January 26, 2017

0 SPAD Adakan Kempen Keselamatan Jalanraya Bersempena Tahun Baru Cina Di Seluruh Negara

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Majlis Perlancaran Ops Selamat bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Tujuan Ops Selamat ini adalah untuk mengingatkan pengguna jalan raya dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam agar sentiasa berhati-hati dan memandu dalam keadaan selamat semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Di Melaka, SPAD Melaka telah menyertai Majlis Pelancaran Ops Selamat 10/2017 yang diadakan di Tol Simpang Ampat dan di Freeport A Famosa Oulet, Alor Gajah, Melaka. Program yang bermula jam 10.00 pagi telah disempurnakan oleh YB Datuk Lim Ban Bong, Exco Pengangkutan dan Datuk Abd Jalil, Ketua Polis Melaka. 



Sementara itu, SPAD Wilayah Tengah telah mengadakan program walkabout bagi Kempen Keselamatan Dan Hak Sebagai Pengguna Bas Ekspress bertempat di Terminal Bas Klang Sentral. Sebanyak 100 "goodies bag" telah diedarkan kepada penumpang bas dan penumpang turut diberi penerangan berkenaan hak dan tanggungjawab sebagai penumpang. 



Di Kedah pula, SPAD UTC Kedah telah mengadakan Kempen Kesedaran Pengguna Pengangkutan Awam di Terminal Bas Shahab Perdana. SPAD UTC Kedah turut mengedarkan goodies dan flyers 'Hak Penumpang Bas Ekspres' dimana kakitangan SPAD turut memberi penerangan berkenaan Hak Penumpang Bas Ekspres dan aplikasi MeterOn kepada penumpang bas ekspres serta pemandu bas Ekspres. 


SPAD Timur iaitu Cawangan Kelantan dan UTC Pahang turut mengadakan Kempen Kesedaran Pengguna Pengangkutan Awam Darat "Safe Journey For All" bertempat di Terminal Bas Lembah Sireh dan bagi UTC Pahang di Terminal Sentral Kuantan.



Dan SPAD Wilayah Selatan juga tidak ketinggalan untuk mengadakan program walkabout bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina di Terminal Larkin Sental, Johor Bahru.


0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates