June 21, 2017

3 300 Pemandu Teksi Mendapat Hadiah Hari Raya Berbentuk Lesen Individu Dari SPAD




Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) pada telah menyerahkan 300 lagi lesen individu kepada kumpulan kedua pemandu yang layak dan telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Hajah Nancy Shukri yang menyempurnakan majlis itu, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka.

Penerima lesen individu kumpulan kedua ini terdiri daripada 157 pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa. Daripada jumlah itu 17 adalah pemandu wanita. Daripada 300 penerima itu, 59 peratus adalah dari Lembah Klang dan Negeri Sembilan, 24 dari Pulau Pinang dan Pulau Langkawi serta 17 dari Melaka danJohor Bahru. Seramai 43 daripada penerima lesen individu itu turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu.

Di bawah program TITP, kesemua 300 penerima Lesen Individu telah diberikan geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu mereka untuk membeli kenderaan baru. Geran ini adalah sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Bajet 2017.

Kita menyambut baik langkah Kerajaan dan pihak SPAD untuk meneruskan penerima lesen individu kumpulan kedua ini memandangkan pemandu teksi telah lama meminta supaya pembekuan lesen individu ditarik balik disebabkan ramai di kalangan mereka telah dibebani oleh sistem pajak yang sudah lama diamalkan. Sistem tersebut telah menyebabkan banyak masalah struktur dan mengakibatkan terdapat pelbagai cabaran untuk mewujudkan perkhidmatan teksi yang lebih mengutamakan pelanggan. 

Dengan memberikan individu-individu ini peluang untuk keluar daripada sistem pajak, adalah diharapkan Malaysia akan dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak supaya lebih berdaya saing, pada masa industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini. Industri teksi perlu menyesuaikan diri dengan 'trend' yang mendorong permintaan pasaran hari ini. Secara keseluruhan, TITP adalah satu pembuka jalan bagi industri teksi Malaysia untuk menjadi lebih mampan dan responsif kepada kuasa pasaran pada masa hadapan.

3 comments:

Anonymous said...

Yey yey...duit raya dari PM Najib, petrol turun lagi...kurang la kos bahan api nak berjalan raya minggu ni...hehe...macai PAKATUN mana ada puas hati...

Anonymous said...

Tulang babi dah kena catu...tu pasal hanjing2 pakatoon bodoss meroyan siang malam ratip benda yang sama...kahkahkahkah

Anonymous said...

mana dia pakar ekonomi YB Pondan...opss Pandan
Cik Siti Piji ....
hik4

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates