January 26, 2017

42 Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF


Di dalam Penyata Rasmi Parlimen (hansard) rujukan jam 3.41 petang. hari Selasa, 22 November 1983, Ketua Pembangkang pada masa itu, Lim Kit Siang telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri pada masa itu telahpun membuat pusingan u (u-turn) dalam Skandal BMF. Ianya berkaitan keenganan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat Skandal BMF. 

Agak pelik sekiranya Perdana Menteri seorang yang telus, baru pula mengambil alih jawatan Perdana Menteri sewaktu kes berkenaan sedang hangat diperkatakan dan beliau ingin kelihatan bersih dan suci kenapa menghalang tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Di Raja? Hansard penuh parlimen seperti rujukan di atas adalah seperti berikut: 
Tuan Lim Kit Siang (Kota Melaka):
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa Anggaran. Perbelanjaan bagi Maksud B. 30, Butiran Kod 1100 - Gaji dan Upahan, Program (1) Pentadbiran Am, (a) Pentadbiran diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak $10 berkaitan dengan gaji Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan 13255 22 NOVEMBER 1983 13256 usul ini yang bertujuan memotong gaji Menteri Kewangan sebanyak $10 sebagai membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan telah mengendalikan setakat ini skandal pinjaman $2,500 juta Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong.
*Disebabkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata bahawa Kementerian Kewanganlah yang bertanggungjawab ke atas Bank Bumiputra dan BMF dan bukan Jabatan Perdana Menteri, maka saya kini mencadangkan usul ini untuk memotong gaji Menteri Kewangan dan bukan gaji Perdana Menteri.*
Cara Kerajaan mengendalikan skandal BMF telah discreditkan sama sekali kedua-dua cogan kata popular pentadbiran sekarang yakni Kerajaan "Bersih, Cekap dan Amanah" dan "Pimpinan Melalui Tauladan". Sehingga sekarang Kerajaan tidak mahu memberi satu laporan kepada Parlimen mengenai skandal BMF dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan hanya memberi lip-service kepada prinsip demokrasi berparlimen. Apa yang menjadi lebih serius ialah Kerajaan tidak mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan satu penyiasatan awam yang meluas ke dalam skandal BMF.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dilaporkan sebagai berkata pada 22hb Oktober lalu yang Kerajaan sedang menimbang kemungkinan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja tetapi seminggu kemudian di Labuan, beliau telah gostan balik dan menafikan yang beliau telah berkata demikian dan beliau seterusnya mengumumkan bahawa Kerajaan tidak berniat menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja. Beliau berkata bahawa Kerajaan akan menjalankan siasatannya sendiri ke dalam skandal BMF.
Pemuda UMNO yang sekian lama membanggakan dirinya sebagai berdiri di barisan hadapan menentang segala jenis pengkhianatan dan penyelewengan amanah wang awam telah bersikap begitu "timid" atas skandal BMF. Mereka telah menganjurkan satu rapat umum mengenai krisis Perlembagaan tetapi ia berfikir skandal BMF tidaklah begitu penting untuk menganjurkan satu rapat umum khusus baginya.
Nota Kaki: Di bawah adalah video Buletin Utama semalam. Lihatlah bagaimana banyak dosa-dosa Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim sehinggakan apabila hendak menyalahkan DS Najib pun disebutnya nama Anwar Ibrahim, sehingga dibetulkan oleh penyokong-penyokong beliau. Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk. Bertaubatlah Tun.

42 comments:

Anonymous said...

sila print screen kenyataan lim kit sial dari hansard parlimen ni.Mana la tau, tetiba nanti hilang dalam alam internet pulak.

https://bibliotheca.limkitsiang.com/1986/03/11/dap-calls-for-a-royal-commission-of-inquiry-to-follow-up-on-the-fresh-leads-and-to-complete-the-work-of-the-ahmad-nordin-bmf-inquiry-committee-to-expose-the-top-political-personalities-responsible/

Anonymous said...

CTS.
Tun M tak nyanyok. Dia sengaja sebut nama Anwar..kau sendiri dah termakan game Tun M.

Satu lagi..skandal BMF semua tahu bermula drp zaman Hussien Onn..dan Tun M ambil alih..zaman tu Menter Kewangan adalah Ku Li.

Kalau benar Tun M salah guna kuasa..dgn bukti yg ada dakwalah dia..penat aku tengok org tua tu troll kauorg..

Jgn lupa dakwa Najib sekali sebab bukti DOJ cukup kuat.

Spin CTS jgn tak spin..

Anonymous said...

Skandal BMF: Lorrain Esme Osman Bawa Rahsia Mahathir Hingga Ke Kubur.

Di mata dunia, bekas pengerusi Bumiputera Malaysia Finance Lorrain Esme Osman, yang meninggal dunia dalam buangan di London pada hari Isnin lalu adalah pegawai bank yang tidak diketahui sehingga salah seorang juruauditnya, Jalil Ibrahim, dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong.


Lorrain, 79 dan berbangsa Serani dari Pulau Pinang dan bekas penganut Kristian, akhirnya mengambil mengaku bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran untuk sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian sehingga ia runtuh seperti rumah kad.

Ingatkah anda kepada bank UMBC? "Untuk Melayu, Bukan Cina".
Ia juga ada kaitan dengan skandal BMF yang dalangnya adalah
Mahathir sendiri hingga juruaudit BBMB, Jalil Ibrahim
dibunuh di Hong Kong pada 1983.

Sehingga sekarang RM 2.5billion adalah satu jumlah yang besar untuk dicuri dan diambil keluar dari negara ini tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan. Sistem kewangan Malaysia membuat ini hampir mustahil, dan lebih cenderungnya, tawaran seperti ini dilakukan bagi pihak politikos teratas.

Ia adalah refleksi sedih kerana hampir 30 tahun, dan Lorrain akhirnya meninggal dunia, roda rasuah masih sibuk berputar di Malaysia. Sistem ini tidak pernah berubah tetapi sebaliknya berkembang secara mendadak dengan lebih buruk. Yang paling jelas ialah skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak dan menjangkaui tiga negara, Malaysia-Perancis-Mongolia.

Anonymous said...

sambungan (1)...

Skandal pembunuhan juruaudit BBMB (kini CIMB), Jalil
Ibrahim (kanan) di Hong Kong juga ada kaitannya
dengan Mahathir
Rakyat Malaysia mesti mengambil masa beberapa saat untuk memikirkan tentang ini, jika tidak kemungkinan 30 tahun lagi akan berlalu, dengan juri yang tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menunjukkan kes rasuah yang semakin teruk.

Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berada di hujung penerimaan dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat patut bangun sekarang dan menangani musuh nombor satu, rasuah dengan tindakan yang keras. Roda masa benar-benar tidak menunggu siapa, seperti yang telah dibuktikan dalam kes Lorrain.

Jejak yang menuju terus kepada PM

Apabila Jalil ditemui, satu-satunya yang menghubungkan beliau ke Malaysia adalah duit syiling yang terperangkap di dalam lapisan seluarnya. Beliau tidak mempunyai dompet atau apa-apa jenis pengenalan di dirinya tetapi rakan sekerjanya telah melaporkan dia hilang 24 jam lebih awal.

Polis Hong Kong terjumpa diari peribadi Jalil dan beberapa surat yang mendedahkan bahawa beliau telah terjumpa sesuatu cara penyelewengan yang besar di BMF.

Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong bertanya Lorrain: "Kamu telah berjuang selama ini untuk manfaat orang lain. Bukankah masa untuk melakukan sesuatu untuk faedah kamu sendiri? "

Oleh itu, perjanjian ini dimeterai. Kerana Lorrain tidak akan mengaku salah dengan rasuah dan sudah tentu tidak mengaku kepada semua 43 caj, pendakwa Hong Kong mencadangkan satu caj kecuaian kewangan, yang akhirnya diterima Lorrain.

Lorrain, yang telah melarikan diri ke London pada tahun 1983 untuk mengelak daripada diekstradisikan ke Hong Kong, menghabiskan masa dua bulan di Penjara Stanley di tanah jajahan mahkota British sebelum dibebaskan.

Anonymous said...

sambungan (3)...

Beliau sebenarnya telah menghabiskan enam bulan di Pusat Tahanan Lai Chi Kok sementara menunggu perbicaraan, dan empat bulan lagi untuk pengampunan. ICAC telah mengemukakan lebih 30,000 halaman keterangan terhadap Lorrain kepada Mahkamah Tinggi British, Mahkamah Rayuan dan akhirnya kepada House of Lords.

Kes Carrian adalah kes jenayah yang paling lama dalam sejarah kehakiman Hong Kong, merangkumi lebih daripada 17 tahun dan pada kos HK $ 210 juta dan dengan lebih 4 juta halaman pameran.

Pengakuan bersalah Lorrain menutup fail kes yang telah lama berjalan. Beliau terus menuntut tidak bersalah apabila beliau dibebaskan dan mengetepikan Jalil namun mengakui, bahawa "terdapat kekurangan penyeliaan dan pengawasan di BMF" di bawah pemerhatiannya.

Beliau tidak pernah kembali ke Malaysia di mana syak wasangka bahawa dia telah melindungi pesalah-pesalah lain yang terlibat dalam skandal kewangan BMF. Jejak itu dipercayai, menuju terus kepada Perdana Menteri, yang ketika itu Mahathir Mohamad.

Pengeluaran wang

George Tan, difahamkan, hanya saluran untuk membawa wang keluar daripada BMF. Tiada bukti pernah ditunjukkan di mana-mana bahawa pinjaman besar-besaran yang diambil dari BMF adalah sepenuhnya bagi tujuan menjalankan perniagaan. Sebaliknya, kejatuhan pasaran hartanah Hong Kong disalahkan apabila pinjaman tersebut tidak tercapai.

Antara Dec 6, 1985 apabila beliau ditangkap di rumah Londonnya atas waran ekstradisi sementara dari Hong Kong sehingga beliau dipenjara selama dua bulan pada tahun 1993, Lorrain berjuang dengan pertempuran undang undang lama dan mahal selama 90 bulan dari Penjara Brixton untuk kekal di London.

Beliau pergi ke pejabat Kementerian Dalam Negeri dan mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Eropah. Beliau melancarkan permohonan habeas corpus dan beberapa ulasan kehakiman, merayu kepada House of Lords beberapa kali dan dimasukkan ke dalam beberapa permohonan ikat jamin.

Anonymous said...

sambungan (4)...

Sementara itu, orang ramai yang kehilangan semua harapan untuk melihat pesalah-pesalah lain di belakang gerigi besi, Lorrain,Tan dan ahli perniagaan kecil Mak Fook Than yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan Jalil - dan tiga pengarah BMF yang lain.

Kenyataan panjang lebar Mak yang sepanjang 24 muka surat tentang perjalanan "perniagaan menteri" ke Hong Kong hilang semasa perbicaraan.

Semasa disoal siasat oleh polis Hong Kong, Mak mendakwa bahawa dia adalah di Hong Kong atas perintah seorang Menteri Kanan Malaysia untuk mengutip "wang" dari seorang warganegara Malaysia yang menetap di Hong Kong. Beliau menafikan berkata demikian selepas kehilangan kenyataan 24 muka surat itu.

Lorrain telah dalam satu wawancara awam di London membayangkan kemungkinan bahawa Jalil diugut oleh Mak "yang mahu lebih". Itu sama seperti mengatakan bahawa pemeras ugut mahu angsa yang bertelurkan emas itu mati.

Malah, penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Jalil mendedahkan bahawa Lorrain "bercuti" di Hong Kong pada masa yang sama bahawa juruaudit BMF bertemu ajalnya yang mengerikan.


Satu lagi teori kegemaran yang diapungkan oleh Lorrain di khalayak ramai bahawa "seseorang mahu memalukan Kerajaan Malaysia" dan berfikir bahawa satu cara akan dilakukan ialah membunuh Jalil. Beliau pernah dilaporkan sebagai berkata dia mengesyaki seorang diplomat Rusia yang ditangkap kerana mengintip di Malaysia dan dihantar pulang.


Tetapi di peringkat itu, seseorang itu boleh dimaafkan kerana menyangka dakwaan Lorrain bahawa Ku Klux Klan, Mafia, Mossad dan CIA semuanya adalah suspek dalam pembunuhan Jalil.

Tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang telah membiayai buangannya di London dan segala ujian yang mahal dan rayuan mahkamah adalah satu lagi misteri yang mungkin hanya beberapa pemimpin kanan teratas dalam kerajaan Malaysia dengan maklumat istimewa sahaja yang akan tahu.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2011/08/video-skandal-bmf-lorrain-esme-osman.html?m=1

Anonymous said...

1. Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) cuba memburuk-burukkan beliau dalam skandal BMF dan Bank Bumiputera memang ada kebenarannya. Malah CIA sendiri mengatakan tiadak bukti secara langsung untuk mengaitkan beliau dengan skandal tersebut. Jadi mengapa Mahathir melatah?

2. Skandal Bank Bumiputra dan anak syarikatnya, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada 1980-an tersebut masih misteri kerana tiada siapa percaya bagi pinjaman sebesar RM 2.5 bilion diluluskan oleh bank milik kerajaan tanpa pengetahuan pentadbiran negara. Nilai tersebut kira-kira RM 10 bilion pada hari ini.

3. Walaupun dokumen tersebut mendakwa tiada bukti secara langsung bahawa Dr Mahathir terbabit dengan skandal rasuah itu, ‘dakwaan kaitan George Tan (bekas Ketua Eksekutif Carrian Group) dengan pemimpin Umno’ ketika itu mengaitkan skandal ini dengan Mahathir.

4. Mahathir ketika itu bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri tetapi juga Menteri Perdanganan Antarbangsa (MITI) yang sudah tentu mengawal selia pelaburan di luar negara dan juga pembabitan bank milik kerajaan dalam pinjaman di luar negara.

5. Inilah cara Amerika Syarikat beroperasi. Mahathir tidak bersalah. Ia hanyalah agenda CIA dengan mengaitkan pentadbiran Mahathir. Ini juga apa yang berlaku kepada Najib Razak. Yang kena dakwa orang lain, nama dia “disindirkan” oleh Jabatan Peguam Negara US.

5. Namun yang lebih penting adalah tidak sama membandingkan skandal BMF dan 1MDB.

6. Skandal BMF merupakan skandal kewangan kerana wang sebanyak RM 2.5 bilion (wang kerajaan dan penyimpan) lesap dalam “scam” hartanah di Hong Kong. Ia juga skandal jenayah apabila seorang juruaudit, Jalil Ibrahim, yang menyiasat kes ini telah dibunuh.

7. Sebaliknya, 1MDB belum jadi skandal. Berapa bilion duit 1MDB hilang? Sehingga kini 1MDB menegaskan wang mereka tidak hilang. Siapa yang dibunuh? Tiada juga! Jadi skandal apa?

8. Apa pun Tun Mahathir sepatutnya menjelaskan mengapa BMF dan Bank Bumi yang sepatutnya membantu ekonomi bumiputera mengambil keputusan memberi pinjaman sedemikian besar kepada syarikat di Hong Kong. Ia merupakan misteri yang sangat luar biasa.

9. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri MITI ketika itu. Kemudiannya semasa beliau menjadi Perdana Menteri pinjaman masih diberikan kepada syarikat ini.-

Anonymous said...

Fakta atok penyamun....

"Skandal Bank Bumiputra dan anak syarikatnya, Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada 1980-an tersebut masih misteri kerana tiada siapa percaya bagi pinjaman sebesar RM 2.5 bilion diluluskan oleh bank milik kerajaan tanpa pengetahuan pentadbiran negara. Nilai tersebut kira-kira RM 10 bilion pada hari ini."

Anonymous said...

kes perwaja, kerugian forex dan sebagainya masih menunggu giliran tu. Standby katil di IJN, please....

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim.

ANTARA KEBENARAN DAN KEBATHILAN Begitulah nikmatnya kehidupan ini apabila kita selalu berpegang kepada kebenaran dan apabila kebaikan yang ditanam tanpa memohon ganjaran atau balasan , InshaAllah, kehidupan ini pasti dilindungi Allah SWT.

Riuh rendah kelompok UMNO hari ini apabila Jabatan Perisik Uncle Sam ataupun CIA memaparkan dakwaan bahawa Dr Mahathir dikatakan "terpalit" ataupun "bersubahat" terhadap kegagalan BMF iaitu anak syarikat BBMB kerana keruntuhan ataupun terbangkrapnya syarikat yang ditubuhkan di Hong Kong yang mana pinjaman berjumlah hampir 1 Billion gagal dilunaskan samada kerana penyelewengan ataupun keruntuhan pasaran hartanah di Hong Kong, dijadikan isu untuk menyerang diri beliau.

Melalui apa yang semua tahu, kes yang diketengahkan ini sudahpun diketahui ramai dan bukan rahsia lagi. Walaupun kes BMF ini cuba dituba CIA , demi untuk merosakkan reputasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini,namun semua rakyat tahu bahawa Dr Mahathir hanya dilantik sebagai Perdana Menteri pada Julai 1981. Sedangkan Carrian dan BMF telah bermula seawal 1979 lagi iaitu sebelum Dr Mahatir dilantik PM lagi.

Jadi apa rasionalnya untuk mengait kan diri beliau dan kebetulan pula kebengkrapan itu mula terjadi pada tahun 1983 dan Menteri Kewangan adalah Ku Li. Kalau kita seorang yang rasional dan bertanggungjawab tidak mungkin kita akan menyalahkan Dr Mahathir tentang apa yang berlaku.

Apa yang berlaku sebenarnya diluar kawalan beliau dan untuk itu kita kena terima hakikat. Tetapi untuk menuduh bahawa beliau terlibat dengan skandal BMF yang bernilai RM1 Billion itu adalah tidak wajar sama sekali. Tetapi ada pula yang menyamakan kes BMF diera Dr Mahathir dengan kegagalan 1MDB yang diilhamkan Najib itu. Duit 1 billion dari BMF tidak masuk ke akaun Dr Mahathir tetapi duit 1MDB pula disahkan masuk ke akaun Najib seperti yang didakwa DOJ serta beberapa negara lain dan terbukti pula.

Oleh itu sama ke antara Dr Mahathir dan Najib?

Cuma persamaannya kedua dua ini dari parti UMNO dan juga Presiden UMNO. Cukup cukup lah memfitnah dan membesar kan perkara yang bathil. Sebenarnya banyak lagi skandal yang berlingkar dalam UMNO ni dari dahulu sampai kini cuma baru sekarang keadaan itu sudah tidak terbendung lagi.
Semua nya kerana pemimpin UMNO sudah hilang keimanan dan hanyut kerana harta dunia serta amanah yang sepatutnya di junjung tetapi diletakan dibawah tapak kaki. Perhatikanlah sudah berapa kali Najib aka Perdana Menteri kita menipu dan berbohong secara terang terangan terhadap rakyat. Adakah penipuan itu juga mahu dihalalkan perbuatanya?

Cahaya Al Majid

Anonymous said...

Atok bailed-out nih otak mcm serigala...dia akan jadikan orang lain sebagai kambinghitam...contoh tim.menteri kdn yg sain surat penahanan ISA...tak kan seorang tim menteri lebih kuasa dri pm...seorang manusia yg tidak bertanggung jawab hanya play safe...jika dikaji segala skandal masa dia jdi pm ada sja yg disalahkan...namun dia tidak sekali...xde telor nak jdi pemimpin.

Anonymous said...

SIAPAKAH yg mngarahkan IBRAHIM LIBYA dan pengikutny diTEMBAK n dibunuh????

SIAPA??
SIAPA??
SIAPA??
SIAPA??

Jwpan yg BETUL akan dilantik ke jwatan KETUA SRIKANDI parti bunga..

Kihkihkih

Anonymous said...

Sembang pung pang pung pang..

Anonymous said...

Si Bahalol bagi komen bahalol

Anonymous said...

SIAPAKAH yg mengarahkan ALTANTUYA dibunuh menggunakan bom C4

SIAPA?? Mak Badak??
SIAPA?? Panglima Bugis Kepit??
SIAPA?? Cucu Tok Kepit??
SIAPA?? Pematuk Dedak??

Jwpan yg BETUL akan di lantik ke jawatan KETUA PENGELAP BONTOT MAK BADAK

Kihkihkih

Anonymous said...

Cai tolol 1225..

Kihkih..panas nampak???
Ok2..cai xnak jwtan srikandi ker??

Soalan ke2 ..

MENGAPAKAH perwaja steel BANKRAP n xdpt diSELAMATKAN lagi???

Jwpn yg btul akn dlntik tim.presden BUNGA RAYA...

Kite reject lh BOBOI..sbb LEMBAB n terkial2..

Kihkihkih

Anonymous said...

Bahalol 12:36

Kihkih..sentap nampak??

Soalan ke2 untuk bahalol

MENGAPAKAH laporan audit 1DB di letak di bawah akta rahsia rasmi??

Jwpan yg betul akn dilntik timbalan pemegang beg tangan birkin dan pemakai kasut Mak Badak

Kite reject lh mad maselan..sbb Bahalol dia lebih kurang dgn si bahalol 12:36

Anonymous said...

mopti madey asyik tersasul. sebut nuar ibrahim. dia sendiri mengaku melayu mudah lupa.

#madeynyanyuk
#madeyuturn
#madeymudahlupa

Anonymous said...

pung pang pung pang... cyberberuk 93.6% pun panas jubor

Anonymous said...

tiada siapa yang arahkan pun. Sirul dan azilah je yang terlebih pandai

Anonymous said...

laporan audit diletakkan bawah akta rahsia rasmi kerana tak mahu pembangang macam raspussy dan tony puaka manipulasi lapran ikut selera mereka seperti yang berlaku pada laporan interim 1mdb sebelum itu

Anonymous said...

dah lama bermusuh timbul pulak rasa rindu la tu. Jaga-jaga atok madey, jangan jalan depan nuar berahim ye... tutup bontot tu...

Anonymous said...

doj dan fbi keluar kenyataan, puak mana pulak yang bising macam ayam berak kapur??? Hipokrit memang perangai begitu la...

Anonymous said...

memang pun raspusy cat dan tony puAka jongang kaki manipulate. sama ngan macai hearsay angguk2.

Anonymous said...

dua dinasour bila dah jadi kawan karib, kena la jadi uturn untuk sokong kawan dia yang sorang lagi. Dulu bantai madey di semua tempat...mana tempat yang lim kit sial tak pernah sebut madey salahguna kuasa dan diktator??... dalam parlimen, tapak ceramah, persidangan parti, pasar malam, pasar jual babi, kampung cina...

Kini dah macam takde apa salah madey pada dia dan rakyat dah... semua dah jadi wangi.... hipokrit punye cina

Anonymous said...

si blogger ni dah jadi penjilat tegar parti kuali... mesti kini dia akan kata atok madey suci bersih bagai permata.... hehe, satu la mangkuk yang cukup hipokrit

Anonymous said...

ketua audit negara sendiri mengaku bahawa dia yang mengklasifikasi laporan akhir 1mdb sebagai OSA. Macai 93.4% tak mahu minta ambrin buang letak jawatan seperti yang korang bising pada AG jugak ke???

Ke korang tu jenis manusia hangguk-hangguk je apa yang pemimpin fuckatan cakapkan???....

Anonymous said...

memang dah teruk nyanyuk mamak kerala ni.

https://youtu.be/38_X0UkSdN4

Anonymous said...

atok tua mudah nyanyuk..

Anonymous said...

Din pagoh mana?
Anina mana?
Ketua Armada mama?
Tak tolong ke? atuk korang dah kena rembat teruk dg wikileaks CIA handard. dah tinggal tiga suku nyawa sampai dah nyanyok2 nih...tak lama lagi nanti dia kiok terus.

Anonymous said...

Betullahkan...orang kata akhir zaman ni Allah bayar cash...kpd mereka yang aniaya orang..dah nampak dah sikit sikit Allah terbaraikan semua kisah..pemimpin yang tak amanah ketika pegang jawatan..kita rakyat biasa ni..tgok jerlah..nak sembang lebih takut jadi fitnah...tapi hairankan..kenpa tetiba CIA ni sebarkan cerita BMF...ni..nanti ada yang cakap Najib yang suruh...sedangkan kes Felda pegawai kena tangkap pun ada otak sewel cakap..Najib dah takut...tak tahulah manusia jenis apa mereka ni....semua nak disalahkan Najib..banyak betul pahala Najib ni....kalau tak suka Najib tak pe..tak ada sapa marah pun..tapi jgn buat fitnah dan andaian.sendiri tanpa bukti...dah baca pasal 1 mdb kat blog Malaysia Today...kesian 1 mdb tu..angkara orang yang tak puas hati dan busuk hati..1 mdb dijadikan mangsa...tak pelah..Allah kan ada..kalau niat ikhlas dan.benar..buatlah mcmmana pun..1 mdb akan selamat..InsyaAllah

Anonymous said...

Rakyat mengharapkan tun m di heret kemula pengadilan sebagaimana rakyat mengharap najib juga diheret.

Anonymous said...

katil kat IJN cukup tak tu..??

Anonymous said...

kit sial dan mahatahik sama shja 2x5....dua2 tahik yg mereput....he hee heee..

Anonymous said...

1mdb mereka fitnah kaw kaw. sabotaj. biar gagal. supaya senang jatuhkan najib.
Allah maha mengetahui. mereka gagal juga.

#madeyuturn
#madeymudahlupa
#madeypemecahbelahmelayu
#madeymoptimarlboro

Anonymous said...

moh yee teng mana? merajuk? maklomlah nama tak naik jadi pm. madey mau boboi jadi pm. nak jadi tpm pun tak bolih. lim kit sial dah tempah.
redho jer la....

Anonymous said...

tengah nak bersiap buat yee sang dengan nika gee

Anonymous said...

Yess... Nika gee...sambut Tahun Baru Cina..buat yee sang kat manalah..tew maklumlah hari tu dah bercuti satu family keliling Europe.. Skarang turn asoh pulak kan...nanti merajuk hbis terbarai lagi skandal...

Anonymous said...

3:04
Sokong

Anonymous said...

12;31
Najib sudah bersumpah, Mahathir bila lagi

Anonymous said...

2:26 & 5:44
Sokong

Salwah Abdat said...

1)MO1 menubuhkan 1MDB
2)MO1 adalah menteri kewangan pada masa 1MDB ditubuhkan.
3)MO1 adalah pengerusi dan penasihat 1MDB
4)Berbillion masuk ke akaun peribadi MO1
5)Kes telah di arah untuk di OSA kan...
////////////////////////////////
1)Tun tidak menubuhkan BMf.
2)Tun bukan Menteri Kewangan pada masa itu.
3)Tun bukan Pengerusi atau Penasihat BMf.
4)Tidak ada satu sen pun yang masuk ke akaun peribadi Tun atau secara kebetulan ada Pak Arab yang menderma.
5)Kes telah dibawa ke mahkamah & dah selesai.
Allah Ta'ala beri akal berfikir lah sejenak dan buka lah minda wahai rakyat Malaysia.....
BMf dengan 1MDB, bezanya macam langit dengan bumi.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates