April 8, 2017

4 Buku Sudah Bertemu Dengan Ruas, Upin Disaman MCA


Saat yang dinantikan telah tiba. Jika selama ini ahli-ahli politik DAP sewenang-wenagnya membuat tohmahan dan fitnah kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan dan komponen Barisan Nasional dan terlepas begitu saja, kini tidak lagi.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang terkenal dengan panggilan Upin dewasa (manakala Ipin dewasa pula dipegang oleh MP Serdang, Ong Kian Ming) telah disaman oleh MCA. MCA telah menyerahkan surat tuntutan (letter of demand) kepada Lim Lip Eng, meminta permohonan maaf secara terbuka, menarik balik fitnah yang dibuatnya dan sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

Surat tuntutan ini berikutan dakwaan Lim Lip Eng bahawa MCA menyeleweng dana yang diperoleh daripada sumbangan orang ramai dan kerajaan yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Dalam surat tuntutan bertarikh 29 Mac, MCA diwakili oleh firma guaman Ng & Farah, kata kenyataan Lim telah menyebabkan "kecederaan parah (severe injuries)" kepada reputasi parti.

Lim Lip Eng mungkin masih di bangku sekolah ketika MCA sejak kemerdekaan memperjuangkan isu pendidikan masyarakat Cina. MCA telah mengalirkn keringat dan air mata untuk mengumpul dana dalam membina sekolah-sekolah Cina dan juga Universiti Tunku Abdul Rahman melalui dana parti mereka sendiri. Apa yang DAP perjuangkan untuk sekolah-sekolah Cina? Pernahkah DAP membina walau sebuah tadika?

Lim Lip Eng dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today, baca di sini berkata, beliau tidak mempunyai wang sebanyak RM100 juta. Jika ditanya kepada saya, tiada masalah. MCA akan menyaman Lim Lip Eng sehingga beliau menjadi muflis. Atau berkemungkinan MCA boleh memberikan diskaun seperti mana Setiausaha Partinya menikmati diskaun pembelian ke atas banglo tanpa kolam renang. Tahniah MCA. 


4 comments:

Azman Ali said...

Din Pagoh boleh duduk Pagoh je tolong Pak Muyiddin menang Parlimen sana.. Khairulryezal teruskan menulis kebebalan Pakatun..dan macai macainya kerana mereka semua sudah panas

Anonymous said...

Tiap2 kali pilihanraya "pakatan bodoh" rasa dah kuat tp kalah jugak.
Kali ni depa kata bn goyang tp nak buat satu lambang dan tentukan presiden "pakatan bodoh" tak boleh2 jugak."Goyanng2"pun menang.Yg konon kuat, asyik tumbang aje.ekeke.Nasib lah barua cina DAP oooooooiiiiii.

Anonymous said...

KASI SAMAN SAMPAI BANGKRAP. HU HU HU.....

Anonymous said...

Sakitnya hati Dapgs disebalik isu banglor tanpa swimming pool cuba dipancarkan di Bukut Tunku. Ciannyer. Kah3.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates