May 18, 2017

8 Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan Sebenarnya?



Presiden PKR DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika ditemu bual oleh wartawan Al Jazeera minggu lepas dalam rancangan Upfront berkata, beliau tidak kisah memegang jawatan Perdana Menteri buat sementara waktu sehingga suaminya dan pemimpin sebenar parti pembangkang, DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Dalam bahasa mudah, Dr Wan Azizah mahu menjadi Perdana Menteri sementara sehingga suaminya dibebaskan dari penjara dan layak untuk bertanding di dalam pilihan raya.


Pemimpin DAP terbaru Datuk Zaid Ibrahim pula, menyifatkan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, sambil berkata ia memberikan pilihan calon perdana menteri sekiranya pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum akan datang. 

Dengan penglibatan Tun Dr Mahathir, Pakatan Harapan kini merupakan calon Perdana Menteri yang serius. Menurut Zaid Ibrahim, kalau pun beliau tidah mahu menjadi Perdana Menteri, beliau tahu boleh menjawatnya kerana beliau pernah melaluinya dulu. Tun Dr Mahathir katanya memiliki kredibiliti untuk membuat keputusan.

Berbalik pula kepada Parti Cap Bunga Raya, sudah pasti ahli-ahli parti berkenaan mahukan TS Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Parti akan diangkat menjadi Presiden. Lainlah kalau TS Muhyiddin Yassin hanyalah merupakan alat atau pemanas kerusi parti sebelum anak Pengerusi Parti, DS Mukhriz Mahathir bersedia mengambil alih jawatan Presiden Parti.

Bagaimana dengan DAP? Sebagai sebuah parti pembangakang yang mempunyai kerusi parlimen terbanyak, sudah tentu DAP mahu meletakkan calon mereka sebagai badut atau puppet Keluarga Lim untuk memerintah Malaysia. Sudah pasti Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, TS Muhyiddin Yassin bukan pilihan teratas memandangkan ketiga-tiga orang ini pastinya tidak dapat dikawal oleh Keluarga Lim.

Kalau calon Perdana Menteri pun Pakatan Harapan tidak boleh selesaikan, bagaimana jika mereka memerintah Putrajaya kelak. Masing-masing hanya melihat kepada kepentingan politik parti saja. Bukan melihat kepada kebaikan rakyat.

8 comments:

Anonymous said...

Mungkin david teoh kot.

Anonymous said...

Lawak pagi dari puak pakaTUN, rela pegang jawatan PM sementara untuk suami? hahaha...pening betul la dengan pakatan tak de harapan ni. negara ni dah macam famili dia yg punya lak.

Anonymous said...

Nek oi yang hang dok pegang jawatan la nih pun dah jadi cacamarba,ada hati pulak tuh nak tambah lagi.
Nek hang pi cari sekoq babi tunggai dari gunung letak kat situ,lagi elok sep duit rakyat...

ted manoff said...

Haha.. Sudah2lah ryezall.. Jgn jadi batu api plk..ko sibuk2 hal diaorang buat apa..sekarang nii ph ltk tunggul pun boleh mng pru14..kalau ph mng pm najib pasti lari luar negara..ko bagii nepal suruh pegang bendera umno pun takmau..

Anonymous said...

Tak kiralah siapa bakal dicalonkan oleh PH, yang penting ia bukanlah proksi Dinosor. Kalau PH masih nakkan proksi Dinosor, harapan akan bertukar jadi kecundang (Pakatan Kecundang)

Anonymous said...

batu api apanya ted proot.... dah terang terang jijah sendiri yg cakap
kalo hang segan tak paham bahasa English .. tanya kat kawan kawan
dedak madey ko sakau .. tapi komen cam hampeh

Anonymous said...

Pkr. Pan. Cap bunga ni semua Melayu screw digunakan oleh Dap bapa 13 mei kit siang utk menscrew melayu agar senang mereka bolot kuasa...ni nenek jijah ni.
Lagi.. Nenek biol. Tahunya nak.keluarkan laki anugerah tuhan nya dari sg buloh..jer..lain dia tak tahu...itulah kerja dia.. Yb Kajang ke mana permatang pauh k mana.makn gaji buta jer

Anonymous said...

4 party HAPRAK berebut2 nk jd PM...

Kihkihkih

1) madey
2) jijah
3) lks
4) mat sabu

Mari kite RENUNGKAN adakah mreka2 ini layak mnjdi PM kite smue..

Huaaaaaa

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates