June 19, 2017

10 Berlian Kontroversi Tidak Tertakluk Sebagai Barangan Yang Hendak Dirampas Dalam Saman Sivil DOJ? Kegilaan Apakah Ini?


Hairan bin ajaib. Berlian merah jambu 22 karat berbentuk hati yang kononnya dijadikan hadiah kepada isteri individu dikenali sebagai Malaysian Official I (MOI)  bernilai AS$27.3 juta (RM116.7 juta) serta 27 barang kemas 18 karat lain bernilai AS$1.3 juta (RM5.6 juta) yang didakwa diperoleh melalui dana dicuri dari 1MDB, semuanya tidak tersenarai dalam dokumen rampasan DOJ.

Adakah ini bermakna tidak ada apa-apa bukti bahawa barangan kemas berkenaan benar-benar wujud dan tidak dalam milikan 'isteri MOI' atau adakah ini bermakna barangan kemas berkenaan tidak boleh dikaitkan dengan sebarang pengubahan wang haram? Semakan pada 251 halaman saman pelucuthakan Saman Sivil DOJ yang difailkan pada Khamis lalu menunjukkan, tiada berlian merah jambu isteri MO1 atau barang kemas terbabit diletakkan dalam senarai 16 aset baru yang kononnya akan disita pihak berkuasa Amerika Syarikat itu.

Kedua, sekiranya berlian dan barangan kemas berkenaan tidak disenaraikan sebagai item yang hendak dirampas, kenapakah cerita dongeng berkenaan diceritakan secara meluas di dalam kenyataan Saman Sivil berkenaan? Adakah Saman Sivil DOJ adalah dokumen undang-undang yang sah dan sahih atau ianya sekadar novel fiksyen Robert Ludlum.

Menulis butiran terperinci barangan kemas berkenaan seperti dalam Saman Sivil tanpa ada asas tindakan undang-undang yang hendak diambil atau sebagai pembuktian untuk didakwa di mahkamah menimbulkan persoalan apa motif sebenar DOJ. 

Umum mengetahui siasatan oleh DOJ terhadap 1MDB dicetuskan oleh aduan yang dibuat pihak tertentu. Tindakan pengadu itu kurang lebih sama dengan agenda pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 1MDB bukanlah pihak yang disaman dalam Saman Sivil berkenaan. Malah, aset yang didakwa DOJ diperolehi dari sumber yang salah dan mahu dilucuthak, secara faktanya dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki atau dikawal mahupun berkaitan dengan 1MDB,

Oleh itu, permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Abdul Rahman Dahlan bahawa Malaysia berhak mengetahui siapa pengadu dalam kes Saman Sivil tersebut, wajar diambil berat oleh DOJ. DOJ wajar mendedahkan identiti mereka agar Malaysia dapat mengesahkan apa kaitan pengadu itu dengan agenda parti pembangkang bagi menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia,

10 comments:

Anonymous said...

Pada dasarnya bila kita selingkuh dgn isteri org, itu maknanya diri kita sudah berada dlm dunia penuh kegilaan - kegilaan syahwat.

Anonymous said...

ni mesti madey kerala tak cukup jolok doj ni .... hik4
apa mau kira madey .. ananda ada ..ytl ada .. kuek kuek pun lebat tu
jangan mintak kat boboyboi lak .. dia apa pun tarak .. rambut pun tarak
hik 4

Anonymous said...


Puak2 proTun bila kalah berhijah, mula memaki org... Macam budak2


Anonymous said...

aikkk... mabuk dedak ke aper...
doj yang keluar lapuran .. cts yang kena getah plak..
gilo apo ....

Anonymous said...

24jam .. doj boleh adjust statement
macai madey boleh hanguk hanguk....
hahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Anonymous said...

Pembohong memang tiada consistence (istiqamah) dalam hujah mereka.... Lagi satu delalu buat u turn.... Kejab haram... Kejab halal.,.bila org buat jadi haram...bila anakangkat buat jadi halal... Ikut suka hati saja.

Anonymous said...

Nampaknya penyakit tak membaca,main ikut dan percaya saja , geng bodoh penyokong Mahahtir sudah menjangkit kepada pegawai DoJ.Apa saja yg di sediakan oleh geng 4 sebagaimana yg di arah oleh Mahathir terus di terima dan di keluarkan sebagai saman sivil oleh DoJ.Sungguh memalukan.

Mahathir lagi bodoh,nak tunjuk jantan kononnya,cabar DS Rosmah saman dia ,tapi dia tak berani pun sebut secara terang dan jelas tuduh DS Rosmah.Jadi apa yg nak di saman?.Cer dia buat tuduhan secara jelas terhadap DS Rosmah ,baru gantleman.Sama juga macam DoJ ,apasal tak sebut siapa sebenarnya isteri MOI tu.Mahathir ,oh Mahathir kau kelihatan lebih bodoh sekarang,dan hanya mampu mempengaruhi pengikut yg bodoh.

Anonymous said...

macai pakatun...dah tak sio nk backup doj ke..
halo pakatun..halo halo..halooooooooo

Anonymous said...

Hanguk hanguktengok mak bini kau kena gang rape dengan geng keling!!!

Anonymous said...

Geng bodoh penyokong Lanun Bugis menghalakan yang haram demi Dedak 1MDB Haram!!

Spesis Anak Haram!!!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates