March 20, 2017

1 Dalam DAP Giat Mempolitikkan Pendidikan Sekolah Cina, MCA Pula Selesaikan Masalah Kekurangan Guru


Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon menegaskan masalah kekurangan 347 guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan Jun ini. Beliau berkata kekurangan itu melibatkan jawatan guru pentadbir, bimbingan, pendidikan khas, perpustakaan dan media serta pendidikan Islam yang berlaku disebabkan persaraan wajib dan persaraan pilihan.

Kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Masalah Kekurangan Guru di SJKC, di Putrajaya hari ini, Kementerian akan melaksanakan pengisian guru pengajaran dan pembelajaran ke jawatan pentadbir yang kosong dan pertukaran guru pada Jun nanti.

Berlainan dengan parti DAP yang hanya begitu lantang mempertikaikan peruntukan kepada Sekolah-Sekolah Cina sejak dahulu, namun gagal berbuat sesuatu apabila sekolah-sekolah ini mengalami masalah seperti kekurangan guru dan sebagainya. DAP hanya pandai beretorik untuk keuntungan politik namun amat jarang memberikan nilai tambah kepada masyarakat Cina.

Dalam pada itu, Chong berkata mesyuarat itu turut memutuskan 337 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang tamat kursus pada Jun ini akan dipanggil menjalani temu duga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) secepat mungkin. Dengan itu, katanya mereka boleh menjalani penempatan pada Ogos ini bagi mengisi kekosongan di SJKC.

Sementara itu, katanya, kementerian telah berjaya menyelesaikan isu 447 graduan Program Pensiswazahan Guru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) -Kirkby International College (KIC) yang tidak menerima transkrip mereka. Graduan terbabit telah tamat pengajian dan menjalani konvokesyen namun tidak diberikan skrol dan transkrip yang menyebabkan mereka tidak dapat dilantik sebagai guru.

Bagaimanapun pada 16 Mac lepas kementerian telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan keputusan telah dicapai, jadi semua graduan KIC tersebut boleh mendapat transkrip mereka.

1 comments:

Anonymous said...

Untuk kepentingan Cina semua parti politik yg didominasi kaum itu akan bersatu tetapi pàrti melayu tetap bercerai tanpa kira kepentingan kaum mereka.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates