February 9, 2017

0 Kementerian Pengangkutan Sedia Bekerjasama Bagi Pastikan Tragedi Bot Karam Tidak Berulang


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, berkata kementeriannya akan bekerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Laut Malaysia bagi meningkatkan kawalan serta penguatkuasaan ke atas bot penumpang. Ini bagi memastikan tragedi bot karam tidak akan berulang. DS Liow memandang serius mengenai perkara itu dan berharap tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

DS Liow yang juga merupakan Presiden MCA berkata Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula tahap keselamatan perkhidmatan bot penumpang di semua jeti pelancongan seluruh negara, termasuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi penguatkuasa. Penguatkuasaan lebih ketat itu bagi mengelak tragedi bot karam hingga mengorbankan nyawa berulang.

Mengulas lanjut, DS Liow berkata, kementeriannya juga berperanan untuk membantu kerajaan Sabah dari segi siasatan dan mengkaji serta memperbaiki keselamatan bot pelancong di negeri itu. Kementerian mendapati insiden bot karam ini menjejaskan nama baik serta industri pelancongan negara. Sehubungan itu, Malaysia, kata beliau perlu pastikan industri pelancongan adalah dalam keadaan yang terbaik dengan menjaga keselamatan pelancong dan penumpang.

Dalam kejadian pada 28 Januari lalu, tiga pelancong China termasuk seorang wanita mati di perairan Semarang, Labuan, manakala 22 selamat dan enam hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Mengalum, Sabah.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates