April 1, 2017

0 MCA Keluar Barisan Nasional Tidak Lebih Daripada April Fool Mainan DAP


Agak melucukan apabila sejak semalam, laman sosial Whatsapp dihujani dengan mesej palsu kononnya MCA akan meninggalkan komponen Barisan Nasional. Apa yang lebih mengelikan hati apabila mesej berkenaan turut menyatakan bahawa Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai turut meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Ternyata mesej yang ditular itu tidak benar dan palsu serta tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas memandangkan DS Liow Tiong Lai kini sedang berada di India, kerana menjalankan tugas rasmi Kerajaan. Dalam laman rasmi Facebook beliau, DS Liow telah bertemu dengan rakan sejawatannya dari India, Suresh Prabhu. Ini turut dipaparkan dalam laman sosial Twitter milik Suresh Prabhu.



Berkemungkinan besar, 'blackops' ini datangnya daripada minions DAP, untuk mengalihkan perhatian ramai daripada memperkatakan tentang kejadian Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok. Pejabat DAP Seputeh yang menempatkan pejabat Teresa Kok telah diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lantaran laporan yang dibuat oleh Datuk Jamal Yunos yang mendedahkan penyelewengan Dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS) oleh Teresa Kok. Ini komen daripada Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong:


Kesimpulannya, kita anggaplah ini sebagai lawak April Fool mainan minions DAP.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates