Pilihan Editor

Najib akan menang PRU-14, kata pakar di forum S'pura
"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperolehi The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

DOJ mendakwa dana dipindahkan melalui pelbagai akaun yang dimiliki oleh entiti yang berbeza pada atau kira-kira hari yang sama tanpa tujuan perniagaan yang jelas.

Sebagai contoh, katanya, tidak ada sebab komersial jelas bahawa Low melapisi transaksi itu dengan menyalurkan jumlah wang yang sama melalui pelbagai akaun bank di institusi kewangan yang sama pada atau sekitar hari yang sama.

Jabatan itu berkata Low telah mendakwa dalam emel kepada peguamnya di London dan seorang pegawai kanan bank BSI yang World View Ltd adalah amanah keluarga untuk keluarganya.

DOJ memohon pelucuthakan sivil ke atas kapal layar itu bersama-sama dengan aset lain.

Ini adalah tambahan kepada AS$100 juta hartanah di London yang ia pohon untuk perlucutan hak minggu lalu, di samping pelbagai aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dipohonnya untuk tujuan yang sama pada Julai tahun lepas.

Dalam satu kenyataan akhbar, DOJ berkata jumlah aset yang tertakluk kepada pelucuthakan berhubung dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB, berjumlah hampir AS$1.7 bilion.

Menurut pemfailan semalam, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan telah didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Anonymous said...

Sistem pendinding yang dibuat oleh Medey satu masa dulu dan kini masih digunapakai adalah cukup sempurna, waima dia sendiri tak mampu menembusi dinding berkenaan. A taste of own medicine.

Anonymous said...

Berapa lame lagi ahli2 umno jadi bodoh biarkan cina jho lo hidup mewah hasil rompakan wang 1 mdb tanpa siasatan dan tindakan...

Anonymous said...

Dulu ABU percaya kes liwat Defakto adalah blur tapi kini semuanya semakin blur

Sama juga dengan tindakan blur di pihak Doj pada 2016 tapi kini semakin blur

Anonymous said...

Sistem yg ade dah lama wujud sblm madey jadi pm....selagi najib dibela dan disokong najib kebal...tapi jika ahli2 umno yg mendesak termasuk majlus tertinggi najib terpaksa akur....king of the cash buat najib kebal...hanye pru yg bokeh runtuhkan mekebalan najib...

Anonymous said...

Tak de bluur pon...makin lame makin banyak aset yg terbongkar..tak lama lagi banyak persoalan akan terjawab...

Anonymous said...

Biar doj rampas harta bernilai usd540 juta daripada bicara kes jenayah di bawah siasatan polis malaysia & pendakwaan oleh apandi ali. Ketua polis pun berkawan dengan penjenayah. Lebih korup dari negara miskin.

Anonymous said...

IT IS ALL POLITICS

Bila Pudin Jerawat kata Khalid makan rasuah dia hanya jalankan tugas yang diberi oleh Lge kepadanya.

Yes, dia buat apa yang ditugaskan dan apabila diarah tarik balik tuduhan yang merosakkan reputasi PR, Pudin tarik balik

bayangkan kalau dalam kes rasuah, ada sorong dan tarik, sudah tentu kes sivil akan ada sorong dan tarik tanpa penghujung.

Muahahaha

Anonymous said...

kalau linggam gate adalah real,

kalau Saddam gate adalah real

jangan2 'Doj gate' juga mungkin real!

Anonymous said...

Duit diseleweng beli harta karun untuk bini sendiri. Lepas joli, sumbang sikit kat umno bahagian terpilih. Bukan semua bahagian yg dapat. Maka menyalaklah sesetengah ketua umno bahagian mempertahankan ketua penyamun. Tak lupa juga kongsi kekayaan dengan cina babi jho low. Rakyat tak marah kalau pinjam duit, terbit bon dan bayar balik guna harta pusaka tun razak (itupun kalau mampu la). Rakyat marah bila kementerian kewangan pulak dipertanggungjawabkan bayar hutang 1mdb. Sah2 duit rakyat akhirnya kena tanggung najis si puaka najib razak. Dulu janji lain, skrg janji lain.

Anonymous said...

Doj ubah kot esei-esei asal setelah sedar esei-esei yang dikarang pada 2016 itu ada yang tak kena dalam bebarapa aspek hingga mengundang ketawa beramai-ramai ..ROTFL

Anonymous said...

Najib nak lari mana? Hahaha

Anonymous said...

tabik spring atas ketegasan dan keyakinan AG

mentaliti Om Puteh selalu benar kini di cabar

dan AG telah buktikan ianya satu falasi

Anonymous said...

Pusingan pertama fitnah DOJ gagal. Kini pusingan ke2 fitnah. Hodohnya wajah DOJ dan Pakatan Harapan ni - asyik fitnah saja. Awas jangan tertipu.

Anonymous said...



Biasa lah bila negara dah maju, dah kaya, dah makmur, dah senang lenang, dah di kerumun boleh pendatang2 asing untuk mencari rezeki... Maka ramailah yg sakit hati, pening kepala, dengki, kianat untuk menjatuhkannya kepimpinannya. Supaya mereka sendiri dapat menerajui negara ini seterusnya mengkayakan anak beranak Dan kaum kerabat mereka seperti apa yang telah berlaku dahulu.... Kekayaan segera luar biasa... Yang exco sendiri pun komplain.


Anonymous said...

kes jenayah lee watt ambil masa bertahun-tahun

kes harta Shah Iran ambil masa puluhan tahun

kes sivil mungkin ambil masa selama-lamanya?

hanya si penongkat langit ada can ikuti kesudahannya!

Anonymous said...

Nafsu belanja rosmah lebih besar dari isteri diktator yang lain. Pendek bantut macam badak, muka buruk bergelen suntik botox..ada nafsu nak bergaya macam bintang hollywood. Jilake..

Anonymous said...

ni kira versi upgrade la kes tahun lepas yang tak berapa nak jadi kan....
penambahbaikan yg agak meyakinkan tapi jgn macam kes lepas dah ler... tunggu punya tunggu dah 2kali nak raya ...habuk pun tarak
bila lah Doj nk nama dedahkan nama MO1... penat madey kerala ngan kuncu kuncu tulis skrip

Anonymous said...

Cucu Bahalol Tok Selampit

Kenape laporan berkenaan 1MDB di OSAkan??!!
Majoriti rakyat Malaysia bukan Bahalol pendedak macam ngko!!!

Anonymous said...

Hello Doj ker tu?

Hello... hello

Hey Doj ker tu...

Hei hello... tut, tut, tut

Lar putus pulakkk..nama kar hai

kah kah kah

Anonymous said...

Teori ko tak relevan...sebahagian besar aset dan akaun bank yg ditemui tlh pon disita...sekarang ni dilonfon jho lo licik beliaset lps tu jual buat investment...samanni nak sita dulu sblm rampas...akaun dedak najib dah dusekat...kebuluran macai...hik4..
..

Anonymous said...

Tak jadi?....hahaha...dah kena sita pon...sekarang fbi kejar yg diluar amerikana... dlm proses sita...jho lodan reza aziz takut nasuk amerikana..

Anonymous said...

Laporan ifit najib osakan...laporan saman d9j najib tak boleh buat ape2...

Anonymous said...

Kalau di negara lain, dah lama lancar revolusi

Anonymous said...

Berita baik buat Madey (1mdb); berita buruk buat BABI dan beritak buruk buat Jibo.

Berita baik buat BABI; berita buruk buat Madey; no news buat Jibo

Berita buruk buat Jibo, berita baik buat BABI, berita buruk buat Madey coz 'hutang' lama belum bayar

Anonymous said...

Leonardo dicaprio pun tau maksud integriti. Dapat hadiah piala shj pun dia pulangkan. Rosmah? Jangan harap..

Anonymous said...

bila sebuah bank mega terlibat mani laundering berbilion-bilion wang kartel dadah di Amerika, Doj hanya kenakan denda... tiada yang letak jawatan dan tiada yang masuk penjara. kes kat singapura tu lebih tegas mungkin kerana nak tunjuk taring kot. he3

Anonymous said...



Sebab laporan itu boleh saja di edit Dan di ubah ayat2nya untuk untuk merobah maknanya.... Seperti yang dibuat oleh SR terhadap laporan yg di beri oleh Jusco, Dan laporan yg di edit itulah sebenarnya digunakan untuk memburuk2kan 1Mdb , sebab itu negara Arab tidak percaya terhadap SR , bagitu juga dg negara China Dan India. Sebab itu beratus billion dilabur boleh negara2 tersebut di sini.


Anonymous said...

Nek Rose boleh ikut langkah Nek Fan

Selesaikan isu Jam Rolex pemberian dari tok Arab

Bila terlibat kontroversi

Declare Rolex hilang

Problem pun RIP

kikikikikik

Anonymous said...

Suruh najib jawab sendirilah!! Apa lanciau pencacai yang tidak tahu apa-apa berebut jawab bagi pihak najib. Dah keliru lagi nak kelirukan orang. Gampang. Mana lu punya telur, najib?? Pemimpin negara ka perangai macam ni? Setiap kali ada isu, lu senyap. Lanciau kasi anjing makan

Anonymous said...

Macam mana najib nk jwb sedara sedangkn tiada pertuduhan ke atas najib dimana mana mahkamahpun.

Anonymous said...

Jawab bukan hanya di mahkamah. Buat la sidang akhbar. Orang tuduh kau curi duit, takkan kau nak jadi siput? Kalau kau cakap najib tak payah jawab, kenapa anak haram blogger & macai jadi tukang jawab utk najib??

Anonymous said...

Anak hanjing bodoss 7.16 meroyan suruh jawab...kikiki

Kau sape..? Kau tu anak hanjing bodoss je pun..kikikiki

Anonymous said...

Fbi kejar sampai di luar amerika..??
Kikikiki

Bodoss...jangan sentap naaa...

Anonymous said...

Dah kena sita?....mmg dah kena kencing la ko ni
cer citer apa yg di sita... Takmau la hearsay
org tu cakap..org ni cakap.. nk bukti hitam putih.... ada ?

Anonymous said...

Anak hanjing pakaton bodoss mabuk ketum ka.?
Tang mane kebuluran tu.? Awat bodoss sangat hang ni..
Awat anak2 hanjing lepasan kandang babi ni semua bodoss2 yek..?
Jangan sentap tau...kikiki

Anonymous said...

Awat najib nak lari..? Elok je najib ke sana sini sampai ke amerika pun najib pergi.. Awat time tu fbi tak tqngkap..? Kikikikk
Bodoss bertingkat2 anak hanjing pakaton ni..

Anonymous said...

Hang syok sendiri ka jing 4.28..?
Kikiki

Anonymous said...

Anak hanjing pakaton bodoss 4.32 nak cuba nasib menyalak..kikiki

Anonymous said...

3.49 berhenti la tunjuk bodoss..

Anonymous said...

Admin dah ckp buat apa siar komen rba.bodoss kat sini mereka mana nak setuju walau kita ckp apa pun..dan hal Doj ni..kita tgok dan tunggu jer...betul k ada kes atau..cuma mainan politik..bagi Umno..ni semua tak jadi hal pun sbb itu hal doj buka hal dalam negara pun..lantaklah Amerika tu dah tak ada kerja..cuma kita sebagai Melayu Islam mesti percaya sesuatu perkara tu terjadi ada hikmah di sebaliknya... Wallahualam

Anonymous said...

Ada bukti? Jangan syok sendiri dan memfitnah orang. Nanti ada orang makan daging saudaranya diakhirat nanti.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates