March 8, 2017

9 Perdana Menteri DS @NajibRazak Membidas Dakwaan Pengkritik Bahawa Projek ECRL Menjual Kedaulatan Negara


Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pagi tadi membidas pengritik beliau yang mendakwa projek East Coast Rail Link (ECRL) adalah bersamaan dengan menjual kedaulatan negara. DS Najib berkata walaupun beliau menyedari sentimen itu, beliau menegaskan bahawa tujuan projek ini adalah untuk memberi keselesaan kepada Rakyat.

DS Najib menegaskan ketika melancarkan majlis Pemeriksaan Awam Projek ECRL yang diadakan di Platinum Sentral serta dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),
"Sesetengah pihak mengkritik usaha ini, mengatakan bahawa kita menjual kedaulatan negara. Saya pasti semua orang memahami bahawa projek ini tidak ada kena mengena dengan kedaulatan negara. Projek ini adalah untuk Rakyat, untuk keselesaan mereka dan juga untuk kepentingan negara. Sama seperti bagaimana kita membentuk kerjasama dengan China dan Arab Saudi. Ia adalah untuk kebaikan negara."







9 comments:

ted manoff said...

Hari2 terakhir seorang perdana menteri...πŸ˜žπŸ˜žπŸ˜”πŸ˜–πŸ˜«πŸ˜©πŸ‘…

ted manoff said...

Tahap integriti kalangan penjawat awam makin buruk


Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam semakin serius berbanding 10 tahun lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM, sepanjang 2016 dan sehingga Februari 2017 sahaja, sebanyak 665 kertas siasatan dibuka melibatkan penjawat awam di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan seramai 548 penjawat awam telah ditangkap sepanjang sepanjang tempoh tersebut, manakala 63 kes telah dituduh di mahkamah.

"Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam, dan kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung daripada sekarang," katanya kepada media pada majlis Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), bersama SPRM, di sini.

Sehubungan itu, bagi mencegah masalah tersebut, beliau menyarankan kepada KKLW supaya merangka pelan integriti supaya boleh memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap penjawat awam.

"Jangan disebabkan salah laku segelintir pegawai yang menerima rasuah, salah guna kuasa, integriti dan sistem penyampaian keseluruhan penjawat awam yang lain terjejas," katanya. - SH
celahgelegar at 2:07 PM

lee mon tee said...


Hari terakhir PM 22 thn tu rupanya dulu berlakon keluarkan 'AIR MATA BUAYA'.

Najib relaks aje .. sampai la ni .. yg jadi sewel PM 22 thn tu pulak .. betul kan ted kentot ..

Atok Tua Otak Mereput bekas PM 22 thn tu masih tercari-cari tanah kubur MILIK KEKAL lagi ke ted kentot?

Ko telepati kat dia, tanah tu suma milik kekal, bagitau dia jgn lah risau sgt .. free pulak lagi .. buat lobang aje kena bayar sikit upah ..

Anonymous said...

Betul tu. Tengok je SPRM. Kes pemimpin Pakatan Haprak berbulan2 dan bertahun tak buka. Bila pemimpin Umno buka 7 hari.

Anonymous said...

Tanam Madey Kat jirat Hindu confirm tanah kekal. Hindu jenis tak gali dan ubah Kubor walaupun ada maslahah umum mereka bukan seperti orang Islam sikit2 tok alim patwa dengan macham2 maslahat umum lah.

Anonymous said...

Apa??? bapak ko nak kojol dah??

Anonymous said...

kalau madey dan pembangkang bawa masuk pelabor...semua cantik dan mulia.
ini semua salah najib. sebab tak projek kat ytl dan ananda. atau anak2 madey. kesiannnnn habis sangap kroni madey. tak dapat cekau duit rakyat.

Anonymous said...

Raja salman dtg msia aramco beli share rapid.

Tp utk ecrl, najib sekeluaga bersama kabinet kena pegi china. Bg projek kt china bg duit kt china.

Maklumlah china mmg terkenal dgn profesional dan transparensinya.

Cccc pilihan hati najib xpenah kene blacklist dgn IMF.

Anak osman tahu tp demi duit jual semua skali. Perangai serupa najib jgk da

Anonymous said...


Alhamdulillah.. lagi dikutuk dan dirosakkan nama DSN, lagi terbuka rezeki mendatang.

Sabotaja tk mengubah rezeki Allah yg mendatang pd pemimpin yg baik dan adil untuk rakyat. Rakyat yg munafik dan kufur nikmat shj yg dibutakan hati mereka dari merasai nikmat dna kebaikan itu.

ECRL sama keadaannya spt awal2 MRT mahu dibina. segalam macam fitnah kutukan dan sabotaj dijana. PAN Borneo dan ECRL akan memperlihatkan kesan hebatnya Insya Allah slps siap nanti.

Ckup yakin dgn gaya DSN memajukan rakyat tnpa merompak dan menyamun ala madey. Kerajaan mcm tk berhutang tp akhirnya rakyat dn kerajaan diperas dengan konsesi mahaGila!

Syabas DSN. Allah SWT Maha Berkuasa. Kebaikan tetap mengalir. Biar dikutuk masa ini tp akhir nanti pahala berganda yg mengalir!

#RespectMyPM
#HidupUMNOBN

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates