March 6, 2017

0 MCA Akan Setia Bersama Barisan Nasional - Presiden MCA


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai menegaskan parti berkenaan tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan terus berdiri teguh atas perlembagaan parti itu mengenai konsep perkongsian kuasa dan keputusan secara konsensus. Sebagai salah satu daripada 13 parti komponen BN, DS Liow berkata MCA mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

DS Liow menegaskan MCA mahu memainkan peranan utama dalam BN. MCA katanya tidak akan sekali-kali berundur. Beliau berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun ke-68 MCA di Wisma MCA di sini pagi Ahad. MCA telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949.

MCA sebagai sebuah parti politik berasaskan kam Cina di Malaysia selama ini tidak pernah gagal membantu Rakyat Malaysia khususnya kaum Cina akan terus memainkan peranan mereka walaupun adakalanya parti itu memberi pandangan berbeza dari sudut kaum adat, ugama dan budaya.

Walaupun MCA kadang kala berbeza pendapat tetapi di akhir keputusan MCA tetap akan akur dengan apa sahaja keputusan yang diambil oleh kepimpinan tertinggi dalam kelompok BN, sesuatu kemuafakatan yang telah lama wujud di dalam komponen BN secara semulajadi dan ini bukanlah seperti yang terdapat di dalam Pakatan Pembangkang yang sering kali bertelagah dan tidak pernah sependapat.

DS Liow berkata BN adalah satu pakatan politik dan perlembagaannya jelas mengatakan bahawa ia berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa dan keputusan secara konsensus. Ini bermakna setiap parti tunggal amat diperlukan. Setiap parti di dalam BN adalah sama, oleh itu katanya MCA tidak harus dijadikan kambing hitam untuk kesilapan orang lain dan janganlah kita menghukum diri kita sendiri untuk perkara itu. Desakan untuk keluar dari BN adalah tidak bermoral dan menyalahi undang-undang dan tindakan yang tidak tepat.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates