February 1, 2017

0 Jasa Anggota Keselamatan Ketika Musim Perayaan Harus Dihargai - Perdana Menteri


DS Najib Tun Razak dalam catatan terbarunya di laman blog www.najibrazak.com mengajak rakyat menghargai dan berterima kasih atas jasa dan pengorbanan anggota keselamatan dan perkhidmatan awam dalam memelihara ketenteraman negara setiap kali musim perayaan. Perdana menteri  berkata rakyat tidak harus lupa kepada mereka yang tidak dapat bersama keluarga demi melaksanakan tugas sepanjang tempoh berkenaan. Antaranya Perdana Menteri menulis,
"Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjaga trafik, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal sempadan dan kedaulatan negara malah membantu mangsa banjir, juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, doktor dan kakitangan hospital kerajaan serta ramai lagi.
"Selain itu, penghargaan juga harus diberi kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) yang memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam kita bagi mengelak tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa."
Perdana Menteri berkata operasi khas sebegini hendaklah diadakan dari semasa ke semasa dengan lebih kerap. Beliau turut memberi tumpuan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi berkaitan yang masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Sabah.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates