April 17, 2017

27 Tun Dr Mahathir Hanya Membisu Sekiranya Projek Kerajaan Menguntungkan Kroni


Serangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad bertali arus terhadap usaha pelaburan yang dijalankan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Kritikan paling popular terhadap pelaburan China ke Malaysia dengan mendakwa DS Najib Tun Razak tergamak menjual kedaulatan Malaysia kepada China.

Tun Dr Mahathir sebelum ini mengkritik projek Forest City di Johor yang dibangunkan oleh syarikat Country Garden Pacific View. Tun Dr Mahathir hanya mencipta ketakutan dan mempergunakan isu perkauman untuk mencapai matlamat politik. Selepas itu, Tun Dr Mahathir membidas pula projek mega Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dianugerahkan kepada China Communications Construction Company (CCCC).

Terbaru, Tun Dr Mahathir mengkritik projek mega Melaka Gateway bernilai RM43 bilion sebagai satu lagi petanda Kerajaan Persekutuan menyerahkan kedaulatan negara kepada China demi manfaat politik jangka pendek. Projek itu adalah usaha sama KAJ Development Sdn Bhd milik kerajaan negeri Melaka dan syarikat jana kuasa gergasi PowerChina International.

Namun, selepas DS Najib Tun Razak pulang dari lawatan ke India dengan membawa balik hasil sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (MoU) sekitar RM160 bilion, Tun Dr Mahathir diam membisu. Antara yang menjadi tumpuan adalah projek bandar pembangunan bersepadu bandar maritim di Pulau Carey antara MMC Port Holdings Sdn Bhd, Sime Darby Property Berhad dengan Adani Ports dan Special Economic Zone Limited untuk tempoh 30 tahun.

Tun Dr Mahathir tiba-tiba sahaja menjadi bisu dan tidak mengkritik projek mega hasil pelaburan dengan India seperti mana beliau mengkritik pelaburan China ke Malaysia. Timbul persoalan, adakah kritikan beliau hanya tertumpu kepada projek yang tidak melibatkan kroni-kroninya sahaja? Seperti sedia maklum bahawa MMC Port Holdings Sdn. Bhd. adalah milik TS Syed Mokhtar Al-Bukhary.

DS Najib Tun Razak pernah berkata pemimpin pembangkang kerap mengadakan misi ke luar negara, tetapi agenda mereka adalah untuk memburukkan negara dengan mensabotaj ekonomi Malaysia. Ini berbeza dengan lawatan rasmi DS Najib Razak bersama menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan ke luar negara yang bermatlamat meningkatkan kerjasama dua hala dan meneroka peluang baharu dalam pelbagai sektor.

Selain itu, lawatan berkenaan untuk mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara serta membuka peluang pelaburan kepada syarikat Malaysia sekali gus dapat mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas di luar negara, terutama negara dilawati.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng suatu ketika dahulu dengan bangganya mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Pinang adalah destinasi pilihan pelabur asing, tetapi hakikatnya hari ini, banyak pelabur asing meninggalkan Pulau Pinang. Lim Guan Eng juga mengubah rentak bicaranya dan penyokongnya menuduh bahawa kerajaan menjual negara apabila banyak pelaburan asing masuk ke Malaysia sedangkan ia memberi manfaat kepada rakyat dan syarikat Malaysia menerusi pelaburan hampir RM569.4 bilion di luar negara.

Mengikut logik yang diguna pakai pembangkang, negara mana yang jual maruah dan kedaulatan mereka kepada Malaysia? Wujud juga segelintir pihak yang kerap mengatakan Malaysia ini sebuah negara gagal. Sekiranya gagal seperti dakwaan pembangkang, dalam tempoh dua tahun ini, Malaysia telah menerima kunjungan daripada pelbagai ketua negara, antaranya Presiden Perancis (Francois Hollande), Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Presiden Filipina (Rodrigo Duterte), Presiden Amerika Syarikat (bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama) dan Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Loong).

Malaysia juga diterima baik di China, Jepun, Indonesia, Jerman dan banyak negara lain dengan lawatan ke negara terbabit mencapai hasil kerjasama yang bakal menguntungkan Malaysia, contohnya perjanjian bersama Aramco (pengeluar minyak terkemuka Arab Saudi, Saudi Aramco), bernilai RM31 bilion dan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama China yang bernilai RM144 bilion.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diper­kenalkan kerajaan telah berjaya mencipta 2.94 juta peluang pekerjaan dan meningkatkan RM36,299 pendapatan per kapita sekali gus meningkatkan pelaburan swasta kepada RM114.8 bilion. Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin me­ningkat sehingga 4.5 peratus pada suku keempat tahun lalu selain pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan jumlah RM207.9 bi­lion iaitu peningkatan 11 peratus berbanding 2015.

Eksport negara pula merekodkan peningkatan sehingga 13.6 peratus pada Januari lalu. Sektor pelancongan juga me­ningkat sebanyak 18.8 peratus daripada RM69.1 bilion pada 2015 kepada RM82.1 bilion pada 2016 selain nisbah hutang negara berbanding KDNK bertambah baik daripada 54.5 peratus menurun kepada 52.7 peratus pada akhir 2016.

Berdasarkan fakta diberikan, tidak wajar Malaysia digelar sebagai negara gagal seperti yang dicanang oleh pembangkang dan masih banyak yang boleh dilakukan dalam merealisasikan potensi Malaysia. Pihak pembangkang adalah pengkianat negara kerana dengan sengaja berusaha untuk mensabotaj ekonomi negara semata-mata mahu melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara gagal di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

27 comments:

ted manoff said...

Insaflah ryezall.. Hentikan politik adu domba..angka macham best dengar berbillion2..nk dekat pru nii berbilion2 kita dengar..hutang berbillion sapa nk bayar..insaflah khairulryezall osman...😞πŸ˜₯😩😜😝😜😝

ted manoff said...

Khairulryezall... Sebelum ko mengata tun elok ko cermin diri..

Anonymous said...

Spt yg dijangka. Komen tin kosong dari ted aka din pagoh

Ting tong ting tong ting tong

Anonymous said...

Komen dari ted aka din pagoh yg langsung tak ada relevance atau value

Anonymous said...

Pakatoons mmg xtau komen bila masuk bab ekonomi.... maklumlah low class sekolah pun xtinggi harap pellet dgn dedak je... kihkihkih

Anonymous said...

Bapak penasihat syarikat GLC anak dapat bisnes dengan GLC yang sama. Nampak tak nepotism yg melata.

Anonymous said...

Betul tu biarkan saja Dap yang mengata tun tu ye dak. Tapi kalau Dap dah bertobat siapa pulak. AnWar?

Anonymous said...

Taktahu masih boleh dimaafkan tapi kalau pakatoon takut/tak nak sentuh hidung sendiri hanya rakyat boleh jatuhkan hukum.

Anonymous said...

Aku percaya ted tak makan dedak tapi makan TAIK.

ted manoff said...

Perjuangan kami ikhlas dn bkn berlandaskn wang ringgit..caii2 sering menuduh kononnya kami mkn dedak bagaii..tgk saja jentera maya pm najib diberi macham2..siap dpt hp free lagii..pemimpin yg benar kita tatang..yg korupsi kita terajang...πŸ˜₯πŸ˜₯😰😩😰😩😜😝😜😝

Anonymous said...

Kalau 100 bilion tak hilang di era dinosaur, taklah susah sekarang ni.

Anonymous said...

Pengkuan ikhlas seorang pendedop.

Anonymous said...

China kominis melabor ato beri hutang?...bagi hutang tapi projek kena bagi kominis buat....bijak najib...

Anonymous said...

Aramco beli saham rapid separuh tapi bayar suku sahaja....bertambah cedik pelaboran najib..

Anonymous said...

Gagal bermakna kalau ada banyak duit seperti pendapatan dari sumber petroleum tak digunakan untuk rakyat. Contoh tidak digunakan untuk bangunkan prasarana. Duit yang tidak digunakan untuk keselesaan rakyat itulah satu kegagalan.

Anonymous said...

Wah dh orang kampung sudi melabur kita terimale...walaupun tiada ucapan tq
Ini mengesahan soksek bidalan atok 1/2 india
Terima kasih sudi mengaku

Mat Gunong said...

Setahu saya semasa dibawah pentadbiran Tun, Kadar pertumbuhan ekonomi negara melebihi 8% selama 10 tahun berturut- turut. Bermula pentadbiran najib, Kadar hanya 5-4 % dan trend itu bukan menaik , malah menurun jika dilihat sepanjang 2 tahun ini. Bijak lah sangat kan!

Mat Gunong said...

Nak terdesak bila pengampu najib mengatakan pemimpin mereka bijak dalam menguruskan ekonomi. Makcik jual pisang goreng tepi jalan pun takkan jual goreng pisang dibawah harga kos. Tak kan ada seorang yg bijak ekonomi akan menjual aset yg di beli mahal ,kemudian menjual dgn harga murah ( cnth.EDRA ) melainkan kalau dah terdesak. Apa cerita?

Anonymous said...

kalau isunya gagal telah lama LKS dan Anwar kata nigala ini nigala gagal semasa si Tua pintah lor dan tuduhan itu ada merata-rata dalam internet. dan apabila pakatoon import masuk si Tua yang gagal, pakatoon hanya ada kepala sendiri untuk diketuk dengan tukul bila rakyat tolak pakatoon nanti. nak kata apa? ROTFL!

Anonymous said...

Nape madey nih diam seribu bahasa...tak setuju ayuh beramai-ramai ke india membantah , sepertimana dilakukan dapigs ke taiwan membantah rapid pengerang
Apa telur elek disimpan nek semah

Anonymous said...

Salah fakta!!!
Mat gunong baik balik dudok gunung bertapa sorang2

Anonymous said...


Kritik INI bukan mengadu domba, tetapi zebalik adalah untuk menolak fitnah2 dari org yg berkepentingan

Anonymous said...

Chong mmbantu SIVARASA mmbawa balik PELABURAN dei thailnd hnya BERSELUAR pendek..

PELABURAN berbntuk MERIAM AIR n SABUN WANGIAN ke mlysia..

Kihkihkihkih

BIJAK lh sgt geng2 PAKATAN HAMJADAH ni..

Anonymous said...

Setahu aku semasa pentadbiran madey la, malaysia alami dua kali kemelesetan ekonomi. Kdnk tahap negatif.. banyak syarikat gulung tikar atau diletakkan bawah danaharta, buat jadi tukun..

Anonymous said...

Mana boleh jumpa nasi lemak adam rosly eh?

Anonymous said...

Terrbaiklah CTS...teruskan usaha anda mengeluarkan artikel yg terbaik...

Anonymous said...

sebelah gerai buah ...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates