June 15, 2017

13 Diamlah Azwan Bro! Jangan Cuba Jadi Opportunist Dalam Isu FELDA


Angin tidak ribut pun tidak, secara tiba-tiba Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun turun dari langit membuat Kenyataan Media agar Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia menjalankan siasatan ke atas syarikat senaraian awam, Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV). Senator yang dilantik Kerajaan ini yang terkenal dengan nama Azwan Bro dikatakan turut mendapat tempat di Buletin Utama menyatakan pendapatnya itu. Maaf, CTS sudah lama tidak menonton TV.

Sama ada beliau baru keluar dari gua atau terjaga dari tidurnya yang panjang, Azwan Bro seharusnya sedar siasatan dalaman oleh Jabatan Audit Dalam FGV sedang dan telah dijalankan. Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah melantik DS Idris Jala untuk memantau perkembangan siasatan berkenaan. Malah semalam, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan pihak bebas bagi menyelesaikan kemelut FGV telah siap. Sabar sajalah Azwan Bro. Apa lagi hendak melalak?


Perdana Menteri sudah arahkan DS Idris Jala mengumpul semua maklumat dalam FGV dan memberi rekomendasi. Kenapa perlu ada cadangan lain secara terbuka dari sayap UMNO? Kedua, ketika keadaan dalam FGV baru sahaja tenang dan harga saham naik semula, kenapa mesti Azwan Bro memanjangkan isu ini? Kenapa Azwan Bro meminta pihak lain pula untuk masuk campur?

Ini bukan kali pertama Azwan Bro melalak isu yang beliau sendiri tidak arif. Dalam bulan Julai 2015, Azwan Bro cuba menjadi 'populist' dan 'opportunist' dengan menyokong TS Muhyiddin Yassin mendesak siasatan ke atas 1MDB. Namun, setelah kebenaran demi kebenaran terbongkar, beliau kembali tidur lena dan kini pada Jun 2017 beliau kembali terjaga dari tidur dengan isu FGV kononnya.


Untuk pengetahuan Azwan Bro dan minions pembangkang di luar sana yang cuba menjatuhkan FGV, serangan-serangan ke atas FGV sebenarnya bertujuan memberi imej negatif kepada FELDA. Ini semua dilakukan dengan satu tujuan iaitu menimbulkan perasaan benci peneroka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana peneroka FELDA menjadi undi penentu di hampir 55 buah kerusi Parlimen di seluruh negara. Hakikat yang perlu Azwan Bro dan minions pembangkang perlu tahu adalah:

1. Pendapatan FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia:

2013 : RM 12.658 bilion
2014: RM 15.26 bilion 
2015: RM 15.67 bilion
2016: RM 17.3 bilion.

2. Ramai yang lupa bahawa FGV tidak pernah mengalami ke­­rugian sejak penubuhannya pada 2012 sehingga 2015. Hanya pada 2016 FGV berhadapan kerugian apabila apabila terdapat ladang sawit yang ditenggelami banjir, kenaikan harga gula dunia dan banyak pelaburan utama mereka belum mendatangkan hasil yang sepatutnya.

3. Sejak diapungkan pada 2012 sebagai apungan kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook, FGV tidak pernah gagal membayar dividen kepada semua pemegang sahamnya walaupun ketika ia berdepan situasi perniagaan mencabar seperti kejatuhan harga sawit dan kekurangan hasil buah akibat fenomena cuaca.

Kita berharap Azwan Bro tidak mempunyai agenda untuk merosakkan FGV seperti mana beliau cuba lakukan ke atas 1MDB suatu waktu dulu.

13 comments:

Anonymous said...

Yey...minyak turuun harga lagi. puak sana dok sakit hati...hahaha

Anonymous said...

Sotong Nujum PijiLembu tak kuar umah kot sehari dua ni.. MALUUUUU

ehh sotoong lembik tu mane ade rase malu.. muke tebal punye barang..

kekekekek

Anonymous said...

hahaha...masih nak menegak benang yang dah basah. Sepandai2 tupai melompat jatuh ke tanah juga...selama ini berharap pada nasib tapi kali ini takdir akan menentukan.

ted manoff said...

Kemungkaran dpn mata mana mungkin kita diam..ada juga pemuda yg berani bersuara..ada ketua pemuda syok sendiri..macham kes armada BERSATU tempohari bkn main cepat ryezall buat entry kutuk BERSATU..bulan 9 nii dh pru mmg masak najib..sampai bila nk pertahan kemungkaran ryezall................

Anonymous said...

Puak sana gembira bila minyak naik..
Gila ising punya puak.

ted manoff said...

""Ini bukan kali pertama Azwan Bro melalak isu yang beliau sendiri tidak arif. Dalam bulan Julai 2015, Azwan Bro cuba menjadi 'populist' dan 'opportunist' dengan menyokong TS Muhyiddin Yassin mendesak siasatan ke atas 1MDB. Namun, setelah kebenaran demi kebenaran terbongkar, beliau kembali tidur lena dan kini pada Jun 2017 beliau kembali terjaga dari tidur dengan isu FGV kononnya.""



Kahkahkah..😸😸😸😹

ted manoff said...

INILAH BERITA YANG MENGGERUNKAN NAJIB....

Pakatan Harapan yang bakal didaftarkan sebagai gabungan rasmi parti-parti pembangkang untuk menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang, sudah hampir memuktamadkan persetujuan untuk meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.

Ia berikutan mesyuarat Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi sebagaimana diminta oleh Anwar Ibrahim untuk memutuskan perkara tersebut, difahamkan telah  bersetuju meletakkan bekas Perdana Menteri selama 22 itu tahun untuk mengetuai Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Persetujuan meletakkan Tun Mahathir tidak lain ialah agar PH dilihat lebih lebih kukuh, lebih aura dan lebih meyakinkan untuk mengalahkan Najib Razak dan seterusnya menyelamatkan negara selepas gabungan itu berjaya mengambil alih kerajaan nanti.

Menurut laporan sebuah portal, struktur yang dipersetujui untuk mengetuai PH ialah Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden, sementara Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali, masing-masing dinamakan sebagai Timbalan Presiden PH.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang masih berada di penjara pula diletakkan sebagai Penasihat PH.

Sebelum ini, parti-parti dalam PH berbeza pendapat dengan pelbagai pandangan yang berlainan mengenai struktur kepimpinan PH. Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH minggu lalu, dilaporkan telah dibentangkan struktur Anwar sebagai Ketua Umum, Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden.

Bagaimanapun, PKR dikatakan tidak berani memberi persetujuan kerana ia berbeza dengan apa yang dipersetujui Anwar sebelum ini.

Bersatu pula dikatakan mahu Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Muhyiddin diletakkan sebagai Presiden PH bagi tujuan mewujudkan "tsunami Melayu"  dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, DAP melalui Lim Guan Eng tidak bersetuju Bersatu memegang kedua-dua jawatan penting itu kerana menggambarkan wujudnya monopoli sesebuah parti dalam PH.

Namun, Guan Eng bersetuju sekiranya Tun Mahathir diberikan satu peranan utama dalam PH untuk memungkinkan kebarangkalian lebih tinggi untuk mengalahkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti.

Dengan persetujuan PKR terhadap struktur baru PH yang meletakkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden, DAP, Amanah dan Bersatu pastinya juga tiada halangan untuk bersetuju sama dengannya.

Inilah struktur terbaik PH yang mampu memberi keyakinan kepada semua  lapisan rakyat serta menampakkan cahaya terang bagi masa depan negara yang gemilang sebaik Najib, UMNO dan BN dapat ditumbangkan.

Struktur baru dengan Tun Mahathir mengetuai PH ini juga pastinya memberi ketakutan dan kegerunan kepada Najib. Segala ilmu, pengalaman dan strategi semasa mengungguli lima kejayaan dalam pilihanraya umum antara 1981 hingga 2003 dahulu, tentunya akan diguna dan disesuaikan semula oleh Tun Mahathir dan PH bagi tujuan menyingkirkan Najib yang dikenali sebagai kleptorat unggul di persada dunia.

Melalui sosok Tun Mahathir sebagai "panglima perang"  untuk mengetuai PH dalam pilihanraya umum akan datang, Najib sudah boleh menghitung hari-hari terakhirnya sebagai Perdana Menteri kerana bukan saja Melayu, Cina, India dan semua kaum lebih meyakini beliau untuk memenangi pilihanraya, malah ia juga memberi kepercayaan yang tinggi kepada semua lapisan rakyat untuk meyakini bagaimana negara bakal dipulihkan ekonominya sebagaimana sentuhannya semasa berkuasa dahulu.

Anonymous said...

Ossh.takutnya..Ph akan bergabung dalam satu logo..yerlah tu..kita tunggu jerlah..macm.nak sangat si Dap tu...jgn tak.jadi sudahlah..nmun satu logo k berpuluh logo k..kami Melayu Islam tak.mungkin bodoss dan tertipu.. Sbb..Dap yang kepala besar yang lain balaci jer...

Anonymous said...

Dalam isu FGV ni matlamat utama ialah utk mengembalikan entiti tersebut berada dalam keadaan cemerlang.Apa pun cadangan kalau boleh mencapai matlamat tersebut ,perlu di pertimbangkan dan di laksanakan kalau patut.Jangan kira ianya datang dari siapa.Jangan juga fikir soal TS Isa Samad atau Zakaria,kedua-duanya tidak penting kalau hanya menjahanamkan FGV.Kita kena ingat kalau FGV terlungkup boleh menjahanamkan kedudukan Umno dan kerajaan.Sekarang pun imeg PM tercalar ,kerana persepsi orang ,TS Isa di letakan di situ adalah utk 'membalas budi' dan secara tidak langsung mengiya kan gossip yg semua orang pun tahu.

Lagi pun prestasi TS boleh di nilai kalau tengok pergerakan saham FGV dan prestasi Kewangan FGV,ini pun sudah cukup utk membuat kesimpulan mengenai TS Isa.

Anonymous said...

Geng zam kotak...kotak2 kosong,cuba tarik perhatian bakal calun pru14.

Spesis bercita-cita besor...kemampuan kebolehan ciput.

Ted elok guna logo selunggok taik...mudah diingati penggundi...

Anonymous said...

Alangkah nikmatnya jika harga minyak turun bersama-sama dengan mO1 sekali turun dan berambus....

Anonymous said...

Baik kau je yg berambus..buat semak je kat sini.. Hidup 24jam tabur fitnah

Deweandewe Dewe said...

Baik kau je yg turun tujuh kaki dalam dan lena ...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates