January 12, 2017

0 Pengasas Big Blue Taxi Akhirnya Minta Maaf Kepada SPAD


Setelah acapkali menyerang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung pelbagai isu teksi mengkritik badan itu berkait isu industri teksi, pengasas Big Blue Taxi Services Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini meminta maaf kepada Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Katanya, 
"Saya hendak meminta maaf kepada SPAD dan Syed Hamid atas beberapa perkara yang saya kata dan lakukan sebelum ini. Saya bertidak melampaui batas dan saya belajar daripada kesilapan. Tahun ini saya berhasrat melupakan semuanya dan gerak ke depan."
Datuk Shamsudin berkata demikian  pada majlis pelancaran Aplikasi E-ticketing Big Blue 2GO di KLCC. Shamsubahrin berkata pihaknya tidak akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap SPAD seperti yang disebut sebelum ini. Beliau juga mahu pengerusi SPAD itu kekal bersama suruhanjaya itu dan tidak meletakkan jawatan yang seperti yang pernah dicadangkannya beberapa kali sebelum ini.

Sementara itu, TS Dr Syed Hamid berkata di dalam majlis yang sama, SPAD sentiasa sedia mendengar kritikan rakyat dalam usaha melakukan penambahbaikan sektor pengangkutan awam darat termasuk bertindak mengikut situasi semasa. Kerajaan kata TS Dr Syed Hamid tidak pernah menyekat penggunaan teknologi yang memberi keselesaan kepada rakyat. 

Beliau berkata, sebagai sebuah agensi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas transformasi pengangkutan awam, perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar di negara ini adalah dialu-alukan.  Bagaimanapun beliau berkata, semua pihak yang terlibat dalam industri pengangkutan awam perlu memahami peranan masing-masing dan undang-undang sedia ada yang ditetapkan.


0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates