February 14, 2017

2 Dego Ride Jangan Cuba Cabar Undang-Undang

Walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas. Justeru itu, Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai memberi amaran kepada syarikat perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' agar tidak mencabar undang-undang negara setelah diarahkan menghentikan perkhidmatan tersebut atas faktor keselamatan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj sebelum ini dilaporkan mendakwa tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka menawarkan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, DS Liow mengenepikan dakwaan terbut dan berkata perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kata DS Liow akan melancarkan operasi penyamaran bagi membanteras perkhidmatan teksi motosikal itu. JPJ dan SPAD akan melancarkan operasi penyamaran serta-merta bagi menangkap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan atau pembawa motosikal Dego Ride. Pegawai penguat kuasa kedua-dua agensi berkenaan sedang bersiap siaga waspada dan kita akan mengambil tindakan tegas.

Sebagai alternatif kepada pengharaman Dego Ride, Kementerian Pengangkutan mencadangkan agar teksi mini diperkenalkan sebagai 'last mile transportation' untuk perkhidmatan jarak dekat dari stesen transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM Komuter dan transit aliran massa (MRT) ke kawasan perumahan. Teksi mini dengan kenderaan berkuasa rendah iaitu 1,000 CC ke bawah boleh digunakan untuk menghantar pengguna pengangkutan awam ke rumah masing-masing

2 comments:

Leman said...

Good boy

Anonymous said...

Racist...
Biarlah dia nak buat apa pun.
Haramkan grabcar dgn Uber sekali.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates