April 22, 2017

0 7 Inisiatif Penambahbaikan Sistem e-Tiket KTMB


Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam satu Kenyataan Media semalam berkata,
Sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam darat terutamanya mod rel, KTMB akan terus komited untuk meningkatkan semua aspek operasi kami. KTMB akan terus bekerjasama dengan SPAD bagi memastikan peningkatan yang sedang dijalankan sentiasa relevan dengan keperluan rakyat. Kami juga mengalu-alukan maklum balas orang ramai dalam usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan kepada pengguna.
Sejajar dengan komitmen tersebut, KTMB telah memperkenalkan 7 inisiatif untuk menambahbaik sistem e-tiket iaitu:

a) Menyediakan satu talian internet khas sebanyak 50mbps bermula 8  Mac 2017 bagi meningkatkan keupayaan sistem bagi menampung transaksi yang semakin meningkat.

b) Menambahbaikkan sistem maklum balas transaksi melalui emel (8 Mac 2017) dan sms (21 Mac 2017) bagi memaklumkan pelanggan sekiranya transaksi tidak berjaya.

c) Mengaktifkan auto refund sistem pada 20 April 2017 bagi mengatasi masalah kelewatan pemulangan tambang kepada pelanggan. Sebelum ini pemulangan tambang adalah 14 hari atau lebih tetapi sekarang wang akan dipulangkan dalam masa sehari sahaja.

d) Penambahan jumlah Mesin Penjualan Tiket (Ticket Vending Machine atau TVM) sebanyak 47 mesin pada 3 April 2017. Dengan itu terdapat 132 TVM yang sedang beroperasi.

e) Penambahbaikan dan reka bentuk semula laman sesawang rasmi KTMB dan Online Ticketing seang dijalankan bagi meningkatkan ciri-ciri dinamik dan mesra pengguna.

f) Penyelarasan saluran komunikasi rasmin syarikat (laman sesawang KTMB Berhad, Twitter dan Facebook) bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini.

g) Unit Perkhidmatan Pelanggan KTMB (KTMB Call Centre) juga telah menambahkan jumlah kakitangan bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti penerimaan panggilan. KTMB Call Centre mampu meningkatkan kapasiti perkhidmatan dan mengurangkan waktu menunggu bagi pelanggan.

Adalag diharapkan dengan usaha-usaha dan inisiatif terbaru daripada KTMB ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat berkenaan kepada pelanggan dan mampu bersaing secara sihat dengan pengendali pengangkutan awam yang lain.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates