March 15, 2017

0 Presiden MCA Sifatkan Parti DAP Seperti Parti Lim Kit Siang Dan Anak Sdn Bhd


DAP Melaka 3 hari lepas mengalami gelombang kedua melibatkan anggotanya yang keluar parti selepas ahli veteran dan Ahli Parlimennya, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain berbuat demikian bulan lalu. Seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana kecewa dengan parti itu.

Mengulas kejadian berkenaan, Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berkata, peletakan jawatan yang berlaku dalam DAP Melaka bukanlah merupakan satu kejutan kerana parti itu telah kehilangan arahnya. Antara lain, parti itu menyimpang daripada prinsip "Malaysian Malaysia" yang diperjuangkan selama ini.

Tambah DS Liow, pemimpin DAP lebih berminat dalam melindungi kepentingan mereka sendiri daripada mendengar keluhan ahli-ahli mereka, menyumbang kepada perletakan jawatan beramai-ramai ini. Begitu juga dengan pemimpin tertinggi parti seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang menjadikan parti berkenaan seperti parti 'Lim Kit Siang dan Anak Sdn Bhd.

Bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang, yang menyertai DAP 18 tahun dulu, mengkritik DAP kerana menjual maruah Cina demi meraih undi untuk mendapat kuasa, dengan mendakwa gagal menghapuskan rasuah dalaman serta dakwaan campur tangan kepimpinan pusat dalam hal berkaitan DAP negeri.

Tidak seperti MCA yang sentiasa berlaku perubahan di dalam pucuk pimpinan parti, DAP pula mengamalkan konsep diktator di dalam mengekalkan pentadbiran parti. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Lim Kit Siang masih lagi mengekalkan kuasa di dalam parti sejak 40 tahun lepas.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates