March 30, 2017

0 Ketua UMNO Bahagian BTR Belasah Bendahari Agong PKR Isu Rakyat Wilayah Persekutuan



Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Dato Mokhtar menyelar Datin Paduka Dr Tan Yee Kew yang telah mengeluarkan kenyataan dan tuduhan kononnya Menteri Wilayah Persekutuan hanya tahu membodek Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak sehingga lupa tugas-tugas untuk membela isu-isu rakyat di bandar terutamanya isu perumahan, kemiskinan dan gelandangan.

Dalam kenyataan media beliau hari ini, Datuk Rizalman menganggap kenyataan Dr Tan seolah-olah seperti seorang buta kayu dan umpama baru keluar dari gua.Tuduhan Dr Tan menurut Datuk Rizalman seperti menafikan segala usaha yang telah dilakukan oleh DS Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Datuk Rizalman memberikan 10 perkara yang dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan untuk kepentingan warga Wilayah Persekutuan:
1. Bagi membela nasib gelandangan, beliau telah mengarahkan DBKL menubuhkan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Bulatan Pahang.
2. Menyasarkan dan memastikan pembinaan 80,000 Ribu unit Rumah Mampu Milik melalui Program RUMAWIP bagi menyelesaikan keperluan rumah di bandar.
3. Mengusahakan Rumah Transit untuk pasangan baru kahwin dengan bayaran RM250 sebulan.
4. Memastikan DBKL terus mengekalkan kadar sewa rumah PPR dan PPA DBKL dengan kadar bayaran RM124 sebulan atau RM4.20 sehari.
5. Mengarahkan DBKL menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk anak-anak yang tinggal di PPR dan PPA DBKL.
6. Menyediakan pengangkutan bas percuma dalam Bandar melalui Program GO KL Free City Bus Services.
7. Memperuntukkan dan melaksanakan pembinaan Parking Bertingkat di 13 kawasan PPR bagi menyelesaikan masalah Parking.
8. Menyediakan bantuan awal persekolahan, biasiswa, pembiyaan awal kemasukan IPTA/IPTS melalui Yayasan Wilayah Persekutuan.
9. Menyediakan bantuan dan pinjaman melalui Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mereka yang ingin membeli dan memiliki rumah PPR.
10. Melancarkan dan mengusahan Kad Ceria yang berupa diskaun Kad bagi membolehkan rakyat Wilayah Persekutuan berbelanja dengan lebih murah di kedai-kedai yang menyertai Program Kad Ceria bagi mengurangkan Kos Sara Hidup.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates