January 17, 2017

45 Tun Dr Mahathir Menjawab Sultan Johor, Mana Suara TS @MuhyiddinYassin Dan @SyedSaddiq ?


Tun Dr Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun dan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya, hari ini dengan kenyataan keras di perenggan terakhir berbunyi, "I am a Malaysian born in Kedah. Malaysia is my home and the object of my loyalty. If I have to be accused of lese majeste for what I say, so be it", menulis di The Star, menjawab kenyataan Tuanku Sultan Johor. Baca di sini.

Persoalannya, mana suara TS Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Cap Bunga Raya selaku anak negeri Johor, Ahli Parlimen negeri Johor dan juga pernah menjadi Menteri Besar kepada negeri Johor selama 9 tahun?

Mana suara Ketua Armada Parti Cap Bunga Raya, Syed Saddiq yang membuat laporan polis terhadap TS Annuar Musa di atas kenyataan yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor? Mana suara beliau apabila Sultan Johor dituduh Pengerusi parti beliau bahawa 700,000 rakyat China yang akan mendiami Johor Bharu dan akan diberikan taraf kewarganegaraan? Dalam hal ini, Syed Saddiq tidak mahu buat laporan poliskah?

Juga tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa sebahagian besar tanah negeri ini akan dijual kepada China. Bukankah ini memberikan satu gambaran yang negatif terhadap kedaulatan Tuanku selaku Sultan di negeri Johor?

Kita ingin meminta TS Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq menyatakan kesetiaan beliau secara terbuka samada bersama Tuanku Sultan Johor ataupun untuk terus bersama Tun Dr Mahathir dan Parti Cap Bunga Raya.

45 comments:

Anonymous said...

Kes seleweng tan sri annuar musa memang patut didahulukan..

Anonymous said...

Khalid Samad kesal penyerang tiada dalam kawad cam

Inilah anak Tajuddin Pasir Salak
Khalid Samad kesal kerana pihak polis tidak menampilkan watak utama yang melakukan serangan di luar bangunan parlimen pada 22 November lalu.

Khalid meminta Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memandang serius kes terbabit.

Menurut Khalid, hanya individu yang dilihat sebagai pemerhati kejadian dibawa dalam sesi kawad cam berkenaan dan bukan individu yang menyerangnya.

Anonymous said...

Kes dengan sultan johor bukan kes besar..

Anonymous said...

Tun tuduh, sultan jawab, blogger mangkuk ni tukang panjangkan cerita. Dalam kes tmj tuduh annuar musa, kenapa blogger taknak desak sprm siasat? Kenapa tak suruh najib pilih antara tmj atau annuar?

Anonymous said...

Dalam youtube jelas muka anak tajuddin terpampang buat hal di luar bangunan parlimen. Apa lagi polis nak selindungkan? Jilake

Anonymous said...

Cuba siasat forest city sapa punya. Pasti dapat jawapan.

Anonymous said...

Lebih SENANG mmlihara 700k org china dri mmlihra 70 cine dapig13may..

Kihkihkih

Gong xi fa cai lge n lks..

Anonymous said...

Nak duit? Jual tanah..kihkihkih. billion bos..kaya2

Anonymous said...

Lepas ni nak beli lori sampah paling besar dalam dunia

Anonymous said...

Yes...cina dap ni..berlagak mcm cina Singapore.. Dulu Singapore ni berlagak...maklumlah rakyat Malaysia ramai melancong kat sana...rombongan cik kiah...sekarang cik kiah tak main Singapore dah..mereka pg Langkawi...sbb tu Orang cina tanah besar pun..klau jumpa cina dap ni..mereka beri penyepak jer..maklumlah.. Mata sepet..nama josephlah..teresa lah..elizebeth.. lah..hannah..lah..agama evengelist... Itulah cina dap berlagak..

Anonymous said...

Boring

Anonymous said...

Betul jugak cakap tun M, bukan setakat forest city, ada lagi 60 projek dimajukan oleh sykt besar china, untuk dijual pada harga juta2 sebuah, mampu ke rakyat johor memilikinya? Bloomberg laporkan rakyat china yg kaya raya digalakkan membeli. Apa jadi kalau mereka beli dan tinggal bertahun di malaysia? Apa jadi kalau mereka mohon kerakyatan? FDI bukan jual tanah..patutnya tarik pelabur asing melabur dalam industri, beri pekerjaan pada rakyat malaysia. Bukan tarik pemiutang.

Anonymous said...

Nak urus pasukan bola selangor pun tonggang langgang, inikan nak tadbir negara, itula perangai binatang bernama Azmin ali. Selangor dah macam jadi darul sampah.Sifat bacul dan play-safe terserlah

Anonymous said...

Teruknye dipenghujung usia terkena penyakit U-TURN nih...sasauwan...meroyan...merapu-merapan tak keruan...semata-mata mengikut kehendak anak...sudah2 le atok lanun @ ulor @ bapa ayam @ mopti oooiii !!!!!!

Anonymous said...

http://www.thestar.com.my/opinion/letters/2017/01/17/make-forest-city-deal-public/
Tu M jawab forest city

Anonymous said...

U turn ape? Ko yg tak paham spe Tun cakap bantan kerajaan melalui statori..

Anonymous said...

Apa kena mengena azmin ali? Tak tentu pasal geng jamal mabuk komen.

Anonymous said...

kan dah cakap....mopti al madey al keralalala jangan dibantah. kalah. walau raja ke agong ke. krusi tak dapat meroyan. brim dia bagi patwa halal. brim tu dedak. ini kali mulut macai penuh dedak. ikut macam ratu naga boroi. kemaskini brim. buat awal2.

Anonymous said...

Ternyata masih ada lagi rakyat malaysia duduk dalam zaman tok nadok...China,India,Arab Saudi UAE semua berlumba-lumba menarik pelabur dlm bidang hartanah...UAE sebagai salah satu pengeluar minyak terbesar,telah beralih kepada menyediakan pelaburan besar-besaran dlm bidang pelancungan...hasil minyak akan kehabisan...negara2 diatas membina projek2 mega ...FDi bukan lagi membina kilang utk rakyat bekerja...cubale buka mata luas2 bukannya masuk semula bawah tempurung.

Anonymous said...

Yang kata 700 ribu org China yg akan berkampung di forest city sebenarnya tidak mempunyai apa2 hak untuk mengundi. So apa yang Mahathir takut sangat, atau cuma nak gempaq saja.

Anonymous said...

Elok kau jual tanah pusaka mak kau tu dulu

Anonymous said...

Dapig yang galak jual tanah kat pulau pinang sampaikan tanah tak cukup lalu ditambaknya laut, kenapa hal sebesar gajah ini yang berlaku di depan mata seolah2 PH tak nampak ianya menjual maruah? Apakah kerana PH akan berkubur dan akan digantikan dengan BR makanya PH tak ada tanggungjawab moral untuk buka mulut? Wakakaka

Anonymous said...

Bagi kerakyatan kepada warga asing ni samalah mcm kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dulu bagi kewarganegaraan kepada bapak Mahathir yang datang dari Kerala...ko ingat semua orang sama ker mcm kes bapak ko dari kerala jd warga negara & ko bagi org Filipina warga negara kat Sabah dgn projek IC..pooodaaahhh.

Anonymous said...

Yang tinggal dalam UMNO ni hanya puak-puak bodoh. Yang cerdik dah tinggal UMNO. Tengok sajalah siapa presidennya. Gus Dur ala Malaysia.

Anonymous said...

BA -> PR -> PH -> BR -> KR (Kuburan Rakyat, rakyat mengong yg kena tipu hidup2).

kahkahkahkahkahkahkah ...

Anonymous said...

dulu mereka yang beri label, mengata dan memfitnah: "tak gunalah, merosakkanlah, korup, ultra melaylah dan zalimlah", tup-tup mereka buat U turn. soalannya ialah kenapa buat U turn? jawapannya ialah kerana mereka ini pengikut feudalism. soalnnya lagi ialah feudalis mana yang mereka ikuti? jawapannya ialah raja UTun. LOL memang cocok bak pinang di belah dua gitu.

Anonymous said...

Tun M akan terus bercakap dan mengkritik walaupun Sultan atau Raja sebab dia tahun pada usia 90 tahun tidak ada siapa yang berani mengambil tindakan undang2 keatasnya. Kalau didapati bersalah dan dihukum penjara lagi teruk akan jadinya. Mulalah pembangkang dan penyokong Mahathir akan guna isu "menzalim"... orang dah tua umur 90 tahun pun nak di penjara jugak.
Dengan lain perkataan mulai dari sekarang apa sahaja yang berlaku keatas Mahathir, kerajaan persekutuan dan UMNO akan dipersalahkan. Ini lah saat saat yang ditunggu oleh Mahathir dan penyokong nya.

Anonymous said...

kalau betul-betul ikhlas, buatlah apa yang Jamal buat ... halang aksiviti kemungkaran dengan tangan dan ikhlas kerana responsibility dan bukan kerana tidak dapat bahagian dalam aksiviti berkenaan. kuang kuang kuang.

Anonymous said...

Kesian tengok cara orang UMNO berfikir. Lepas PRU12 dah buat post-mortem, jangan lupa buat post-mortem lepas PRU14 nanti, itupun kalau masih wujud. Ada satu puak manusia yang bodoh tak boleh diajar lagi.

Anonymous said...

betul tu...yang bodoh2 yang tongong2. dulu dalam umno. sekarang semua dah lari ikut bapak mudah lupa yang suka orang bodoh2. jangan lupa tau...patwa al madey al keralalala brim dedak tu halal.

Anonymous said...

Ko silap, sepatutnya ko kesian kpd yg kalah.

Anonymous said...

Puak dalam UMNO yang sabotaj parti pada PRU 13 dah keluar bagai nanah busung yang busuk dibuang....sekarang UMNO pulih dan kuat
semuga kejayaan penuh bergaya PRU 14....selamat tinggal puak nanah busung yang busuk...jangan jelous...

ted manoff said...

sudahlah ryezall..jgn jadi batu api..apa yg dikata tun ada betulnya..apakah org melayu johor mampu beli rumah bernilai jutaan ringgit..? Byk lagii nk komen tapi kena faham sendirilh..πŸ˜ŠπŸ˜ˆπŸ’πŸ΅πŸ›πŸœ

Anonymous said...

Mcm mana nak menang pru14...kerusi pun takdak...dua kerusi tuh pun curi bn punya...bodos...bodos...bodos.

Anonymous said...

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Yaakob mengakui bahawa agensi persekutuan MARA terjejas dengan penajaan oleh dua anak syarikatnya kepada pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Akhbar The New Straits Times melaporkan Ismail berkata: "Kesannya adalah ke atas MARA kerana kedua-dua penaja itu (Pelaburan Mara Bhd dan UniKL) adalah anak syarikat milik penuhnya.

"Berapa banyak disumbangkan dan bila tajaan bermula masih sedang disiasat. Saya masih menunggu laporan penuh," kata Ismail yang dipetik akhbar itu.

"Seperti saya katakan sebelum ini dan sementara menunggu laporan lengkap siap, setiap penajaan perlu dihentikan buat sementara waktu."

Ismail berkata demikian sebagai mengulas arahan terbaru supaya kedua-dua anak syarikat itu menggantung semua bentuk penajaan, kecuali yang berkaitan dengan pendidikan, daripada diberikan tahun ini.

Anonymous said...


Jangan bimbang, DS Najib akan pastikan ramai org2 Melayu akan mendapat pendapatan tinggi, dia bukannya seperti Mahathir.

Anonymous said...

Itu nak dia untuk bercakap, nak kami adalah masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Anonymous said...

Walaupun usia Tun M sudah menjangkau 90an tpi perut dia tak buncit mcm perut mat sabu dan dia tak pernah pun buat kerja jijik meliwat lubang bontot mcm nuar aljuboori.

Anonymous said...

sembang khalid bulu hidung bukan boleh pakai sangat...

Anonymous said...

ada unsur rasuah ke nak sprm siasat tu?

Anonymous said...

yang pasti bukan kroni madey, kalau tidak atok kerala tu takkan bising macam ayam berak kapor

Anonymous said...

kih kih... macam tokong kat penang. Mana dapat duit lebihan dalam belanjawan??? Oo... duit jual tanah ke...

Anonymous said...

4:52, ko pergi tanya mangkuk 1:32pm jugak. Apa kene mengena artikel ni dengan cerita khalid samad gereja tu??

Anonymous said...

u-tun madey cakap dah nyanyuk.. dulu kata takkan bekerjasama dengan pembangkang, kini dia la yang jadi jurucakap komponen pembangkang..

Anonymous said...

kroni dia tak boleh masuk projek, tu yang melalak lain macam je

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates