February 28, 2017

18 DS @AzminAli Tak Ada Orang Lain Ka Selain Lantik Si Muflis Terajui YAWAS?

Orang yang telah diistiharkan bankrupt atau muflis adalah orang yang gagal mengawal selia perjalanan aset dan liabiliti miliknya sehingga mahkamah terpaksa melantik Pemegang Harta untuk menguruskan harta dan liabiliti bagi pihak dirinya. Proses kebankrupan merupakan proses dimana penghutang (individu yang berhutang wang kepada pemiutang) diisytiharkan muflis berikutan arahan mahkhamah yang dikenali sebagai Perintah Penghukuman dari Mahkhamah Tinggi terhadap individu tersebut. 

Kriteria yang akan menyebabkan seseorang individu diisytiharkan muflis di Malaysia adalah tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM30,000, tempoh masa lebih daripada 6 bulan hutang tidak dibayar dan individu tersabut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Adalah amat tidak sepatutya apabila seseorang yang telah diistiharkan bankrupt atau muflis masih lagi memegang jawatan sebagai sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Kamsani bin Nasir masih memegang jawatan Pengurus Besar YAWAS berkuatkuasa 01/09/2016 walaupun carian kebankrapan telah mendapati beliau masih lagi dalam status bankrupt pada 25/02/2017.

Kriteria apakah yang Menteri Besar gunakan untuk melantik beliau ke jawatan Pengurus Besar? Seseorang muflis waima akaun simpanan, akaun semasa atau mana-mana akaun sekalipun tidak dapat beliau ada sehingga beliau tidak lagi muflis, bagaimana beliau hendak menguruskan akaun YAWAS? Bagaimana beliau hendak menjalankan tugas di luar negara mewakili YAWAS sedangkan si muflis tidak dibenarkan ke luar negara?

18 comments:

Anonymous said...

Org BANKRUP ke,
Org MELIWAT ke,
Org makan DISKAUN ke,
Org BIOL ke,
Org BERJUDI ke,

Smue tu xde HAL utk jd PEMIMPIN PEMBANGKANG..

Yg penting FULUS masyukkkkk..

Kihkihkih

Anonymous said...

Teknik penyonglapan wang rakyat...tubuh yayasan tuh nih sebagai cover je...penyuntut lobang taik pun nak diangkat jdi pee em...kaki judi dipuja sebagai dewa...itule pembangang dikusai oleh bijak pandai?

Anonymous said...

Tak de org nak tolong settlekan macam kes ketua UMNO bahagian kepong..

Anonymous said...

Memang ramai pun yg bijak dan pandai dlm puak pembangkang ni:
Bijak dan pandai menipu
Bijak dan pandai songlap duit
Bijak dan pandai berlakon alim2 kucing
Bijak dan pandai memfitnah dan mengadu domba

Anonymous said...

NAK TOLONG SESIAPA PUN DENGAN MEMBERIKAN JAWATAN JANGANLAH SAMPAI SI PEMBERI JAWATAN DI KETAWAKAN UMUM KERANA SIPENERIMA TERANG-TERANGAN TIDAK LAYAK UNTUK JAWATAN BERKENAAN. POLITIK POLITIK JUGAK TAPI ETIKA KENA ADA YB. WAKAKAKA

Anonymous said...

YAWAS?

YA was was
YA awas
YA lawas
YA wassalamu
YA waslahasilku

Muahahaha

Anonymous said...

kenapa tak buat macam Najibrim iaitu agihan direk dari gomen kepada ra'yat. ini tidak, kena menerusi yayasan. bayangkan kalau ada yayasan Najibrim. tentunya Assmin individu pertama yang akan melalut sebagaimana dia melalut Najibrim adalah RASuah. kalau menerusi yayasan siapalah yang ada masa nak pantau sume tu? dan lagi satu siapa yang akan odit? huh nampak sangat.

Anonymous said...

Kalu nk AUDIT bagikan dapig13may,
Gune EXCELL nmpk cntik jer akaun..


Kihkihkih

Anonymous said...

ini sume nak menyusahkan Pak Jamal. kalau hari-hari ada kes loklaq laguni, Doj pun menyampah. eloknya Pak Jamal suruh jer Mamat Amk ambik alih kerja Pak Jamal sume tuh. baru depa tahu tang mana nak guna akai.

Anonymous said...

Xboleh keluar negara. Ini lg bagus.

Xdelah terpaksa bermain golf dinegara kuasa asing dlm misi memberi kursus kahwin kepada golongan penerima br1m diperancis.

Kesian anak melayu perancis xdpt kawen kalau xde duit yapiem dan bang jamil

Anonymous said...


Yang penting org itu jgn kaco aktiviti Asimin ber aiskrim dalam JAMBAN!

Rasa2nya Asimin sempat tak mintak ampun pada Allahyarhamah ibunya yang meninggal baru-baru ini? Cer tgk watak dia di hari kematian ibunya.. mengalahkan filem Tamil!!

Anonymous said...



duit Yapiem pun terlior jugak ke macai dapig?
Yapiem buat program di France kenapa ko nk marah? ada hukum fatwa ckp haram ke?
Yg merompak duit rakyat untk kasi anak2 haram 3-4 ekor tu kaya berbillion sikit pun tak bunyi.. ini namanya pendedak sejati!

Anonymous said...

Truper berhempas pulas di laman 4.5%, 24/7 semata-mata nak dapatkan tulang-temulang sedangkan kroni-kroni hanya goyang kaki tetapi daging yang dibekalkan enak dan empuk. Nasib komer le wahai truper2, kah kah kah

ted manoff said...

Status Bumiputera digadai kerana wang, kuasa

BUKAN SEKADAR ANAKNYA, TETAPI AHLI EXCO YANG JUGA PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN JOHOR PUN MESTI DISIASAT KERANA MUNGKIN MENGELUARKAN SURAT ARAHAN/SOKONGAN SUPAYA STATUS RUMAH BUMIPUTERA DITUKAR MENJADI BUKAN BUMIPUTERA

MEMILIKI kereta mewah seperti Lamborghini, Ferrari, Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne dan Mercedes-Benz CLA 200, sering melancong ke Eropah serta memiliki jutaan ringgit, dalam usia 20-an, tentulah menjadi impian anak muda. Pedang pun teringin juga merasanya.
Memang bergaya, hidup mewah, kaya. Tetapi, dari mana sumber kekayaan itu, perlu juga kita ingat. Dari yang halal kah atau yang haram? Yang dapat daripada perniagaan halal atau haram? Dicuri, samun, rompak, ‘dedak’ atau habuan atau rasuah kerana membantu sesuatu pihak?
Kalau halal, alhamdulillah. Zakat dibayar, sedekah diberi. Berkat. Kalau haram, tanggunglah akibatnya dunia akhirat. Kalau terlepas di dunia, di akhirat jangan harap. Kalau kena hukum di dunia, di akhirat pun kena juga.
Sehari dua ini heboh kes anak wakil rakyat UMNO yang juga Ahli Exco Johor dan pegawai khas kepada Ahli Exco berkenaan, antara enam yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dan rasuah.
Wang tunai pelbagai negara bernilai kira-kira RM500,000 dirampas. SPRM turut membekukan 45 akaun bank milik enam yang ditangkap itu, yang jumlahnya kira-kira RM15.5 juta.
Mengikut laporan media Ahmad Fauzan Hatim Abdul Latif yang baru berusia 25 tahun memiliki Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne dan Mercedes-Benz CLA 200, serta sering melancong ke Eropah. Gaya hidup anak seorang wakil rakyat yang dipenuhi kemewahan.
Abdul Latif Bandi adalah Ahli Exco Negeri Johor yang juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri. Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Endau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Mersing.
Pedang teringat kisah seorang eksekutif bank pada 1990-an lalu. Aman Shah yang bekerja di Hock Hua Bank di Kuala Lumpur. Ada enam kereta mewah – Lamborghini Countach, Mercedes Benz 300SL, Mercedes Benz 300E, Porsche 928 S4, Porsche Carrera dan BMW 329i.
Dia baru berusia 24 tahun, tapi hidup seperti jutawan. Selepas berhenti daripada bank itu membuka perniagaan sendiri, agensi pengiklanan. Sekali langkah tersadung, terbit dalam rancangan Sekapur Sireh TV3 menceritakan keistimewaan kereta yang dimilikinya. Masa itu, kira hebat jika ada anak muda yang boleh pakai kereta mewah.
Apa yang dilakukan? Aman Shah curi 1 sen saja daripada akaun pelanggan bank dan dimasukkan ke akaunnya. Manalah kita nak semak baki akaun kita yang di belakang. Biasanya kita tak kisah pun berapa sen yang ada dalam jumlah itu. Dipendekkan cerita, akhirnya dia kena tangkap.


Itulah, pengajaran yang sering dilupakan. Bila hidup mewah suka menunjuk-nunjuk. Begitu juga, khabarnya, gaya hidup anak wakil rakyat UMNO Johor itu dicium pihak berkuasa sejak setahun lalu. Yalah… terlalu mewah, usia pula muda. Boleh ada kereta mewah. Rupa-rupanya…
Tapi, Pedang sedih kerana mengikut laporan dia bersama pembantu khas Exco berkenaan antara yang terbabit berpakat dengan melakukan penukaran rumah berstatus Bumiputera kepada bukan Bumiputera. Aktiviti ini dilakukan sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor hingga orang Melayu yang layak mendapat kediaman berstatus Bumiputera tidak dapat membeli rumah itu.

Anonymous said...

Penukaran status bumi ini berlaku sejak zaman Madey.

Salah satu cubaan terbesar madey ialah Kg Baru. Tapi gagal. Tapi malangnya zaman MAdey, BPR hanya tidor dan jadi alat telunjuk kakinya untuk jatuhkan seseorang, bukan untuk membanteras rasuah dlm pentadbirannya

Sebab itu mcm lah bersih. Sedangkan apa yg berlaku skrg hasil dr 30 tahun lepas dibiarkan. SPRM terpaksa berkerja keras untuk memulihkan agensi awam.

Semoga tidak kira siapa mesti ditangkap dlm isu membanteras penyelewengan dan rasuah!

ted manoff said...


Tanda2 minyak naik mlm nii..πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ˜½


Tuesday, February 28, 2017
[KITA NAIK 20 SEN DAH RIUH RENDAH] Di Arab Saudi minyak naik 50%, kata Najib




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membandingkan kadar kenaikan harga minyak negara ini dengan Arab Saudi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan walaupun kenaikan cuma berlaku sekitar 10sen atau 20sen.
“Saya nak beritahu harga minyak di Arab Saudi naik 50 peratus, kita di sini riuh rendah kalau naik 10 sen, 20 sen, tapi di Arab Saudi dah naik 50 peratus.
“Ini semua memaklumkan tuan-tuan puan-puan, janganlah kita kelirukan rakyat atau hasut rakyat sebab setiap langkah yang dibuat kerajaan bertujuan untuk kepentingan jangka panjang dan pendek kita,” katanya di ibu negara hari ini.
Awal bulan lalu Facebook Najib diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 sebanyak 20sen.
Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud tiba untuk lawatan empat hari di negara ini semalam.
Arab Saudi kali terakhir dilapor menaikkan harga minyaknya pada 28 Disember 2015.

RON91 naik 20sen dari 0.45 riyal kepada 0.75 riyal manakala RON95 pula naik 30 sen dari 0.6 riyal kepada 0.9 riyal.

Anonymous said...

Eh eh..bahalolnya komen

Anonymous said...

Bila rakyat tahu YaYaSan Bill Klenton adalah satu platform untuk Puan Klenton klepet wang dari taikun di Timur Tengah dan disalurkan untuk dana pemilihan presiden, rakyat di sana tidak pejam mata dan pekakkan telinga. Impaknya ialah Klenton ditolak dan naiklah Triumph ke singgahsana. Ia adalah sejarah tetapi sejarah itu adalah peringatan kepada mereka yang celik tetapi sejarah juga satu kelupaan pada pelupa sejarah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates