March 8, 2017

0 Tahniah SPAD Dan KTMB Selesai Isu Perkhidmatan Tiket Dalam Talian ETS, PM Puas Hati!


1 March 2017, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak melahirkan ketidak puasan dan kekecewaan hati beliau di laman sosial Facebook beliau berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terutamanya mengenai ETS dan pembelian tiket secara talian terus. 

Beliau mengarahkan KTMB melakukan penyelesaian segera dan meminta agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar memantau perkara ini dan melaporkan kepada beliau secepat yang mungkin. Baca di sini.

Hari ini, DS Najib Tun Razak berpuas hati dengan tindakan pantas SPAD dan KTMB di dalam menyelesaikan masalah berhubung perkhidmatan tiket dalam talian ETS. Perdana Menteri berkata beliau telah menerima laporan daripada SPAD berhubung ketidakpuasan terhadap sistem tiket dalam talian ETS yang diutarakan baru-baru ini.

DS Najib berkata antara langkah penyelesaian yang dikenal pasti ialah meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet khas untuk e-tiket. Ini akan membolehkan perkhidmatan e-tiket yang disediakan lebih cekap bagi kegunaan pelanggan. Ini akan dilaksanakan sebelum 9 Mac 2017.

DS Najib menerusi catatan di laman blog rasmi beliau, malam ini, berkata pihak KTMB juga menambah bilangan kakitangan khidmat pelanggan terlatih serta merta untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan KTMB itu.

Beliau berkata, laman sesawang portal e-tiket akan direka semula menjadikan ia laman utama atau landing page, termasuk membangunkan semula portal e-tiket KTMB menjadi lebih mesra pengguna dan berorientasikan jualan.

DS Najib menambah mekanisme pemulangan bayaran bagi transaksi yang gagal kepada pelanggan juga ditambah baik dengan kerjasama pihak bank, termasuk notifikasi kepada pelanggan melalui e-mel dan SMS. Usaha ini akan dilaksanakan sebelum 21 Mac 2017. 

Beliau berkata setiap cadangan yang dikemukakan akan dapat memanfaatkan rakyat yang dapat melihat perubahan dan penambahbaikannya tidak lama lagi. Pada masa sama, kesemua cadangan ini juga akan dipantau sehingga terlaksana dan mencapai objektif memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada Rakyat.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates