March 22, 2017

14 Mat Bunga Fitnah DS @NajibRazak Tidak 'Graduate' Pulak Dah


video

Seorang pemimpin Parti Cap Bunga Raya, Dato Abdul Rahman Mohd Noor, semalam telah mengeluarkan satu video di Youtube seperti di atas, berkempen agar beliau dicalonkan di Parlimen Pekan, Pahang untuk bertanding menentang DS Najib Tun Razak. Tidak ada sebab Rakyat Pekan hendak menukar seorang Wakil Rakyat berjawatan Perdana Menteri dengan calon yang tidak ada tempatpun dalam Parti Cap Bunga Raya, apa lagi nak jadi Perdana Menteri dalam Pakatan.

Di dalam video berkenaan, beliau berkata bahawa beliau adalah seorang pesara miskin, Untuk rekod, beliau kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah untuk PECD Bhd (Peremba) sejak 2008 dan umum mengetahui bahawa beliau merupakan rakan bersekutu atau bahasa mudahnya kroni Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Kita tahu kedua-dua Tun berkenaan bukanlah orang miskin.

Tak kisahlah beliau hendak bertanding di mana di dalam PRU14. Cumanya di dalam video berkenaan beliau telah membuat fitnah bahawa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak bukanlah seorang graduan universiti. Beliau mendakwa bahawa beliau berada di United Kingdom pada masa DS Najib Tun Razak tidak menduduki peperiksaan akhir di University of Nottingham.

Semakan kami ke atas website universiti berkenaan di sini, DS Najib Tun Razak telah menjadi graduan di dalam 'Industrial Economics' pada tahun 1974. Professor David Greenaway, Naib Canselor University of Nottingham, berkata,
"I am delighted that a graduate of The University of Nottingham is to hold such an important position. The University has a long history of working closely with Malaysia - two former Kings are also Nottingham graduates, and we were the first British university to establish a campus in the country."
Manakala Professor Ian Pashby, Naib President dan Chief Executive Officer (CEO) University of Nottingham Malaysia Campus, berkata,
"The whole UNMC community is beaming with pride that one of its own has become the sixth Prime Minister of Malaysia."
Cukup-cukuplah geng bunga membuat fitnah.

Nota Kaki: Blog ini mengharapkan agar calon yang betul-betul layak untuk bertanding menentang DS Najib Tun Razak di Parlimen Pekan di dalam PRU14 adalah Rafizi Ramli. Ini adalah kerana kenyataan beliau yang terbaru yang berkata siapa yang paling lantang melawan Najib layak bertanding di Pekan. Dengan itu, blog ini menyokong penuh Rafizi Ramli bertanding di Pekan. Rafizi Ramli ada telor?

14 comments:

din pagoh said...

Jho low kroni sapa

Anonymous said...

Jho lo cina yg paling ditakuti CTS dan 3 jota ahli2 umno...

CTS ade brani debat dengan Dato Rahman kalo benar Najib ketua prompak adalah pemegang ijazah dari Nootingham U?...

Anonymous said...

Najib ade tulur lawan Rafizi di Pandan?

CTS ade tulur debat dengan Rafizi?

Telor CTS dah kena kasi sama cina jho lo...haahaahaa...

Anonymous said...

Melayu lawan Melayu semata-mata nak tengok Kim jadi TPm? Wakakaka

Anonymous said...

Salam CTS..

Menurut kata - kata CTS "Tidak ada sebab Rakyat Pekan hendak menukar seorang Wakil Rakyat berjawatan Perdana Menteri"

Tapi menurut majoriti rakyat Malaysia...WAJIB disingkirkan sebab membawa onar dalam pemerintahannya...ciri-ciri munafik beliau...bila berbicara dia bohong...antaranya...kemasukan wang berbilion ringgit diakaun peribadi...laporan audit di"OSA"kan...

Bermakna, hanya dalam tempoh 7 tahun Najib berkuasa, lebih 70 tragedi berlaku di depan mata kita.

1. Misteri kehilangan MH370
2. Pesawat MH17 ditembak jatuh
3. Pencerobohan di Lahad Datu
4. Gempa bumi di Sabah
5. Banjir terbesar sejak 30tahun
6. Cuaca panas( Elnino)
7. Jerebu terburuk dalam sejarah
8. MT Jaoquim dirampas
9. MT Orkim Harmony dirampas
10. MT Ai Maru yang ditawan lanun
11. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun
12. Kes pembunuhan Pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi
13. Kes pembunuhan Kevin Morais
14. Skandal 1MDB ( laporan PAC m/s 76 nyatakan Hutang 1mdb kini mencecah 53 Billion )
15. Menghapuskan DEB ( Dasar Ekonomi Baru )
16. Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan
17. Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia
18. Curi 2.6Billion dan di masukkan kedalam akaun peribadi
19. Perlaksanaan GST sebelum SST dimansuhkan.
20. Kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen
21. Perlantikan Paul Stadlen oleh kerajaan
22. Banyak Kilang tutup dan berpindah.
23. Dikaitkan dgn individu bernama Jho Low
24. Dilihat rapat dengan Peter Sondakh
25. Tidak Mampu berbuat sesuatu ketika ringgit jatuh terok 
26. Menaikkan Harga Minyak 
27. Peningkatan hutang negara dan hutang isi rumah sehingga Mencecah RM847Billion
28. Penghapusan subsidi bahan api, gula, dan beberapa lagi
29. Isu projek ‘Global Strategic Communication Campaign’ 
30. Isu Lynas di Pahang
31. Skandal NFC
32. Peluang pekerjaan berkurangan.
33. Kes Pembunuhan Altantuya dan Pembunohnya terlepas ke luar negara
34. Pemansuhan ISA dan Di gantikan dengan pelbagai akta ( Pota , Sosma , Mkn )
35. Isu Felda Global Venture (FGV )
36. MAS Bangkrap
37. Kenaikkan bil hospital
38. Pengurangan Biasiswa
39. Kes jenayah berat seperti pembunuhan meningkat 
40. Helikoter yang membawa DS JJ terhempas bersama Yg lain
41. Helikopter yang membawa MP k,kangsar & MP sg besar dn VIP terhempas semasa Kempen PRN sarawak
42. Isteri PM ( Rosmah Mansor ) terlalu Boros
43. Isu anak kandung dan anak tiri DS Najib Razak
44. Pemecatan TImbalan Perdana Menteri
45. Penyingkiran Naib Presiden UMNO, DS Shafie Apdal
46. Penyingkiran MB Terengganu DS Ahmad Said
47. Penyingkiran MB Kedah DS Muhriz
48. Pemecatan Ketua Cawangan UMNO
49. Tamatkan khidmat Peguam Negara alasan ( sakit )
50. Tukar Timbalan Pengarah SB 
51. Bubar Pasukan Task Force
52. Bubar PAC ( Ahli PAC lama d naikkan Pangkat Timb Menteri )
53. Menangkap Dato khairudin ( kerana membuat laporan )
54. Menangkap Mathias Chang ( kerana membuat laporan )
55. Isu Bauksit di Pahang
56. Mencagar Telaga Minyak Petronas (Menurut laporan bekas MB Terengganu)
57. Menandatangan perjanjian TPPA
58. Malaysia menduduki Rangking Rasuah ke 2 dunia
59. Menjual Aset Negara kepada Negara China
60. IPIC mengheret 1Mdb ke mahkamah Timbang Tara
61. DOJ & FBI melaporkan rakyat malaysia di tipu Pada skala besar  dan bakal merampas segala aset milik anak tiri PM dan Jho low
62. Singapura menyiasat dan merampas aset milik Jho low ( Kroni Najib ) dan Menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang bersubahat dengan Jho Low.
63. Pertambahan Negara yang menyiasat 1mdb.
64. Membuat hutang Baru dengan kerajaan Negara china.
65. KWAP, LTAT, KWSP , Tabung Haji Menghadapi krisis kewangan
66. Felda Semakin Tenat.
67. Pejabat tourism Malaysia negeri ditutup.
68. Penutupan Institut Pendidikan Guru.
69. Proton dijual.
70. Cawagan bank banyak di tutup.
71. Tidak Mampu membeli Mesin Semak SPM
72. Isu Korea Utara

Senarai di atas pasti tiada penghujungnya jika Najib terus berada di singgahsana kuasa. Sanggupkan kita melihat lebih banyak tragedi berlaku di Malaysia ini?

#SelamatkanMalaysia #IniKaliLah

Ikhlas

Bijan

Anonymous said...

Cina jho lo pun dah kasi telor rrlor ko mcm le mbu kena kadi...
Wakaka..


Orang kalo telor dah kana kasi memang pandai reka citer...hahaha

Anonymous said...

Melayu lawan melsyu prompak...

Anonymous said...

Hanya kroni yang dunggus yang tak tahu macam mana nak dapat duit terpijak lalu jadilah ia papa kedana di hujung usia.

Anonymous said...

Bijan..kau percaya pada qada dan qadar Allah..tak sesuatu mesti ada sebab musabab..dan hanya Allah jua yang tahu..kerana..semua itu sudah tertulis dan tersurat..pasal jho low..tu..cukup2lah benda ni dah jadi lipatan sejarah..klsu ada bukti kemukakan..jgn asyik recycle..benda yang sama..jer..nak tanya ni..zahril ada berapa bini...dia tu Islam ke kristian sbb bini dia semuanya Melayu...

Anonymous said...

kalau nak selesai isu2 ini...kita harus melantik semula pm 22 tahun. mesti dia lupa semua. kerana mudah lupa. sibuk dok kira harta dan kroni.

Anonymous said...

yang susahnya melayu islam. ada yang tua dah nak padam pun masih tak mau terima kadha dan kadar Allah. cipta segala macam fitnah dan tohmahan untuk menjatuhkan pemimpin.
kita semua akan jadi saksi diakhirat nanti akan niatnya itu. pemimpin kafir dan liberal tak perlu dipertikaikan...kerana mereka semua mengejar dunia semata.

Anonymous said...

Majoriti rakyat malaysia nak najib undur??? Bukti demonstrasi ke, ceramah ke, banyak kes yg dilontar ke apa ke, tahu2 pilihan raya sampai la ni najib power lg la. Tu yg aku pelik tu. Setakat jd tukang lap najis lge dan lks sampai bila2 pun melayu tak akan undi pembangkang kecuali melayu booodooohhh pembangkang. Tengok ramai sj perasan kuat. Dari dulu cam tu. Booodoooh selama 50 thn dan 50 thn lg laaaa

Anonymous said...

Terrbaik CTS...teruskan usaha anda...kami tetap menyokong usaha anda...

Anonymous said...

hahaha....anon 10.29...klau pakatan pegang kuasa...nko boleh gerenti ke takde masalah nanti...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates