February 23, 2017

4 Usaha DAP Mencemarkan Nama MB Johor DS @KhaledNordin Isu SPR Gagal


Usaha untuk mencemarkan nama baik Menteri Besar Johor dijalankan oleh DAP melalui ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin. Tan Hong Pin mengaitkan MB Johor, DS Mohamed Khaled Nordin dengan senarai daftar pemilih bagi suku keempat 2016 yang menyatakan MB Johor menetap di sebuah rumah kedai di Masai, Johor bersama 13 yang lain. Menurut Tan Hong Pin, alamat yang dipersoalkan ialah Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang di alamat 1, Jalan Tembusu, Taman Rinting.


ADUN DAP berkenaan bertindak secara pilih kasih. Beliau menyerang MB Johor yang menggunakan alamat Ibu Pejabat UMNO Bahagian sebagai alamat pengundi sebaliknya beliau gagal memberi kan komen apabila pemimpin DAP Pusat, Teresa Kok, juga turut menggunakan alamat pejabatnya yang digunakan sebagai Pusat Khidmat sebagai rekod daftar pengundi. Kenapa perlu ada pilih kasih?


Mengenai dakwaan bahawa terdapat orang lain yang menggunakan alamat yang sama, kita perlu mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada Tan Hong Pin. Ini memandangkan pada tarikh 19/02/2017, Tan Hong Pin mendakwa 13 orang mempunyai alamat yang sama dengan MB Johor.

Sebaliknya angka berkenaan naik mendadak apabila pada tarikh 22/02/2017, Tan Hong Pin mendakwa seramai 40 orang mempunyai alamat yang sama dengan MB Johor. Saya boleh faham dengan keadaan ini kerana kebanyakan ahli dan pemimpin DAP amat lemah dalam matematik dan juga aturcara EXCEL.

Nota Kaki: Untuk bertanding sebagai calon Parlimen, anda tidak perlu pun berdaftar sebagai pemilih di kawasan yang anda tandingi. Begitu juga bagi kerusi DUN. Cumanya bagi melayakkan seseorang itu bertanding kerusi DUN, seseorang itu mesti menjadi pemilih berdaftar dalam negeri di mana beliau bertanding kerusi DUN.

4 comments:

Anonymous said...

Dapig13may punye cerita satu pon x bole pakai...

Xmkn KOMISEN tpi banglo bole beli MURAH..

Anonymous said...

"Itu mau tanya nyonya kok...wa tak tau"cilaka punya red termite...kasi cilita tak tak cek lolu...sikalang sula kantoi...cai taik dapigs dipilih rakyat keja tuh saja mampu buat.

Anonymous said...

alamat bukanlah isu utama yang membatalkan hak mengundi. kalaulah alamat dikira 'wajib' bagaimana dengan golongan gelandangan? apakah Dap tak akan benarkan gelandangan mengundi cuma kerana tiada alamat tetap?

Anonymous said...

Setelah 4 ahli bijak pandai keluar Dap dan 2 lagi on the way, jenis sebeginilah yang masih tinggal dan yang akan selamatkan kita? Wow, kalau sendiri tak boleh diselamatkan macam mana nak selamatkan orang huh.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates