June 15, 2017

0 Lesen Dan Permit Bas Qistina Express Digantung SPAD


Tindakan tegas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen dan 26 permit bas milik Qistina Express Sdn Bhd selama sebulan susulan kemalangan membabitkan bas tersebut di Kilometer (KM) 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan selepas Terowong Menora pada 10 Julai lalu, wajar dipuji.

Tindakan tegas itu diambil pihak SPAD selepas mendapati syarikat tersebut melanggar syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD pada 12 Julai lalu. Tindakan penggantungan lesen dan permit Qistina Express diharap akan menjadi pengajaran kepada pengendali bas ekspres lain supaya mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) Suruhanjaya berkenaan pada setiap masa.

Pada 10 Julai lalu, dua cedera selepas kereta yang mereka naiki dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, bas ekspres itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh 10 kereta yang ada di depannya. Semasa kemalangan, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan menuju ke selatan dan membawa 28 penumpang.

Adalah diharapkan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri, hujung bulan ini, pihak SPAD akan terus meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memastikan pengusaha bas ekspres supaya mengutamakan keselamatan penumpang, memastikan kenderaan mereka beroperasi dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates