January 4, 2017

0 Menteri Pengangkutan Alukan Siasatan Ke Atas Puspakom


Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai memandang berat dakwaan salah laku rasuah di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara. Justeru, beliau tidak menghalang jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhasrat untuk menyiasat pusat berkenaan.

Beliau menambah dakwaan salah laku rasuah itu adalah serius dan perlu disiasat bagi mengelakkan mana-mana pihak menuding jari kepada agensi di bawah kementeriannya seperti Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan apabila berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas dakwaan bahawa berlaku salah laku rasuah dalam kalangan kakitangan Puspakom, khususnya berhubung pemeriksaan kenderaan perdagangan dan teksi.

Sebuah akhbar semalam menyiarkan sepucuk surat pembaca yang mendakwa seseorang perlu membayar caj tambahan sebanyak 50 peratus jika mahu memastikan kenderaan perdagangan dan teksi dijamin lulus pemeriksaan Puspakom, dan perkara itu diketahui ramai.

Menurut DS Liow, Puspakom sendiri telah melaksanakan banyak usaha untuk mengurangkan salah laku rasuah di pusat berkenaan. Pihak Kementerian Pengangkutan sendiri mempunyai dua unit khas yang ditubuhkan untuk membanteras rasuah secara agresif dan lebih menyeluruh iaitu Unit Integriti dan Unit Audit Dalaman.

Sementara itu, di satu tempat di Bagan, kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di mana Joseph Lim Guan Eng menjadi Wakil Rakyat.

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates