February 20, 2017

0 Tindakan MCA Tidak Berhasrat Campur Tangan Akta RUU 355 Meresahkan DAP

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung MCA, DS Ong Ka Chuan bahawa MCA tidak pernah berhasrat untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam seperti pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, pastinya meresahkan DAP.

DAP sebelum ini sentiasa mengapi-apikan MCA dengan membuat hasutan bahawa MCA telah bekerjasama dengan UMNO untuk menjayakan RUU 355. Tindakan ini jelas apabila Ketua DAPSY Kebangsaaan, Wong Kah Woh mengeluarkan Kenyataan Media cuba untuk melaga-lagakan di antara Setiausaha Agung MCA dengan DS Jamil Khir Baharom.

 


Tindakan DAP ini tidak mendapat respons daripada DS Ong sebaliknya beliau memaklumkan apabila MCA menyuarakan pandangan mengenai RUU 355, ia bukan bermakna mereka anti Islam atau mahu campur tangan dalam hal ehwal agama Islam di negara ini. Sebaliknya kata beliau Isu RUU 355 sangat sensitif kerana ia melibatkan agama dan sebagai parti politik, MCA perlu menyuarakan pandangan bagi pihak masyarakat Cina supaya tidak ada kekhuatiran dan kebimbangan di kalangan mereka.

Pastinya DAP tertekan apabila DS Ong menegaskan isu itu tidak akan memecah belah semangat perpaduan antara kaum di negara ini. DS Ong juga meminta maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung perasaan kerana MCA berniat baik, kita mahu sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keadaan aman damai.

Untuk rekod, RUU Persendirian berkenaan telah dibawa oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 Nov tahun lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates