February 24, 2017

19 Cina DAP Botak @limlipeng Bagi Minyak Percuma Boleh, UMNO WP Bagi Minyak Percuma Rasuah


Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, hari ini mempersoalkan sumber kewangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) bagi membiayai petrol percuma kepada lebih 100,000 penunggang motosikal setiap bulan, dan mahu bukti ia daripada dana parti. MP DAP ini menjadi panas apabila Rakyat mula memberi sokongan kepada BN WP dengan program Petrol untuk Rakyat ini.

Seperti yang dilaporkan di dalam Free Malaysia Today, di sini, Menurut perkiraan Lim Lip Eng, program petrol percuma yang menyasarkan 117,000 motosikal sekali sebulan itu boleh melibatkan perbelanjaan lebih RM7 juta. Dari manakah beliau mendapat angka ini? (Bukankah pemimpin DAP amat bodoh dari segi angka?) Katalah benar perkiraan tersebut, katalah program berkenaan dibuat setiap minggu, jumlah motorsikal yang beratur di stesen minyak setiap minggu adalah 29,250 buah. Logik akalkah?

Lim Lip Eng mungkin terlupa atau sudah nyanyuk seperti idola barunya Tun Dr Mahathir, kerana beliau sendiri pernah menganjurkan program pemberian petrol percuma kepada penduduk di parlimennya. Bolehkah kita bertanya, di manakah beliau mendapatkan dana untuk menjayakan program ini? Adakah dana dari Israel?


Ini Kenyataan Media daripada Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii,
24 FEB 2017 | 27 JAMADILAWAL 1438H
KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA BARISAN NASIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN
PERLUKAH DAP IRI HATI DENGAN PROGRAM ISI MINYAK PERCUMA ANJURAN BARISAN NASIONAL?
Sebagai anak muda bandar, kami memahami dan masih menyelami denyut nadi warga kota di Wilayah Persekutuan terutamanya mereka yang terjejas dengan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak mentah dunia baru - baru ini. Kami juga golongan yang turut terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Hari ini harga pasaran petrol di Malaysia ditentukan menggunapakai sistem ‘manage float’ atau apongan secara terkawal. Purata data (harga petrol) bulan ini akan tentukan harga pasaran petrol pada bulan hadapan. Melihatkan akan perkara ini, Pemuda Barisan Nasional (BN) seluruh Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif menganjurkan program isi minyak percuma bagi membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi kalangan warga kota.
Untuk info program ini adalah sebahagian daripada ratusan program kebajikan yang pernah BN lakukan selepas Pilihanraya Umum 13 yang lepas. Di peringkat Wilayah Persekutuan, kami ada program Wilayah Prihatin, BN Cares, Membara, Merisik Khabar, Ziarah Prihatin dan pelbagai lagi program seumpamanya dengan objektif yang sama iaitu menawarkan bantuan dan membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh golongan sasaran.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan dari mana datangnya dana yang begitu banyak sehinggakan BN boleh membuat program sebegini setiap bulan. Pemuda BN Wilayah Persekutuan terdiri daripada pelbagai komponen parti dan pemimpinnya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada kalangan kami yang masih berkhidmat dengan jabatan Kerajaan, Government Linked Companies (GLC), bekerja makan gaji dan mempunyai syarikat perniagaan sendiri. Sedikit daripada pendapatan yang diterima, kami sumbangkan semula kepada parti. Inilah caranya bagaimana kami boleh menganjurkan program-program untuk rakyat.
Lim mungkin terlupa bahawa beliau sendiri pernah menganjurkan program sedemikian rupa. BN tidak pernah mempersoalkan dari mana datangnya dana sehinggakan beliau mampu menganjurkan program sebegini secara bersendirian. Kami berpendapat Lim melihat program ini dari sudut pandang politik semata-mata dan bukannya aspek kebajikan untuk membantu rakyat. Kerana itulah beliau mungkin rasa terancam dengan sambutan yang menggalakkan ini.
Apa yang penting pada kami, untung nasib rakyat kita harus bela bersama jika mahu bergelar sebagai pemimpin masyarakat. Terpulanglah kepada tanggapan mana-mana pihak yang memperlekehkan program ini diumpamakan seperti gimik PRU 14 tapi apa yang pasti, kami akan terus membantu dan paling penting ianya memberi manfaat kepada semua pihak.
DATUK MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII

19 comments:

Anonymous said...

tiba-tiba Dap pandai mengira. accel baru agaknya, kah kah kah

Anonymous said...

Umno songlap sambil menderma..macam najib. Berkattt duit curi tu nanti. Kahkahkah

Anonymous said...

Harap-harap program kat Segambut itu tak melibatkan wang rakyat dari kumpulan Khairat KEMATIAN. Pak Jamal tolong tengok-tengokkan.

Ostat Siber said...

11:19 ..

BARTER TRADE cai nanti ..
SATU dosa utk kau ...
SATU pahala utk Najib ...

itu pun kalo ko 'lepas' meniti titian siratulmustaqim ..

Anonymous said...

kata kenaikan harga minyak tak membebankan rakyat? tapi kasi jugak. Ini le cakap tak serupa bikin..dalam berita semuanye elok..auta je lebih..

Anonymous said...

11.24
jamal tu Sultan Selangor pun dah sound..Raja Muda Selangor pun dah sound..org UMNO je dok mengangkat dia sebagai hero..org lain tgk dia sebagai badut MO1 je..

Anonymous said...

Bila ultraMeley + Meleyfirst + ultrakiasu + cauvinis + Soros = itulah hasilnya: cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Bila Sultan dan raja muda sound..tak dgar pulak..ada masuk tv k.atau youtube..nak buktikan

Anonymous said...

Cari sendirilah pemalas. Nak jadi anjing najib tapi pemalas. Sial punya orang

Anonymous said...

Orang dah beri percuma, yang dia bising apa pasal? minyak bagi untuk rakyat pun dia nak tuduh rasuah? bengong betul la ahli parlimen tu, siapa yg mengundi dia pun lagilah bengap! ntah2 dia nak promote program dia yg dulu tu kot, tapi tak de sape yg bagi coverage. muahahaha!

Anonymous said...

Kehairanan YB Segambut ada betulnya. Kroni-kroni (tabung) di Selangor dan Pulau Pinang sudah bertuan (bertuankan PakaTun). Lain-lain tabung (kroni) mega terikat dengan MyHitherto. Dalam kata lain sudah tidak ada lagi 'tabung' yang boleh dikorek. Wakakaka

Anonymous said...

Pelik.
Bn tarik subsidi mnyk.
Lepas tu Bn bg mnyk free.

Nk watpe tarik subsidi

ted manoff said...

Biasalah tuu..dekat2 pilihanraya nii baru nk kenal rakyat.. Apa yg bn bagi ambil tapi undi lain..jgn tertipu lagi dgn helah bn..😨😡😫😩

Anonymous said...

Menjadi cacai najis mesti jumud.
Nk percaya pun kena mntk kebenaran najis.
Jgn baca jgn fikir jgn tanya.
Ikot je skrip master

Anonymous said...

Bongok104...tarik subsidi utk org kaya tak layak subsidi
Bagi free utk org miskin...
Dah belajar accel blom...hehehe

Anonymous said...

Umno bagi brim dedak...
Lapiji bagi beras kepala peliwat..cukurrrr rejeki... ..hehehe

Anonymous said...

Lembu kuning 2 lompat2 atas keta polis pun hero jugak kan..
.hehehe

Anonymous said...

Sultan murka dgn adun2 pakatoon yg suka mengejek2 sultan pun blh google gak kan..hehehe

Anonymous said...

Janji pakatoon nak bagi tol free kat selangor pun jgn tertipu kali ke2 yer..hehehe

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates