January 18, 2017

48 'Forest City' For Dummies


1. Forest City akan dibina di atas tanah yang ditebus guna (reclaimed land) dengan keluasan 1,386 hektar. Ini bermakna, apabila selesai tebus guna sepenuhnya saiz keluasan tanah negeri Johor akan bertambah daripada 19,210 km2 atau 1,921,771 hektar menjadi 1,923,157 hektar. Jadi dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa tanah Johor dijual adalah salah kerana sebenarnya tanah Johor bertambah 0.072% melalui projek ini.

2. Pemaju induk dan pencipta Forest City adalah Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV), sebuah syarikat usaha sama antara Country Garden Holdings Ltd (CG) dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

3. Forest City adalah hampir 3 kali ganda lebih besar daripada Pulau Sentosa, Singapura. Kos pembangunan Forest City adalah RM175 bilion dan mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM450 bilion dan dijangka dapat menyediakan 250,000 peluang pekerjaan apabila siap nanti.

4. Forest City merangkumi pembangunan kawasan perdagangan, pelancongan, perhotelan, kediaman, perkhidmatan dan sebagainya. Keseluruhan projek ini akan memakan masa kira-kira 30 tahun dan antara perkara yang menjadi tarikan pelaburan ke Johor adalah kos perniagaan dan sara hidup yang rendah berbanding Singapura dan Kuala Lumpur, misalnya.

5. Pemasaran bagi kediaman di Forest City tidak tertumpu di negara China sahaja malah di Australia, Timur Tengah dan pelbagai negara lain. Adalah tidak masuk akal untuk mengandaikan bahawa hanya warga asing berketurunan Cina dari negara China sahaja akan membeli kondominium di Forest City dan lebih tidak masuk akal lagi andaian bahawa setiap warga asing yang membeli kondominium ini akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.

6. Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City adalah tidak masuk akal dan dilihat sengaja memainkan sentimen perkauman anti orang Cina. Ia adalah berdasarkan ANDAIAN dangkal bahawa oleh kerana Forest City dibina dengan kerjasama syarikat China, 336,000 unit rumah ini akan dibeli oleh 350,000 orang warga China dan dengan itu 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan oleh kerajaan Malaysia.

48 comments:

Anonymous said...

sekadar meingatkan...tahu tahu lah sekarang ni kita cukup akrab dgn China, sudah byk tanah di jual kepeda China..malah nak kawal sempadan pun nak sama2 dgn China...

Anonymous said...

Mau tak meroyan atok u-tun nih...istana kayangan dia puncak petronas twin-towers dh kena rampas...tuh meracau merapu-merapan tak tentu hala...ngan semua orang cari pasal...apa nak jadi tok oiii.

Anonymous said...

itulah....menyibuk hal orang. orang nak bina kondo rumah atas kayangan meroyan. itu pun untuk rakyat johor(kprj).
dia 22tahun memerintah malaysia...sabah serawak jadi anak tiri. sebatang tiang jambatan pun haram dapat dirikan. selamatkan malaysia ke...nak selamatkan tembolok keroni?

Anonymous said...

U turn ni dolu dolu tok yg sllu buat... smpi padam lah buat u turn.... tanda tanda dah dekat ssgt tuh....

Anonymous said...

Orange kita ini spesis istimewa dan kaya raya. Kita boleh beli harta dari Timur sampai Barat tapi dek kayanya kita itu makanya kita tak perlu jual tanah pada orang luar. Dalam kata lain kita akan hanya membeli sampai bila2. Dalam konteks isu: anti Tanah Besar atau anti Tanah Kecil di sebelah selatan JAMBATAN BENGKOK? Wakakaka

Anonymous said...

Amat setuju sampaikan salah sebuah parti pembangkang yang nak bentang tikar 355 pun kena tanya pandangan orange Cina jua. Meme LOL, kah kah kah.

Anonymous said...

Sebenarnya, walaupun rakyat Negara China yang membeli kondo itu tak dapat bawa balik ke negara mereka, tetapi kondo itu masih milik rakyat negara China, jumlah mereka bukannya dua tiga orang, tetapi dianggarkan seramai 700,000 orang, kita perlu menilai kepada kesan sosial akibat begitu ramai orang asing di dalam sesuatu kawasan negara kita kerana tidak mustahil orang-orang asing ini akan menuntut hak yang lebih untuk kepentingan mereka hingga merugikan kepentingan negara kita.

Kalau kita lihat dari segi sejarah, orang-orang Barat datang ke negara-negara Asia, mereka beli harta, buat penempatan untuk mereka, bila dah ramai mereka tuntut hak untuk menguasai tempat itu, negara-negara Asia yang lemah ketika itu tak mampu nak melawan, maka terpaksa la bagi hak yang lebih termasuklah hak perundangan kepada kuasa-kuasa Barat itu di kawasan tersebut.

Negara China mengambil pengajaran kejadian pihak Barat yang menguasai beberapa kawasan di negara China selepas Perang Candu hingga menyebabkan kawasan yang dikuasai oleh orang Barat itu dilambakkan warga Barat dan mereka menuntut hak perundangan dan macam-macam hak hingga kerajaan China Dinasti Qing ketika itu tak boleh bertindak di dalam kawasan tersebut kerana kuasa barat dah memperolehi hak perundangan dan pentadbiran mereka sendiri atas desakan penduduk warga Barat di kawasan itu.

Di Macau, mula-mula kerajaan China Dinasti Ming hanya bagi pajakan tanah kepada Portugis untuk membuka pelabuhan pada tahun 1557, akhirnya beratus tahun Portugis menguasa kawasan itu dan hanya menyerahkan kembali Macau kepada China pada tahun 1999.

Begitu juga di Hongkong, kawasan Semenajung Victoria dan Pulau Hong Kong dikuasai sejak tahun tamat perang Candu 1 pada tahun 1842, seterusnya orang-orang Barat makin ramai dan pada tahun 1898, kerajaan China memajakkan pulau-pulau berhampiran dan kawasan daratan yang dikenali sebagai New Territories kepada British selama 99 tahun. Hongkong termasuk kawasan New Territories itu hanya dikembalikan kepada China pada tahun 1997.

Ini adalah kesan apabila orang asing sudah terlalu ramai, kemudian mereka menguasai aktiviti ekonomi di kawasan itu, maka akhirnya mereka meminta macam-macam hak hingga menyebabkan kerajaan sebenar di kawasan itu memberikan macam-macam hak dan kuasa kepada kerajaan asing untuk mentadbir kawasan yang dipenuhi warga asing itu.

Perlu disedari bahawa China adalah sebuah negara yang kuat dari segi ketenteraan, ekonomi, serta populasi, sudah tentu negara China akan membantu jika warganegara mereka meminta supaya kawasan penempatan warga China yang ramai itu mendapat macam-macam hak kerana faktor kepentingan politik, ekonomi negara China sendiri.

Apakah kerajaan Malaysia mempunyai kesanggupan untuk berbalah dengan China jika permintaan tersebut dibuat?

Lagi satu, Forest City ini tidak mendatangkan faedah kepada rakyat negara ini, kerana kontraktor, jurutera, arkitek, pekeja buruh binaan, bahan-bahan binaan, semuanya diangkut dari China, jadi apa untungnya rakyat Malaysia dalam perkara ini? Tak ada untung pun, kecuali individu yang mempunyai saham, dan syarikatnya menjadi usahasama dengan syarikat gergasi China dalam pembangunan Forest itu sahajalah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Bahagian Jerlun
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

nak senyapkan atok u-tun mudah je... bina jambatan bengkok dari nusajaya ke forest city. Bagi lak projek kat kroni dia... kalau boleh lepas buat jambatan, lantik syarikat anak dia kutip tol konsesi 50 tahun. Setiap tahun tol naik 20%... esoknya terus sokong najib 200% punye...

Anonymous said...

anjing penyalak terbaik u-tun dah sampai tu. Tengok karangan anjing madey tu lebih baik aku pergi baca novel 'Shit' karangan shahnon ahmad je.....

Muahahahahahahahaha

Anonymous said...

Sekiranya apa yang dinyatakan oleh saya adalah salah, maka sewajarnya mengemukakan hujah dan bukti berdasarkan fakta, bukannya mencarut dengan kata-kata hina hingga menunjukkan diri adalah orang yang tidak berpelajaran.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Bahagian Jerlun
Kedah Darul Aman

Anonymous said...

Logiknya orang luar yang dimaksudkan dalam isu ini tentunya akan jadi penyokong tegar Tokong. Maknanya kalau benar orang luar ini akan diberikan IC blue, ia ibarat beri tulang pada anjing liar yakni pemberi akan digigitnya. Kesimpulannya ialah budi yang ditabur oleh pemberi, faedahnya tidak diraih oleh pemberi sebaliknya pihak lain yang dapat faedah itu. Justeru timbul pertanyaan ini: Mursyi Dol Am Cap Bungah berkhidmat untuk sebelah sini atau sebelah sana? Tapi melihat kepada kritikan belia u terhadap isu yang menguntungkan pihak di sebelah sana, nampak macam Mursyid tak mahu sebelah sana meraih faedah. Justeru apakah ketidak hadiran Tokong di pentas Cap Bungah ada kaitan dengan keraguan Tokong terhadap kepihakkan sevenar Cap Bungah? Wow thing gets more intelesting nowadays. Yup.

Anonymous said...

apa2 pun aku sokong cadangan diatas. apa2 pun yg kerajaan nak buat skrg ni dan dimasa2 depan bagi atok u-tun tu kutip tol, kalau projek tu takde tol pun buat aje apa2 jenis tol dan bagi kroni dia kutip tol tu, pasti dia setuju punya.

ini cadangan paling bernas, harap2 kerajaan ambik perhatian ni ..

pasti dia akan u-tun balik dan kata -

soros penyangak matawang.
media antarabangsa tidak boleh dipercayai terutama sarawak report dan wsj.
lks dan dap paling rasis.
naik haji melalui 1mdb dapat haji mabrur.
dan mcm2 lagi ..

tapi br1m dia nak u-tun mcm mana pulak ye?
balik jadi rasuah dan sogokan ke?
ini yg jadi susah ni, dah terlampau banyak u-tun ..

kahkahkahkahkahkahkahkah ...


Anonymous said...

Mohamad Faiz Hamzal Ismail SILA TUNJUKKAN DULU BUKTI KEMASUKKAN 700,000 ORG CINA TU SEBELUM MINTA BUKTI DENGAN ORANG LAIN. KALU NAK TUDUH, TUDUH DENGAN BUKTI, JANGAN BUAT TUDUHAN TAPI YANG DI TUDUH YANG KENA TUNJUK BUKTI. BERAT SEBELAH CARA MACAM NI.

Anonymous said...

Bro..kena mencarutlah..dah fakta tak ada..
Saya setuju dgn bro..mmg tak ada faedah forest city kepada rakyat.

Memang benar..semuanya di angkut drp china..saya pernah cuba masuk nak buat kerja dlm forest city..tapi kalau kontraknya pun dlm bahasa mandrin..apa kejadahnya..

Nak tipu anytime je..bukan semua org melayu boleh berbahasa mandrin dan bukan semua org cina malaysia boleh faham mandrin china..sama mcm org melayu duduk kl..faham ke melayu sarawak cakap?

Anonymous said...

Ada 60 lagi projek sapa nak jwb?

Anonymous said...

yg rakyat yg tak berduit ni sibuk2 dgn 'forest city' ni buat apa? mmg ianya dibuat utk pelaburan hartanah warga asing kan?

takkan kerajaan johor ngok sangat nak gadai tanah negeri begitu senang sekali, mcm takde perancangan langsung, suma mcm tak tau menguntungkan negeri atau tidak?

pasti dah ada kajian yg dibuat .. kan kan?

betul ke seramai 700,000 dari tanah besar china akan datang berhijrah/berpindah? angka tu dah disahkan ke?

siapa pulak yg akan bagi kerakyatan dan I/C percuma kpd 700,000 ni?

jgn2 tok u-tun terngiang-ngiang ditelinga tang projek I/C percuma dulu?

lagi satu cth - KLCC tu dibuat dulu utk rakyat jelata berniaga ke? ye lah mcm kat chow kit dan jln tar. samalah dgn 'forest city' tu .. apa yg rakyat dapat?

dapat bersantai kat taman mini tengok air pancut berirama bolehlah .. siapa yg uruskan shopping mall kat klcc tu? siapa yg berniaga disitu? bagaimana dgn peniaga bumiputera yg sentiasa ditindas oleh pihak pengurusan klcc?

tak payahlah bising2 kalau kita tak ada duit .. kat taman perumahan mana2 pun tak berapa kerat Melayu/bumiputera yg mampu beli pun .. usah citer lah nak beli kat 'forest city' .. angan2 mat jenin aje ..

kat PP tu tanah negeri hampir seluruhnya tergadai pun takde sapa pun yg bising, dan berani berbunyi .. rumah dah tentulah tak mampu beli ..

Anonymous said...

Si Bahalol da start bg komen bahalol

Anonymous said...

ATAU SI BAHALOL YG TAK TAU NAK JAWAB MACAM MANA?

Tertarik gak point tang KLCC tu ..

Si bahalol tolonglah jawabkan ...

Sori aaa, join sekaki .. jgn mare !!!

Anonymous said...

Power Dedak dan Lobi

antara sebab kenapa seseorang dapat undi sampai 20-202 taun adalah kerana adanya marhaen yang 'kaya raya' sementara diri yang perlukan undi dan kroninya sekadar hidup dalam sedang-sedangan saja.

apabila pengundi didahulukan dan diri serta sang kroni dikomdiankan, marhaen yang kaya akan terus kaya dan lojiknya sikaya akan jadi pro-establishment.

dan apabila majoriti marhaen jadi kara raya dan pro-establishment (aka: ProUtun), lahirlah ramai pendedak yang berfungsi dalam melobi keberterusan kuasa yakni kalau boleh selama-lamanya.

semua ini bukan tentang hitam atau putih; anu and war tetapi adalah tentang perang rumput-rumpai jer.

kik kik kik

Anonymous said...

.
Perkhabaran Antah Berantah

Produktiviti ada kaitan dengan faktor masa dan pengalaman. Lebih banyak masa, lebih lama menulis maka lebih banyak pengalaman dalam penulisan yang dapat diraih.

Atas sebab itu gelaran penulis yang paling produktif (sama ada giginya palsu atau reka-rekaan) bukanlah disandang oleh proTunda dan cai-cainya tetapi adalah milik bapak** kepada Tokong pinang dan RBA-rbanya.

Namun tidak semua kejayaan tidak dapat dipotong. Lantaran kejayaan membuatkan insan mudah leka, ambil mudah dan akhirnya memperlahankan tempo, pada ketika itulah kejayaan akan beralih tangan. Tanda-tanda sudah mula memancar.

**Tidak tersasar kalau melihatnya sebagai satu-satunya bapak yang hebat yang bakal melahirkan anak, cucu, cicit dan piut yang bakal mengisi berbagai posisi dalam keadaan dia masih memegang posisi paling atas.

Anonymous said...

Selama jdi pm 22 thn...atok u-tun hanya menjadikan selangok menikmati segala projek mega dan kemajuan...negeri2 lain terpinggir...sabah serawak...hatta kelantan disemenanjung diabaikan...hanya kerana dendam kesumat ...bila johor buat mulalah buat segala mcm andaian...atok banyak duitkan?...laburle dlm projek tuh...nak harap dapat free ...maafle tok rasuah...haram...haram...haram.

Anonymous said...


Apa pasal Cina beli gadug, Jepun beli tak gaduh, Arab beli tak gaduh , Amarika beli tak gaduh,?

Anonymous said...

40,000 bangla yang mengundi dalam pru-13 lalu tak jumpa-jumpa. Kini atok madey buat dakwaan kartun tahap mega mengalahkan pencabar terdekatnya si peliwat yang merengkok dalam penjara pulak...700,000 pengundi china....

oh ye, kawasan parlimen mana yang akan bertambah 700,000 secara mendadak tu??? Parlimen mahathirjayakutty ke???

Anonymous said...

nak tipu anytime je... 700,000 pengundi china tu dah letak nama kat kawasan mana??? Cer bagi 100 nama dan no IC warga China forest city yang dah terima kad pengenalan dari kerajaan malaysia, yang disokong oleh sultan johor tu...

Kalau satu nama pun tak boleh beri, ko makan je la dedak madey tu sorang-sorang... harap-harap dedak tu dibeli sebelum malaysia bangkrap tahun lepas ye. Itupun dakwa-dakwi atok ko yang dah nyanyuk juga. Bila tarikh sebenar malaysia ni bangkrap... aku lupa lak....

Muahahahahahahahaha

Anonymous said...

tu dah termasuk dijual oleh tokong penang ke???

Anonymous said...

klcc kroni madey yang berniaga... beli tanah, buat stadium lumba kuda, kemudian jual tanah, dapat la untung atas angin. Tanah sebelah klcc siapa yang punya??? Kroni najib ka???

Anonymous said...

GaduhSbb atok u-tun tu mmg anti-cina, dari dulu sampai skrg.

Dia gunakan dinasor hodoh mulut dah tak kuar api hanya asap aje 2 3 kepol tu. dia janji pada dinosor tu jawatan tpm kau ... tercekik air liur dinosor tu dibuatnya.

tapi dlm hati atok u-tun cina tetap cina, tak kira dari mana datangnya walaupun dari bulan dgn bentuk badan spongebob sekali pun dia tetap anti punya.

tak caya tengoklah apa jadi dgn janji tpm nya, kalau pembangkang menang pru14 nanti .. kalau menanglah.

apa2 pun dinosor tu dgn atok u-tun tu mcm 'buku bertemu ruas' lah .. musuh bertemu musuh, walau sekuat mana sekali pun ketawa berdekah-dekah bersama, dlm hati dendam tetap dendam, tunggu aje lah sapa yg akan jadi mangsa.

Anonymous said...

Tak habis-habis cerita DAP nak rampas tanah orang Melayu, DAP nak hapuskan hak istimewa orang Melayu.

Persoalannya, selama 59 tahun sejak negara merdeka, parti manakah yang memerintah negara ini?

Jadi parti mana selama ini mentadbir negara sehingga tergadainya Tanah Rizab Melayu, dan hanya tinggal 12 peratus?

Adakah DAP yang memerintah sehingga tergadainya Tanah Rizab Melayu? Atau Umno dan Barisan Nasional?

Anonymous said...

SEMASA pembentukan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957, wasiat raja-raja Melayu telah menetapkan nisbah sebanyak 50 peratus tanah di negara ini sebagai Tanah Rizab Melayu. Namun kini jumlah itu telah susut kepada hanya 12 peratus sahaja.

Satu daripada tujuh wasiat raja-raja Melayu ada menyebut:

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

Namun, kajian dalam tahun 2009 mendapati keluasan tanah yang ditetapkan sebagai Tanah Simpanan Melayu, atau Tanah Rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus daripada 12.9 juta hektar keseluruhan tanah Semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.

Anonymous said...

Aiii? Kira-kira Atok U-Tun tu memang otak senget lah sejak masa jadi PM lagi. Dia anti-cina tapi kayakan kroni cina dia sampai berjuta-juta orang, sampaikan dlm 22 tahun memerintah Melayu/Bumiputera Semenanjong/Sabah/Sarawak jadi bertambah-tambah miskin dikerjakannya dgn tol dan cukai jualan 10%.

Tu belum lagi kroni cina dia naikkan harga barang2 keperluan sesuka hati. Sampaikan Melayu/Bumiputera tak de langsung dapat menyimpan duit sikit pun, apatah lagi nak jadi kaya raya. Melayu yg kaya-raya zaman atok u-Tun hanyalah kroni dan org kepercayaan dia saja. Atok, atok ..

Patutlah dizaman Najib ni barulah nampak usahawan2 Melayu/Bumiputera yg berjaya naik sikit2, syukur alhamdulillah.

Anonymous said...

Tu la psl. China beli gaduh.
Dgn DAP warganegara malaysia pun nk gaduh.
Kalau kt indon perdana menteri jepun dtg indon baru dpt job train.
Tp malaysia, najib sendiri pi china sendiri merayu mntk tolong buatkan.

Kalau china ori najib bleh merayu mntk tlg, kenapa cina DAP malaysia jdk org jahat?

Anonymous said...

Open mindedlah sikit..Dubai tu..semua bangsa yang kayo kayo beli kondo ke rumah ke..shah rukh khan pun ada...rumah kat Dubai..so..kita nak buat mcm tu..yang untung nanti rakyat juga boleh kerja..boleh meniaga makanan.. Mklumlah orang kaya ni suka makan2... Sebenarnya..Dap ke Cap bunga ke..mereka ni menyuarakan kebimbangan Singapore.maklumlah lama2 nama Singapore akan tenggelam..Dap dgn Pap kan adik beradik selamanya..so..fikirlah dgn hati terbuka..Singapore dulu2 pun berkembang kerana apa..kerana jadi pelabuhan kan..so..Johor apa kurangnya..bukan nak jual pun..negara pun..fikir Dubai.tengok youtube..bnyak cerita.Dubai ni..

Anonymous said...

oh ye... soalan tu patut ko tanya pada atok u-tun madey... masa dia memerintah dulu kenapa dia anti sangat dengan dap. Bukan dengan dapig je, dengan pas yang melayu pun dia anti sangat... sebelum as dapat terengganu, takde pun istilah wang ehsan, bila hadi dapat terengganu, wang ehsan pun timbul. Royalti dah hilang, bila dah nyanyuk ni muncul balik cerita royalti, teruk betul penyakit orang tua nyanyuk berkenaan....

Anonymous said...

Tanah rizab melayu di penang bertambah tak selepas tokong jadi KM???

Anonymous said...

Meskipun sekadar padang pasir kering dan kontang tetapi Tok Arab berjaya jual rumah dan tanah pada warga dunia. Kita yang serba lembab dan ada yang basah, masih terkial-kial sambil menuding jari sesama dinosaur sama ada nak jual tanah atau rumah pada warga dunia atau tidak. Alasan retorik dan klise kita ialah: jual maruah, gadai maruah, gadai daulah, bla, bla, bla.

Anonymous said...

takde ke sekor pun macai pembangang yang boleh jawab soalan aku ni?? 700,000 warga china yang dikatakan akan diberi IC untuk jadi pengundi kelak... di kawasan parlimen/dun mana nama mereka didaftarkan??? Takkan dari 700,000 'pengundi china' tu nama 100 orang daripada mereka pun tak boleh beri kat sini... kasi sekali no IC dengan no passport asal china mereka....

Takkan nak tunggu wahyu dari mopti madey al-keyelsisi pulak baru berani komen.... dedak lembu gred apa la korang makan tu ek??? Bodoh bebenor....

Muahahahahahahahahahaha

Anonymous said...

itulah...dulu jepun ngan korea invest. malaysia ni dah tergadai? amerika pelabor no 1. adakah malaysia ni dah tergadai? susah bila bercakap ngan mopti madey al keralalala ni. cuma patwa yang dia suka jer yang bolih.

Anonymous said...

melayu gak yang serakah. nak duit cepat. jual tanah. cina tau melayu ni miskin. mereka ambil kesempatan. habis lot2 bumi dikelepet. dengan bantuan melayu haprak yang ada kuasa. tanah bertukar dengan bantuan do do pengkhianat.

Anonymous said...

Soros + madey + dapig13may = alamatny TERLUNGKUP ler malaysia niii..

Kihkihkih

Nak tnye skit..
YTL n BERJAYA TOTO dpt ke job kt forest city tuuu???

Anonymous said...

Maklumlah Rba ni suka mkan vavi so komen mereka pun tahap vavi.lah kan..cina dap berlagak..jual negara kat china..hbis guan end tu jual tanah kat hong kong kat Singapore.. Halal pulak yer..klau Umno or Bn haram yer...

Anonymous said...

Jepun dtg bkk kilang.
Dpt la melayu miskin pnyokong umno kerja.

1MDB dtg dr pekan je xtau bape juta org melayu dpt keje.
Berjuta2 lemon barangkali

Anonymous said...

jepun datang bukak kilang.
soros datang kasi duit berkoyan-koyan hilang.
dulu suruh rakyat anggap dia musuh negara, kini hilang musuh jadi sahabat karib selamanya... bersalam macam tiada apa-apa... hak ptuiihhh punye orang tua

Anonymous said...

Si Bahalol 3:17 dah start bagi komen bahalol anjing dia

Anonymous said...

dapat... bukak kilang judi kalau dapig + madey berkuasa nanti...

Anonymous said...

Soros ke yg buat 1mdb berhutang lbh 53B?

Lahanat sungguh manusia yg buat hutang banyak tu. Lg lahanat yg mnyokong si pembuat hutang.
Kikikiki.. go fly kite

Anonymous said...

1mdb berhutang guna duit mak bapak ko ke??

kikiki... pergi mampus dengan ko

Anonymous said...

1mdb berhutang guna duit mak bapak ko ke??

kikiki... pergi mampus dengan ko

Anonymous said...

Kalau tak dengan China, dgn US, mahathir pusing juga. Bukan China, dgn UK, mahathir pusing juga. Bukan China, dgn korea, mahathir pusing juga. Dengan Arab, mahathir pusing juga. Dengan siapa tak kena pusing?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates