April 13, 2017

0 Fitnah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh Disangkal Timbalan Presiden MCA

Hanya berdasarkan kepada laporan sebuah portal, Berita Daily, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh telah mengaitkan Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong dalam isu yang hangat dikritik Rakyat ke atas garis panduan Kerajaan Selangor dalam menetapkan tempat-tempat ibadah bagi bukan Islam.

Cadangan garis panduan Selangor ini telah diumumkan oleh EXCO DAP Selangor, Teng Chang Khim sememangnya telah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak. Namun, apa yang dikesalkan adalah tanpa rujukan yang sahih, Hannah Yeoh telah memetik laporan Berita Daily kononnya Datuk Wee telah mengeluarkan kenyataan mengkritik cadangan daripada Teng Chang Kim.



DS Dr Wee dalam satu Kenyataan Medianya menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor berhubung kelulusan tempat-tempat ibadat bukan Islam kepada portal Berita Daily. Beliau mengakui terkejut dengan kenyataan balas Hannah Yeoh terhadap kenyataan palsu tersebut.

DS Dr Wee menegaskan beliau tidak dihubungi oleh mana-mana media kerana berada di luar negara ketika isu itu dibangkitkan. Bagaimanapun, Ka Siong telah menghubungi editor portal Berita Daily dan pihaknya mengakui telah melakukan kesilapan dan telah menerbitkan notis pembetulan terhadap laporan berkenaan.

Di dalam laman Facebooknya, Hannah Yeoh yang juga Ahli DUN DAP Subang Jaya yang pada awalnya membidas ke atas kononnya kritikan DS Dr Wee yang ditulis Berita Daily dan akhirnya memohon maaf setelah dihubungi sendiri oleh Datuk Wee untuk menjelaskan perkara sebenar. Walau bagaimanapun, pepatah English ada mengatakan, "damage have been done". Inilah cara propaganda DAP dalam menabur fitnah dan kemudiannya dengan selamba meminta maaf.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates