May 7, 2017

0 Calon MCA vs Lim Kit Siang Di Parlimen Gelang Patah PRU14

Kita agak teruja apabila dalam satu ceramah di Johor Bharu, dua hari lepas, Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patang yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14). Pada PRU-13, pada 2013, Kit Siang menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Sehubungan dengan itu, semalam, Barisan Nasional (BN) Johor bersetuju meletakkan calon MCA untuk bertanding kerusi berkenaan. Perkara tersebut telah diumumkan oleh Pengerusi BN negeri merangkap Menteri Besar, DS Mohamed Khaled Nordin. Walau bagaimanapun, ianya akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan BN pusat.

Lim Kit Siang sebelum ini dikatakan hampir pasti tidak mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah apabila beliau dikatakan sering hilang tanpa kesan di kawasannya. Lim Kit Siang juga dikatakan sering melawat kawasan di Pulau Pinang. Khabar angin bertiup kencang mengatakan Keluarga Lim tidak percaya dengan pimpinan DAP di Pulau Pinang sehingga memaksa Lim Kit Siang sebagai pengganti Ketua Menteri sekiranya anaknya, Lim Guan Eng dipenjarakan di atas dua kes rasuah yang sedang dibicarakan.

Sama ada Lim Kit Siang mempertahankan kerusi beliau di Gelang Patah pada PRU-14 nati atau tidak adalah tidak penting. Apa yang penting, BN umumnya dan MCA khasnya perlu bekerja keras untuk merampas kembali kerusi berkenaan. Jumlah majoriti 14,762 bukanlah satu jumlah yang sedikit. Usaha bersepadu perlu digerakkan untuk memberitahu pengundi di Gelang Patah untuk memilih calon MCA yang mahu berkhidmat untuk mereka dan bukan dinasour tua yang selalu hilang dari kawasan.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates