February 20, 2017

3 Makmal Transformasi Bas Ekspres Bakal Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Industri Bas Ekspres


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Makmal Transformasi Bas Ekspres bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan industri bas ekspres di negara ini dan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan pengangkutan awam itu. Ia merangkumi perbincangan bersama pemain-pemain industri bas ekspres dalam isu berkaitan model perniagaan, kebajikan pemandu bas, pendekatan teknologi, polisi pelesenan dan mutu terminal bas dan infrastruktur. 

Hasil rumusan dalam makmal ini akan dibawa ke kabinet untuk diputuskan dan jika ia melibatkan kos pelaksanaan, maka perancangan kewangan akan dibuat sebelum ia diumumkan oleh Kerajaan. Kerajaan menurut DS Nancy akan mengkaji cadangan supaya sistem pengeluaran Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) disusun semula merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya yang bertujuan membantu keperluan industri perkhidmatan bas. Beliau berkata, langkah itu diharapkan dapat mengatasi masalah kekurangan pemandu bas ekspres di negara ini.

Harga PSV katanya yang mahal dan sukar mendapat kelulusan antara faktor menyebabkan kekurangan pemandu bas ekspres di negara ini. Setakat ini Malaysia mempunyai kira-kira 4,300 pemandu bas ekspres di seluruh negara dan jumlah ini dilihat masih tidak mencukupi apabila ada kalangan mereka terpaksa bekerja lebih masa hingga menjadi antara faktor kemalangan jalan raya.

Kerajaan turut mahu merekrut pemandu bas ekspres terdiri dari kalangan belia dan wanita dengan memberikan mereka latihan supaya menjadi pilihan utama sebagai pemandu kepada syarikat-syarikat operasi bas. Kerajaan tidak mahu lagi mengambil orang luar yang terdiri dari warga asing dan sebaliknya mahu orang muda tempatan yang menjadi pemandu bas kerana kebanyakan yang ada di pasaran berusia 40 hingga 50 tahun.

Kerajaan juga mahu melatih wanita untuk menjadi pemandu bas ekspres bagi pemanduan jarak pendek dahulu sebelum dilanjutkan kepada pemanduan jarak jauh. Menurut DS Nancy, usaha menstrukturkan semula kadar gaji pemandu bas juga perlu diteliti semula supaya tidak lagi berpandukan kepada bayaran mengikut jumlah perjalanan.

Beliau berkata melalui sistem sekarang terdapat pemandu utama bas ekspres enggan menerima rakan sepemandu kerana mahu menjana elaun tambahan sehingga sanggup memandu melebihi 24 jam dan akhirnya berlaku kemalangan. Makmal itu berlangsung selama lapan minggu bermula hari ini hingga 14 April. Turut hadir di dalam majlis perasmian hari ini ialah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. 


3 comments:

Anonymous said...

Kahkahkah..
Mcm2 makmal.
Makmal bas ekspress
Makmal ruu355
Makmal br1m
Makmal gst
Makmal subsidi
Makmal jasa
Makmal rasuah
Makmal derma

Kahkahkah..
Tp yg rakyat dpt mcm2 subsidi kena tarik
Kena gst
Rasuah sana sini tangkap lepas tangkap lepas
Biasiswa kena tarik
Sekolah rosak xde peruntukan nk repair
Mesin OMR rosak xde duit nk betul
Kertas A4 anak murid kena supply ke sekolah.

Kahkahkah..
Yg sentiasa dpt peruntukan adalah makmal MakMah badak.

Anonymous said...

Byk sgt ketawa... tu sbb otak pun biol posting pun merapu

Anonymous said...

Makmal korea utara,
Makmal basikal pra rempit,
Ini semua masih belum ada lg.
Mohon kerajaan percepatkan kewujudan makmal.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates