March 9, 2017

0 Taktik Kotor Digunakan DAP Untuk Menjerat MCA Dalam Isu RUU135


Penasihat seumur hidup DAP, Lim Kit Siang didakwa menggunakan taktik kotor dalam isu melibatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) RUU 355 untuk menjerat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. Dakwaan itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong. Tegasnya, DAP sepatutnya menjelaskan pendirian sebenar kepada orang Melayu sebelum mendesak MCA berbuat perkara sama.

Lim Kit Siang menggunakan taktikseolah-olah Rakyat sedang diperkotak-katikkan dan dipermainkan dalam isu RUU 355 ini. DAP akan menjerat MCA kononnya parti berkenaan terikut-ikut dengan rentak parti gabungannya UMNO dan sentiasa menurut telunjuk UMNO. Akhirnya MCA akan dipersalahkan oleh DAP. DAP terlupa sewaktu mereka berselingkuh dengan PAS, UMNO dikatakan zalim. Sekarang mereka menuduh MCA pula bekerjasama dengan UMNO untuk menjalin hubungan dengan PAS.

Dr Wee menegaskan taktik kotor dimainkan Kit Siang hanya bermatlamat memburukkan MCA walaupun parti DAP itu sendiri tiada kesepakatan dalam pakatan pembangkang. Beliau turut bertanyakan kenapa pendirian MCA tidak diperjelaskan kepada masyarakat Melayu. Dr Wee mengharapkan agar MCA tidak dipersalahkan sekiranya tidak ada persefahaman antara pakatan pembangkang. Jangan gunakan MCA sebagai alat untuk mengaburi mata rakyat. Tegasnya, pendirian MCA berhubung RUU355 adalah sama seperti yang pernah dinyatakan presiden parti itu sebelum ini.

Presiden MCA sebelum ini dengan lantang dan jelas mengatakan pendirian sama. Saya tidak perlu lagi ulang. Jika kandungan (RUU355) adalah sama, maka pendirian MCA juga kekal sama. RUU 355 dibentangkan Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang, dibacakan buat kali kedua pada November lalu bagi memasukkan beberapa pindaan.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates