April 12, 2017

0 SPAD Perkenal Program Terkini, Fasa Baharu Bagi Pemandu Teksi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan program terkini yang memberi manfaat kepada semua pemandu teksi yang bakal memasuki fasa baharu. Salah satunya adalah pelaksanaan mengklafikasi semula lesen teksi, yang akan menetapkan asas tambang yang rasional. Struktur semasa mempunyai lima kategori teksi yang berbeza dan ianya akan diselaraskan kepada tiga sahaja.


Pada 31 Mac lalu, SPAD telah mengeluarkan satu surat pekeliling untuk pembatalan lesen teksi semasa dan digantikan dengan kategori yang lebih mudah. Pekeliling itu menyatakan bahawa pengendali lesen yang telah mencapai had umur maksimum akan diberi tempoh enam bulan untuk memindahkan kepada tiga kategori baharu ini. 

SPAD menjelaskan bahawa pada masa ini, terdapat terlalu banyak kategori yang menimbulkan kekeliruan. Dengan pekeliling yang baharu ini, SPAD tidak akan memperbaharui lesen semasa. SPAD akan menukar semua kategori teksi yang berkaitan kepada teksi, kereta sewa serta limosin sahaja sebaik sahaja mencecah had usia sepuluh tahun.

Pemandu teksi boleh memilih untuk menjadi teksi bermeter, kereta sewa, atau jika kereta mereka kategori premier atau eksekutif, maka ia akan menjadi limosin. Kategori lesen semasa melibatkan teksi lapangan terbang, teksi bajet, teksi eksekutif, teksi premier dan teksi 1Malaysia. Menurut pihak SPAD, setiap kereta berusia lebih 10 tahun perlu ditukar. 

SPAD juga berkata jika teksi berusia tiga tahun, pemandu teksi boleh meneruskan dalam kategori sedia ada. SPAD tidak akan campur tangan, memandangkan SPAD sedar ianya memerlukan kos yang banyak untuk mengecat semula, jadi pemandu teksi dibenarkan untuk terus berada di bawah skim sedia ada.

Pengelasan teksi semula adalah sebahagian daripada Program Transformasi Industri Teksi oleh SPAD yang diumumkan Ogos lalu bagi menyelesaikan isu yang dihadapi industri ini. Menurut SPAD, program ini bertujuan untuk mewujudkan situasi yang adil malah akan memberi manfaat kepada pemandu mahupun penumpang.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates