February 20, 2017

0 Hormati Perasaan Keluarga Remaja Berbasikal Yang Terlibat Dalam Kemalangan, Ujar Chew Mei Fun


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun meminta orang ramai perlu menghormati perasaan anggota keluarga lapan remaja berbasikal yang terbunuh dalam kemalangan pada awal pagi Sabtu dan berhenti menyalahkan mereka berikutan insiden berkenaan.

Beliau berkata pada masa ini perkara yang perlu diberi keutamaan adalah memberi ruang kepada anggota keluarga mangsa untuk bertenang dan pulih berikutan kematian anak mereka. Menurut Datin Paduka Chew kehilangan anggota keluarga terutamanya dalam kemalangan adalah amat menyedihkan dan kita perlu beri mereka ruang untuk pulih dan bukan menyalahkan mereka atas perkara yang terjadi.

Datin Paduka Chew, yang juga Naib Presiden MCA, meminta orang ramai patut berhenti daripada menyalahkan mereka dan biar polis menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tragedi lapan remaja berusia 13 hingga 16 tahun yang menunggang basikal, maut selepas dirempuh sebuah kereta di Johor Bahru dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Sabtu. 

Beliau turut menasihati ibu bapa agar mengawasi dan mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka ketika bersama rakan-rakan ketika di luar. Datin Paduka Chew berkata Kementeriannya akan menunggu hasil siasatan pihak polis. Apa juga hasil siasatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat menurut beliau akan melakukan apa yang perlu bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan anak-anak ini terjaga.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates